Menggemuk di FatCat, Sek 7 Bangi !

10:00 AM

Assalamualaikum dan Hi Korang!

Baru ni aku ke Bangi selama seminggu dan menetap di rumah kakak aku. Alasan pergi adalah nak ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018, nak bersiar-siar dan kononnya nak hilangkan tekanan dek aku baru lepas berhenti kerja. Usah ditanya kenapa aku berhenti kerja ya. Aku tidak ingin bicarakan hal tersebut. Bikin pusing aja.

Alkisahnya di suatu malam tu, aku dan kakak ku rasa lapar tapi kami tak mau makan nasi. Mungkin bosan bila hari-hari kau hadap nasi kan? Fikir punya fikir, kami mahu makan apa ya? Buntu juga ya memikirkan soal makanan ni. Lagi bingung dari memikirkan jawapan untuk soalan exam. Beberapa minit lepas tu, kami tiba-tiba teringat yang ayam goreng yang viral sebelum ni. Ayam goreng ni pernah menular di media sosial, twitter dan mendapat ulasan yang baik daripada mereka yang pernah mencuba. Jadi why not we try it?

FatCat ini terletak di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Dia cuma sebuah gerai yang berdekatan dengan kedai dobi LaundryBAR, Kedai KKMart dan juga Restoran Bangi Impian Maju. Ingat ya tu landmark bagi kalian untuk sampai ke Fatcat. Waktu operasinya pula Isnin hingga Ahad, pukul 8.30 malam sampai 1.30 pagi.




Kalau kalian rasa nak beli, saranan aku baik pergi awal-awal sebab memang ramai gila orang beratur dan menunggu. Benaran dong. Hari tu aku pergi dalam pukul 8.45 malam, dah berada di giliran 20. Fuuuhh.. Lain laa kalau kalian sanggup tunggu. Aku tunggu dalam 20-30 minit gitu hari tu. Nasib baik dia sediakan kerusi menunggu untuk para pelanggannya. Tapi ada juga yang menunggu di kendaraan masing-masing seperti kereta dan motor. Untuk order tu, kalian perlu tulis nama di kertas yang di sediakan berserta nyatakan kalian mahu order apa. Bila dah siap tu, mereka akan panggil nama korang.



Gambar atas tu merupakan menu untuk FatCat. Aku dan kakak aku hanya beli fried chicken wings cuma kami beli ketiga-tiga perisa iaitu spicy, spicy lime dan juga honey lime. Murah juga dibanding harga Kyochon dan juga 4Fingers.



Rasanya pula boleh tahan sedap. Sesuai lah dengan harganya. Janganlah korang expect nak sesedap ayam korea yang mahal ya. Aku lebih menggemari rasa spicy berbanding yang lain. Itu taste aku. Taste korang pula gimana? Kenalaa merasa kalau nak tahu. Ayamnya rangup cuma aku rasa perapan dia tidak sampai ke isi ayam. Sebab bila terasa kosong bila makan isi. Yang lain semua dah okay dengan portion kentang yang banyak dan memuaskan. Ayamnya pula ayam kecil je sama saiz seperti ayam Kyochon dan 4Fingers. Jadi korang jangan membebel pasal saiz dia.

Bagi aku FatCat ni merupakan satu jalan alternatif untuk korang yang mengidam nak makan ayam spicy korea tapi malas nak keluar jauh-jauh atau malas nak buat sendiri, jadi korang bolehlah datang sini beli. Fatcat juga lebih murah dan harga mampu beli untuk semua, malah rasanya juga berbaloi. Khusus untuk mereka yang sekitar Bangi dan Kajang sebab dekat. Kalau yang area lain nak beli pun boleh cuma jauhlah, kerana kena datang Bangi. Sayangnya Fatcat tidak buka untuk khidmat penghantaran ke rumah, kalau tak tahap kemalasan korang nak keluar lagi meninggikan ? Hahahaha

Okay tu saja yang aku nak kongsikan. Maaflah andai bahasa aku sedikit berbelit atau kurang menarik. Sebenarnya aku buntu nak taip apa dengan gaya yang macam mana. Huhuu..

You Might Also Like

0 comments

Assalamualaikum,
sila tinggalkan komen anda
Insya-Allah, komen anda amat dihargai dan berharga

Thanks kerana sudi meluangkan masa

Broaden News




#BPT