All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry | Unlimited Refill, Makan hingga Kenyang!

4:25 PM

Assalamualaikum dan hi korang!


Aku ada berita baik untuk korang! Tahu tak yang McDonald's akan mengadakan satu event yang menarik pada 17 JULAI nanti. Event itu adalah All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry dan yang paling best dan syok ialah kita boleh makan dan refill Durian McFlurry kita sampai perut buncit. Hahaha. Kita perlu bayar RM10 sahaja untuk kepuasan melampau dari Durian McFlurry. Kalau harga biasa dalam RM8.99 untuk satu saja tapi ini RM10 untuk unlimited cups. Wah Wah Wah.. Kegilaan apakah ini? Event ini berlangsung di semua McDonald's seluruh Malaysia, jadi jangan risau. Pergi je ke restoran berdekatan anda.


Nah! Details pasal event All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry.

Tarikh: 17 July 2018, Selasa
Masa: Sesi 1- 3.00pm-4.00pm, Sesi 2- 5.00pm-6.00pm
Tempat: Semua restoran McDonald’s seluruh Malaysia
Masa pendaftaran: 30 minit sebelum setiap sesi bermula
Bilangan peserta untuk setiap sesi: 20 orang
Harga pendaftaran: RM10 (dewasa dan kanak-kanak berumur 4-12 tahun), percuma untuk yang berumur 3 tahun ke bawah


Ini benar-benar durian runtuh beb! Untuk korang lebih faham, aku bagitau lagi syarat lain.
All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry ni ada dua sesi, sesi pertama pada 3-4 petang manakala sesi kedua bermula pada 5-6 petang. Korang kena daftar awal 30 minit sebelum sesi bermula. Setiap satu sesi tu terhad hanya 20 orang, jadi cepat-cepat tau rebut nanti kang menangis bucu katil terlepas. Sebab cukup je 20 orang, memang dia akan tutup terus pendaftaran. Bayaran mestilah dibayar penuh. Jangan hutang-hutang mahupun bayar ansur-ansur ya. Valid untuk makan di situ saja, tidak boleh bawa balik. Jangan mengada nak take away pula. Boleh ke link ni https://www.facebook.com/My.McDonalds/photos/a.354401130022.351428.142518590022/10160546521160023/?type=3&theater


Aku dah cuba rasa Durian Mcflurry ni. Siap beli dua lagi. Mula-mula tu berdebar juga nak makan takut tak sedap tapi ternyata sedap. Yup, bau durian yang kuat memang tidak dapat dinafikan. Kombinasi rasa vanila dan durian ni memang serasi dan sesuai. Lagi-lagi dimakan time sejuk dan beku. Aku balik tu letak dalam freezer dulu sebab dah cair. Lepas tu bila makan time beku tu, memang EMMM.. PEEHHH.. sedap. Tak rasa manis sangat. Kalau makan time cair tu, akan terasa manis sikit. Memang McDonald's tak mengecewakan. Setiap makanan baru yang dikeluarkan pasti rasa sedap dan unik. Jadi bagi korang yang peminat Durian Mcflurry atau mahu mencubanya bolehlah save the date dan join event ini pada 17 Julai kelak! Ingat tau 17 Julai!

You Might Also Like

3 comments

  1. kena terjah tu kalau tk rugi. julung julung kali MCD buat event refill unlimited

    ReplyDelete
  2. Kena terjah ni.. harapnya berpeluanglah

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2018 Reading Challenge

2018 Reading Challenge
Najah has read 0 books toward their goal of 24 books.
hide

Broaden News




#BPT