KISAHSIAPA #3 : CABARAN

8:25 AM


Bismillah,
Assalamualaikum

Hari demi hari, dugaan hidup yang dilalui makin bertambah dan makin menyukar. Yang lepas belum diselesai sudah muncul yang baru. Dosa masih belum dibasuh. Pahala tidak juga menaik. Otak dah mula tambah berserabut. Tapi kita lupa. Lupa untuk mengembalikan ketenangan itu melalui Allah.

*****
Petang tu, Nabilah ada usrah bersama naqibah nya di food court universitinya. Lepas usrah ada meeting pula. Selesai jer kesemua itu, Nabilah pulang ke biliknya dan mengeluarkan semua barang dari beg yang dia bawa tadi. Tetibe dia perasan satu perkara. Dompet dia tiada dalam beg. Terus dia meluru ke bilik rakannya dan meminta tolong rakan membawanya ke tempat yang dia lalui sepanjang petang hingga ke malam.

Cari punyer cari, tanya punyer tanya tapi hasilnya tetap dompet itu tak dijumpai. Nabilah diam. Sejujurnya tiada barang berharga dalam dompet cuma yang ada beberapa not duit dan gambar dia dan mak dia. Dia tidak kisah duit itu diambil orang asalkan dompet itu dan gambar itu dikembalikan. Dalam benak hatinya tidak tahu harus dirasai ape.

Salah dirinya kerna kecuaian yang dia lakukan.Nabilah terfikir dan berfikir.

Apa yang dia perlu buat?

Apa yang Allah mahu beri kepadanya?

Apakah dosa yang telah dia lakukan?

Sebab dia tahu ada makna kenapa Allah pilih dia.

Minggu itu sahaja sudah berlambak dugaan menimpa dirinya. Dia hampir buntu.

Akhirnya dia sedar, dia terlupa sesuatu yang berharga. Barangkali Allah inginkan dia semakin hampir dengan penciptaNya. Allah inginkan kata taubat darinya. Allah inginkan dia menjadi matang.

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;" Albaqarah : 45

*****



You Might Also Like

0 comments

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News