#REVIEW Movie : Ocean's 8 2018

8:42 PM

Assalamualaikum dan hi korang!

Bagi menebus kemurungan aku menonton filem Hereditary, aku lalunya berkeputusan untuk menonton satu lagi filem sebelum aku pulang ke Kelantan. (Kalaulah Kelantan ada pawagam, mungkin aku antara pengunjung yang setia kerana aku minat nonton movie)


[Disclaimer : Review ini hanyalah pandangan aku saja. Jadi mungkin berbeza dengan pendapat korang semua.]

Tajuk Filem : Ocean's Eight 2018
Tarikh Keluar : 8 Jun 2018
Genre : Action, Comedy, Crime
Pengarah : Gary Ross


Sinopsis :
Debbie Ocean adalah adik daripada mendiang Danny Ocean. Dia baru saja dibebaskan dari penjara dan mencari kawannya Lou untuk menyakinkan agar Lou bergabung dengan agenda perompakan yang telah dia rancang ketika menjalani hukumannya di pernjara. Debbi dan Lou kemudiannya mengumpul beberapa anggota pasukan mereka yang lain iaitu Rose Weil, seorang pereka fesyen, Amita, seorang pembuat perhiasan, Nine Ball, seorang pengodam, Constance, pengedar dan penyeluk saku dan Tammy, seorang yang menjual barangan curian.


Debbie merancang untuk mencuri Toussaint, sebuah kalung Cartier yang berharga $150 juta dari Met Gala. Dia akan mempergunakan Daphne Kluger, artis popular yang berlagak dan sombong untuk memakai kalung itu semasa Met Gala memandangkan Daphne Kluger dipilih sebagai duta Met Gala tahun itu. Toussaint akan dicuri ketika berada dileher Daphne Kluger. Jadi untuk memudahkan proses pencurian itu, Debbie memanipulasi Daphne dengan memilih Rose Weil sebagai pereka bajunya agar Rose dapat menyakinkan Daphne memakai kalung itu di acara Met Gala. Mereka juga akan menggantikannya dengan kalung tiruan yang kelihatan seratus persen sama.



Selain daripada rencana pencurian itu, Debbie juga ingin membalas perbuatan bekas kekasihnya yang telah menyumbatnya ke penjara.

Rating Imdb : 6.4/10
Rating Rottentomatoes : 3/5
Rating aku sendiri : 8/10

Aku terhibur menonton filem ini. Walaupun aksinya biasa saja malah filemnya tidaklah begitu gempak (ada yang kata siri abangnya lagi baik daripada ini) tapi tetap berbaloi untuk ditonton. Ada juga beberapa kelopongan bilamana jenayah yang dilakukan masih belum cukup sempurna kerana kita masih boleh persoalkan sesuatu sudut di dalam filem. Contoh seperti, peluang untuk menangkap mereka yang tinggi tapi hey, filem ini aku rasa dihasilkan untuk liburan jadi nikmatilah ia.

Salah satu tarikan filem ini adalah barisan pelakon yang terdiri daripada mereka yang berbakat dan punya nama besar. Dan tentunya dari segi lakonan, pelakon-pelakon berjaya membawa watak dengan baik sehingga kita rasa terhibur dan menikmati filem ini tanpa gangguan. Paling aku suka watak Nineballs dan Rose Weil (Rose Weil ni sebab aku suka pelakonnya Helena Bonham sejak dia jadi Bellatrix Lestrange. Selain itu, aku merasakan sinematografi dan warna editingnya dihasil dengan baik sesuai dengan genre filem tersebut.

Lagi menarik kalau ada filem keduanya kerana filem ini santai dan sesuai ditonton untuk relax. Oh ya, kalian tak perlu pun tengok prequels dia kerana filem ini stand alone storyline dia. Cuma kalau terasa mahu bandingkan tu bolehlah tengok Ocean's 11, Ocean's 12 dan Ocean's 13.

You Might Also Like

1 comments

  1. Oh ni ke cerita ocean 8 haha. Masa tgk movie Jurassic haritu. Ingatkan movie ni citer cina haha. Thanks for review awak :)

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2018 Reading Challenge

2018 Reading Challenge
Najah has read 0 books toward their goal of 24 books.
hide

Broaden News




#BPT