Tip Top Tee Printing - Print Baju Murah dan Berkualiti Serendah RM11.50
3:44 PMAssalamualaikum dan Hi korang!
Hari tu, masa team Blogger Pantai Timur ke Bukit Gambang Resort City, kami ada menempah baju untuk dipakai bersama ketika aktiviti kat sana. Dengan adanya baju tu baru nampak cun dan gempak sikit percutian kami. Hahaha. Jadi untuk tempahan baju, pelbagai kedai cetak baju yang kami tinjau dan bandingkan harga berserta kualiti. Sebab takkan semata-mata baju tshirt biasa, kami mahu buat cincai? Tentunya mahukan juga yang berkualiti, murah dan berbaloi.
Muka happy dengan baju TTTP yang digayakan |
Tip Top Tee Printing Menjadi Pilihan Print Baju
Setelah dipersetujui ramai, kami akhirnya memilih Tip Top Tee Printing sebagai pilihan cetak baju team kami. (Adakah sebab namanya Tip Top Tee, menjadikannya kedai printing yang Tip Top?) Tip Top Tee Printing ni merupakan syarikat pencetakan baju yang beroperasi di Kuala Lumpur. Meskipun begitu, bukan bermaksud ia hanya terhad pada warga KL je, perkhidmatannya terbuka untuk seluruh warga Malaysia. TTTP mengambil tempahan dari seluruh negara. Buktinya, kami dari Pantai Timur ni pun menempah baju dengan mereka. Untuk menempah baju dengan TTTP, boleh melalui aplikasi whatsapp, facebook atau instagram saja. Selepas tu, hanya tunggu goyang kaki untuk baju siap.
Sesuai untuk aktiviti lasak juga |
Harga Murah Berbaloi!
Ini salah satu sebab kami pilih Tip Top Tee Printing. Harga yang ditawarkan murah dan berbaloi hingga kita teruja lihat harganya. Siapa tak teruja dengan harga yang rendah, RM11.50 untuk sehelai t-shirt bagi tempahan baju 30 helai. Sudah tu pula, mereka juga mengambil tempahan walaupun sehelai baju. Walaoh! Menarik ni.
baju TTTP masih okay walaupun selepas dicuci |
Ready@Custom Design
Pelbagai rekaan disediakan oleh pihak TTTP kepada pelanggannya. Hanya tinggal pilih saja nak corak yang macam mana. Jika pelanggan ada design tersendiri, anda juga boleh memberikan design tu kepada pihak Tip Top Tee Printing dan mereka akan mencetaknya atas baju mengikut kehendak anda. Contohnya, team Blogger Pantai Timur yang mengusulkan rekaan tersendiri team kami kepada pihak TTTP untuk print.
Hasil Memuaskan dan Berkualiti
Baju yang dicetak mengguna material 100% cotton berkualiti tinggi dimana ia menyerap peluh dan tidak panas bila memakainya. Malah sesuai dan selesa untuk segenap usia. Bila basuhnya, kainnya tidak mengembang mahupun mengecil dan luntur warna, tetap saja dengan saiz asal seperti mana mula-mula dapat. Kualiti cetakan juga tidak pudar atau mudah tercopek. Ia seperti cetakan high class tau! dengan warnanya yang tidak lari dari design asal. Jadi kita tak akan risau tentang cetakannya kerana ia mencetak seperti yang kita mahukan.
cutting yang nice bagi semua bentuk badan |
Jujur aku katakan, aku sangat berpuas hati dengan hasil baju TTTP ni. Ukuran saiz juga menarik. Aku ambil saiz XL (selalunya ambil saiz L), dan berdebar juga nak pakai sebab takut longgar dan nampak serabai tapi ternyata saiz XLnya memuaskan hati aku. Labuh paras bawah punggung, dan aku tidak nampak besar bila memakainya. Materialnya sangat selesa meskipun kita aktif waktu memakainya. Lepas tu, jahitan bajunya kemas dan tidak mudah terbuka benang. Selepas aku basuh baju tu, ia masih okay dan nampak seperti baru. Aku katakan itu kerana kebanyakan custom design tshirt yang pernah aku beli semuanya menyedihkan keadaan selepas dicuci. Ada yang rosak benang, design pudar, dan macam-macam lagi. Tapi baju dari Tip Top Tee ni ternyata tidak dan mengekalkan kualitinya. Ini benar-benar high class dan menakjubkan!
Jadi, buat kalian yang ingin menempah baju terutamanya untuk kelas, batch dan macam-macam lagi, bolehlah menempahnya dengan Tip Top Tee Printing! InshaAllah memuaskan dan berkualiti.
Facebook: Tiptoptee Printing
Intagram: tiptopteeprinting
Handphone number: 019-900 9837
Email: amirarashid85@gmail.com
5 comments
yes dik. memang trbaik kualitinya
ReplyDeletesaya suka gile kot! hehehe
Deletememang terbaik material,aku suka giler!
ReplyDeletekannn!!! tshirt murah yang best
Deletesalam sis najah
ReplyDeleteyaya singgh + follow skli..
wah blogger pntai timur rpanya dia ye =)
slmt bknalan =)
Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen