Bisakah aku?

12:48 AM


Bismillah,
Assalamualaikum.

Lagi 8 hari sebelum bermula peperiksaan akhir Trimester 3 asasi. Dan ketika minggu belajar nie (sebut : study week) mula laa mereka pelajar-pelajar uniten membentuk bulatan bulatan belajar.(sebut : study group) Ceeewaah..

Di awal bulan mei, aku dapat melepaskan kerinduanku kepada ibu bapa aku. Kebetulan mereka datang untuk kirim baju baby untuk anak buah aku kat jordan kepada seorang kawan abang aku. 1 Mei kan cuti so blehlah mereka datang ke bangi.. Yoohooo XD

Sebelum umi dan ayah balik kelantan, mereka sempat memberi sedikit nasihat kepada aku. Memberi pencerahan kepadaku. Menyedarkan aku tentang sesuatu yang aku kabur. Dan perkongsian itu akan aku coretkan di sini untuk sama sama berfikir dan muhasabah diri.

"awak, tolong ajar saya. saya tak faham laa yang nie"
"awak, jom kita buat study group sama sama"
"cepatnya awak faham. saya masih tak faham"
"awak bijaklaa, tapi saya tak"

Lumrah kehidupan dalam menuntut ilmu, ada yang kononnya pintar, bijak, pandai dan ada juga yang kononnya kurang dari golongan yang satu lagi. Setiap orang, aku katakan memiliki tahap yang sama tapi cara yang berbeza serta kelebihan yang berbeza. Kerna hal demikian itu yang mencetuskan mereka yang menuntut ilmu terpecah kepada beberapa golongan. Yang ke hadapan sikit mula laa menyombong diri, berlagak malah tak kurang yang baik hati dan rendah hati. Bagi yang masih di belakang pula, timbul rasa merendah diri *beza rendah diri dan rendah hati, seeloknya rendah hati* , malu bertanya, bodoh sombong, serta ada juga yang rajin berusaha, suka bertanya, terus asa, sentiasa bersemangat.

Untuk menyempurnakan maksud entry aku nie, aku selitkan dengan cerita. Cerita yang mungkin berlaku di kalangan kita. Berlaku dalam ukhuwwah fillah. Antara dua sahabat yang memilik ciri dua golongan di atas. Tiada kaitan dengan ukhuwwah fi jahiliyyah je.

*****
Si A nie merupakan pelajar yang biasa. Tidaklah memiliki kelebihan untuk memahami dengan cepat. Tapi A sangat rajin untuk berusaha dalam belajar. Pada suatu hari, sedang A buat latih tubi soalan satu subjek dia menemui kesukaran untuk menyelesaikan satu soalan. Dan sememangnya topik untuk soalan itu dia tidak berapa faham. Lalu dia berhasrat untuk menanyakan dan menimba sedikit ilmu dari si B yang memiliki kelebihan dalam memahami dengan cepat. 

Si B pun menerangkan satu per satu kepada si A. Malangnya si A masih tak faham. Bagi si A, si B tak terang secara menyeluruh. Di benak si A, puluhan soalan menerpa. Kenapa jadi begitu? tak boleh ke jadi begini? tapi malangnya soalan itu tidak diluahkan kerana dibimbangi dituduh menanya soalan bodoh. Si B bertanya pada si A, adakah dia faham tentang apa yang telah di ajar dan A menjawab tidak. Lalu diterangkan balik kepada si A satu per satu guna kaedah yang kononnya sedikit lain tapi sama. Hingga masuk ke berapa kali, si B mula tidak sabar. Si B menjadi agak garang dalam penerangan nya dan sedikit tidak puas hati. Dalam benaknya berfikir, hal kecil dan senang itu pun tidak faham?.
Maka persahabatan mula renggang dek kejadian di atas.

*****
Berdasarkan cerita di atas, aku nak katakan sebenarnya ada sesuatu yang kita perlu ubah. Ubah dari segi sangkaan kita. Jika tidak hal di atas akan berlaku kepada kita dan sahabat kita.

Untuk si A (dan mereka yang segolongan dengan si A)

Kekadang si B bukan tak nak ajar kita tapi dia merasakan banyak lagi hal yang dia perlu menelaah memandang dia jenis yang Bijak. Bila dia ajar kita, dia merasakan dia menerangkan dengan menyeluruh biarpun masih ada yang kita tak faham. Kerna baginya benda yang kita  tidak faham itu merupakan benda remeh yang umpama tidak logik seseorang itu tidak mengerti. Kerna dia bijak jadi sukar untuk dia memberi penerangan pada yang simple dan remeh. Sangkaan itu tidak perlu di beri perhatian sangat jika ada lagi perkara yang lebih besar dan rumit untuk diberi perhatian. Oleh itu, bersangka baiklah pada si B. Dia telah cuba beri yang TERBAIK untuk kita. Jika kita masih tidak mendapat pencerahan, carilah orang lain yang mampu membantu memahamkan kita. Kalaupun kita masih suruh si B, tentunya dia akan menerangkan dengan cara yang sama dan kefahaman yang sama berulang ulang kali. Selamat berusaha ya si A.. 

Fighting.
*aku faham perasaan golongan kerna aku juga pernah alaminya*

Untuk si B (dan mereka yang segolongan dengan si B)

Bukan salah si A untuk tidak memahami apa yang kita ajar. Mungkin kaedah pengajaran kita yang agak intelektual membuatkan si A tidak berapa mengerti. Dan terima lah segala jenis persoalan yang di ajukan dengan hati terbuka meski persoalan itu tampak kurang cerdik (bahasa kasar : bodoh) kerna dengan soalan itulah si A belajar bahkan mungkin lebih memahami apa yang kita ajarkan kepadanya. Jangan sesekali menghina si A yang lambat untuk faham kerna kita kena ingat yang kebijaksanaan dan kelebihan yang kita miliki ini datangnya dari Allah. Maka, bila bila masa sahaja Allah bisa menariknya. Niatkan dalam hati agar kita ajar ini bukan untuk riak atau membangkitkan segala masalah hati yang lain tapi kita ajar ini kerana Allah. Kerna ilmu yang dimiliki ini milik Allah. Dan berdoa agar mereka yang di ajar dapat memahami apa yang kita ajarkan. Bersabar dan berbahagialah dalam mengajar. Kena terima kenyataan yang apa yang kita faham dan agar remeh tak semestinya dianggap sama oleh mereka yang lain.

*****
Bukan salah sesiapa dalam hal ini. Cuma perlu tingkatkan tahap kesedaran agar kita lebih saling menguatkan satu sama lain. Tidaklah saling menghina dan memencilkan diri. Semoga terus muhasabah diri. Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari diri saya sendiri.

Sekian.
Semoga Allah merahmati dan mempermudahkan segala urusan kita.
Selamat menjaga hati.


You Might Also Like

0 comments

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News