KISAHSIAPA #4 : MENERIMA

7:09 PM



Bismillah
Assalamualaikum

Sebelum itu ada seseorang telah kongsikan saya tentang ini :

Saidina Umar semasa cuba menyingkapi keperibadian seseorang, beliau sudah meletakkan piawaian tertentu. Beliau tidak mudah tertipu melihat postur dan penampilan seseorang. Beliau meletakkan kayu ukur tertentu bagi menilai agama dan akhlak seseorang itu. Ketika datang seorang lelaki yang memberikan kesaksian untuk seseorang, Umar bertanya kepadanya:
Umar : Adakah kamu mengenal orang ini?
Sahabat : Ya.
Umar : Adakah kamu berjiran dengannya dan mengetahui saat dia keluar masuk?
Sahabat : Tidak.
Umar : Adakah kamu pernah menemaninya dalam satu perjalanan (musafir) dan mengenal kemuliaan akhlaknya?
Sahabat : Tidak.
Umar : Adakah kamu pernah berinteraksi dengannya yang melibatkan dinar dan dirham (duit), sehingga kamu mengenal sifat hati-hatinya?
Sahabat : Tidak.
Umar : Mungkin kamu pernah melihatnya berdiri dan duduk solat di masjid, mengangkat kepalanya pada suatu ketika dan menundukkanya pada saat yang lain?
Sahabat : Ya.
Umar : Pergilah. Sungguh kamu tidak mengenalnya.
-------
Angguk setuju, bila ada orang cakap - kita kalau sudah duduk serumah, sebilik, jaulah sama-sama, baru kita kenal hati budi seseorang. Kan?
Sesuatu yang indah untuk dikongsikan. Ini semua mempunyai perkaitan dengan menerima untuk diterima. Kita tidak sedar dalam kita menjalin perhubungan yang erat dengan seseorang aka UKHUWAH, kita mengharapkan diri kita dengan segala buruk baik yang ada diterima oleh sahabat kita. Sedangkan pada masa yang sama kita tidak dapat menerima sisi buruk sahabat kita. Hati kita menolak dan setelah itu tercetuslah masalah HATI. Mulalah kita mengumpat dia, mengutuk dia dan paling parah menyisih dan meninggalkan dia. Hanya kerana hati kita yang degil dan pentingkan diri sendiri.

Aku tersedar perkara ini juga terjadi pada diri aku. Dan aku fikirkan semua orang mengalami masalah begitu. *mungkin* Kerana hal ini terjadi kepada aku, maka aku berfikir. Hal ini mengambil masa bertahun untuk aku faham konsep ini. Ya, bertahun. Tempoh masa yang agak lama. Jadi sekarang aku ingin kongsikan apa yang aku telah dapat untuk semua.

Pertama bagi aku, dalam bersahabat, tanamkan sangkaan pertama atau first impression yang baik terhadap mereka. Walaupun mereka tertonjol yang sisi buruk, bersangka baiklah.

Selemah lemah ukhuwah ialah bersangka baik

Kerana tanggapan pertama ini menjadi faktor utama dalam perjalanan persahabatan kita. Walaupun tak semua begitu tapi ia tetap menahkodai bahtera ukhuwah ini.

Kedua, jangan mengharapkan diri menjadi seperti mainan minda kita atau bahasa mudahnya jangan beri high expectation pada dia. Terima dia seadanya. Kita bukan sahaja bersahabat dengan nya tapi kita juga bersahabat dengan semua hal yang berkaitan dengan dirinya. Sifat buruk, baiknya, keluarganya, teman temannya dan semua tentang dirinya. *sama macam konsep perkahwinan kalau anda faham*

Memberi harapan kepada nya umpama memberi kekesalan kepada diri kita. Selalunya faktor ini juga memberi impak yang besar kepada kerosakan hubungan. Ramai yang ada menaruh harapan yang tinggi kepada kawannya tapi realitinya kawannya itu tidak seperti yang dia sangkakan, harapkan lalu menyesal dan kecewa.

Ketiga, jangan memaksa dirinya untuk menerima kita. Paksaan tidak membawa ke mana. Seandainya dia tidak dapat menerima keburukan kita, maka fikirkan solusi lain. Seperti kurangkan keburukan diri kita. Jadi baik bukan bererti jadi malaikat. Memberi paksaan kepadanya boleh menjejaskan hubungan persaudaraan ini kerana kita juga tentunya tidak mahu orang lain memaksa kita menerima keburukannya. Bagi masa kepada dia. Berdoa tetapi jangan pula kita meninggalkan dia. Ingat Allah itu Pemilik Hati.

Keempat, belajar untuk memahami dan menerima. Haha, aku dah tak benda nak diulas. Bagi aku, kita kena ubah mentaliti kita. JANGAN MENGHUKUM ANDAI DIRI TIDAK MAHU TERHUKUM.
Ukhuwah ini sangatlah indah. Fahami konsepnya, tahulah rukunnya, dan raihlah tingkatannya.

Tak semua akan berlalu dengan indah, akan dihadirkan sedikit ujian untuk kita. Ujian itu bukan untuk memusnahkan hubungan tapi malah satu langkah pengukuhan kepada hubungan kita. Selamat berukhuwah.
Jaga batas dan jaga hati.

JANGAN BENARKAN MASALAH HATI TIMBUL

Semoga kita tergolong dalam golongan beriman.
Semoga Allah menjaga hati kita.

You Might Also Like

1 comments

  1. JANGAN BENARKAN MASALAH HATI TIMBUL

    Semoga Allah menjaga hati kita.

    ameen ameen ya Rab, allahumma ameen :'))

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News