Suffy B Genius | Susu Pilihan Terbaik Buat Si Cilik!

3:10 PM

Assalamualaikum dan Hi korang!


Bila ada anak buah ni, aku secara tak langsung belajar sikit demi sikit tentang kanak-kanak. Iyalah, sebab kadang-kadang aku kena mengasuh mereka seharian. Dari umur 1 tahun (sebab aku tak berani nak mengasuh anak sedara yang berusia 1 tahun ke bawah) hingga lah umur mereka sekarang ni, banyak yang aku pelajari dan fahami. Di usia mereka itu, memang aktif dan perlukan tenaga yang banyak kerana mereka baru nak kenal dunia kan. Kadang tu kita tak cukup tangan nak jaga mereka. Waktu itu jugalah tahap tumbesaran mereka semakin berkembang dan perlu dijaga kerana kita menginginkan mereka, si cilik tumbuh dengan sihat, aktif dan cerdas.


Salah satu cara untuk menjaga pertumbuhan mereka ialah dengan menjaga permakanan mereka. Yup, kerana makanan sangat memberi kesan kepada kesihatan kita tak kira kanak-kanak mahupun dewasa. Untuk kanak-kanak mereka lebih banyak minum susu berbanding makan makanan lain. Itu yang aku perasan pada anak buah aku sebab boleh dikatakan banyak kali juga aku kena buatkan susu untuk mereka. Hahahaha.

Oleh sebab susu itu penting untuk perkembangan si cilik ini, kita perlukan memastikan susu itu penuh khasiat dan terbaik buat mereka. Tapi haruslah dipastikan susu itu bersesuaian dengan si cilik kita, jangan main hentam keromo je bagi mereka. Kenali si cilik kita tu jenis macam mana terlebih dahulu barulah dapat kita tahu susu mana yang bagus untuk mereka.

Dalam lambakan susu di pasaran, kalian tahu tak ada susu keluaran Malaysia yang bagus untuk si cilik kita? Kenapa aku katakan ia bagus kerana susu ini merupakan jenama tempatan yang mana kita patut support jenama tempatan dan ia juga susu yang 100% asli, tanpa pengawet, tanpa pewarna dan tanpa penambah perisa. Mana kalian nak dapatkan susu sebagus ini? Susah tau sekarang ni nak cari susu yang bebas pewarna, pengawet dan penambah perisa. Bila dah jumpa ni, why not kita cuba dan lihat hasilnya pada si cilik kita.


Susu yang aku katakan itu adalah susu keluaran Suffy iaitu susu Suffy B Genius. Sebelum aku nyatakan lagi kelebihan susu Suffy B Genius, akan aku kenalkan syarikat Suffy ini kepada kalian terlebih dahulu. Seperti yang aku katakan, Suffy ini merupakan syarikat tempatan yang berpangkalan di Chemor, Perak. Suffy ini dimiliki oleh Suffy Dairy Group Sdn Bhd dan ia adalah jenama produk susu nombor 1 di Malaysia. Satu jenama susu yang dipercayai oleh ibu bapa dan digemari kanak-kanak.

Okay, berkenaan dengan Suffy B Genius, ia dirumus dengan DHA (15mg/100g), Vitamin, Mineral serta tambahan Prebiotik – FOS & Manna untuk membantu Si Cilik anda kekal sihat, bijak dan kuat. Malah Suffy B Genius diperkenalkan dengan Formula B3 yang merupakan singkatan kepada 3 trio mantap iaitu Brilliant, Balance dan Boost.

BRILLIANT
Suffy B Genius mengandungi DHA yang merupakan antara komponen utama di dalam otak. Ia Berfungsi untuk membantu perkembangan otak kanak-kanak.

BALANCE
Suffy B Genius membantu memenuhi keperluan nutrisi seharian yang diperlukan oleh Si Manja. Nutrisi yang seimbang membantu Si Manja untuk membesar dengan lebih baik.

BOOST
Suffy B Genius dirumus istimewa dengan Prebiotik dari FOS dan Manna untuk membantu meningkatkan sistem penghadaman Si Manja.

Nak tahu apa lagi menarik tentang Suffy B Genius ni, ia  adalah susu tepung penuh krim (susu lembu) tanpa sukrosa dan turut mengandungi ekstrak kurma dan madu. Kat bawah aku selitkan kandungannya bagi ibubapa yang particular pada kandungan susu.


Cara penyediaan dan penyimpanannya juga mudah dan tidak rumit.



Anda boleh dapatkan susu ini secara atas talian seperti di Shopee (Suffy Malaysia Official Store) dan websitenya atau di kedai berhampiran anda. Harganya dalam RM28.90 (900g). Anda juga boleh dapatkan set percubaan dengan klik di SINI. Jadi cepat-cepat dapatkan Suffy B Genius, susu untuk si bijak Mama! 
Suffy B Genius, susu pilihan TERBAIK untuk si cilik!

Untuk maklumat lanjut, bolehlah merujuk di sini:
Website : www.suffy.com.my
Email : admin@suffy.com.my
Hotline : 05 - 525 2992 / 011 - 3225 2822


Pssss! Aku dengar sekarang ni Suffy sedang mengadakan promosi bersempena pembukaan kilang baharu mereka dengan menolak RM6 setiap produk bagi meraikan 6 tahun suffy berada di Malaysia! Penghantaran percuma pula tu ke seluruh Malaysia! Promosi ini sah dari 9 Julai sehingga 14 Julai 2018. Cepat tau grab ni sebelum nanti menangis tak berlagu. Dengan promosi ini, anda boleh dapatkan Suffy B Genius dengan harga RM22.90 SAHAJA! Jadi cepat!

You Might Also Like

3 comments

  1. waaa bgus awak tulis ni dik. #SPREADTHENEWS

    ReplyDelete
  2. Menariknya susu ni...nak usya nanti dipasaran lah...salam kenal dari blogger Julia Johari.

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2018 Reading Challenge

2018 Reading Challenge
Najah has read 0 books toward their goal of 24 books.
hide

Broaden News




#BPT