Review Barang Dari Printcious.com

9:12 PM

Assalamualaikum dan Hi semua!

Aku sebenarnya dah lama nak post ni tapi tidak dapat sebab ada beberapa hal yang tak dapat aku elakkan. Hari tu aku ada cakap pasal Printcious.com [PRINTCIOUS.COM - PERSONALIZED GIFT FOR YOUR LOVED ONES!] kan, jadi untuk buktikan apa yang aku cakap tu, aku sendiri akan beli barang kat situ. Kebetulan pula ada beberapa orang yang aku ingin berikan hadiah kepada mereka. Kiranya kebetulan yang menguntungkanlah.

Hadiah yang aku nak belikan tu, taknak nampak biasa atau yang selalu orang bagi. Aku mahukan kelainan sikit. Fikir punya fikir, akhirnya tahu juga nak beli apa. Nasib baik Printcious.com ada banyak pilihan barangan, kalau tak mati akal nak fikir untuk beli kat mana.


Tadaaa!!!

Aku beli 3 barang di Printcious.com . Apron, Fridge Magnet dan juga Coaster.
Apron tu untuk mak aku sempena birthday dia dan juga persaraan dia. Kalau fridge magnet tu pula untuk birthday sepupu aku bulan 8 ni. Coaster tu hadiah untuk diri sendiri. Hahaha. Seronok tau bila beli hadiah ni. Rasa dia macam best. Lagi-lagi bila hadiah tu kita boleh personalize sendiri nak design macam mana. Memang syok! Contohnya macam aku buat tu.

apron ni jenis yang licin


Apron ni aku design seperti apron MKR punya kerana mak aku suka nonton MKR. Konon-konon adalah feeling sikit join MKR walaupun tak. Yang fridge magnet tu aku design macam polaroid style, sebab polaroid ni bagi aku simpan nostalgia. Jadi bila aku design tu, ada rasa mengimbau memori sikit buat aku dan sepupu aku tu. Harap-harap mak aku dan sepupu suka dengan hadiah aku ni.


Yang coaster ni aku beli sebab nak elak kesan minuman kat meja kerja aku. Aku selalu minum kopi dan kadang-kadang tu ada titisan kopi meleleh ke meja. Tu yang tak nak. Jadi aku belikan coaster dan design coaster tu ikut style aku. Nampaklah versatile sikit. Huhuu

Paling aku suka pasal Printcious.com ni adalah wrapping packaging, kualiti dan juga tempoh penghantaran. Penghantarannya betul-betul dalam tempoh 7 hari yang ditetapkan. Kadang tu sampai awal barang. Dari segi bungkusan pula, pihak Printcious.com membalut barangan tersebut dengan baik dan bagus. Contoh macam aku nilah

Bungkusan Printcious.com sebelum dibuka

Bungkusan Printcious.com selepas dibuka

Barangan terletak elok di dalam kotak Printcious.com

Kalau barangan tu barangan mudah pecah, akan dibalut dengan bubble wrap dulu. Jadi kalian tak perlu risaulah tentang barang tu. InshaAllah tidak akan pecah. Nanti jika aku beli barangan mudah pecah, aku akan review pula ke kalian.

Kualiti produk Printcious pula sangat memuaskan. Aku puas hati dengan barang yang aku beli ni. Sentiasa puas hati. Cetakan warna yang sama dengan design asal (untuk setengah produk). Material yang digunakan juga bermutu. Boleh dikatakan memikat hati aku untuk tempah lagi di situ. Cuma ada juga beberapa ketidaksempurnaan seperti fridge magnet aku tu. Warna dia macam tak sama tapi boleh. Still not bad.

Okay, tu saja review daripada aku. Kalau nak tahu apa-apa pasal produk Printcious.com ni bolehlah tanya di ruangan komen bawah. Terima kasih kerana sudi membacanya. Yuk shopping di Printcious.com

You Might Also Like

6 comments

  1. menarik pulak apron tu. Sesuai utk hadiah pada mak atau kwan2 yg suka ke dapur,heee

    ReplyDelete
  2. semalam ada jugak design something kat printcious pastu bila nak masukkan code diskaun dah tak valid hahahahaha muram terus

    ReplyDelete
  3. wahhh, baru tahu pasal website ni.. nanti boleh lah membeli dekat sana, kot2 nak bagi hadiah dekat org jugak ke. ehehehe

    ReplyDelete
  4. abe kie pun dpt baucer rm100 tu tp blom sempat n design.

    ReplyDelete
  5. teringin nak buat yang print gambar macam kat kanvas tu.. nanti2 boleh pegi jenguk =D

    ReplyDelete
  6. Memang cantik2 dan berkualiti barang dari printcious ni. Dah tu ikut kreativiti kita pula tu. Yang yang menarik

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News