KISAHSIAPA #12 : KOPI
1:02 AMBismillah,
Assalamualaikum
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." - Al Baqarah : 155
*****
Tak
cukup pahit lagi ke apa yang telah aku lalui.
Tak
cukup perit lagi ke kesakitan yang aku alami.
Tak
cukup pedih lagi ke luka yang aku deritai.
Apa
masih tidak cukup segala ketidakmanisan yang aku tempuhi dalam dunia ini?
Nabilah bersendirian. Dia berfikir dan monolog sendiri.
Kata kata daripada naqibahnya tadi benar benar mengusik hatinya.
"Awak rasa dah cukup pahit ke kepahitan yang awak
alami selama ini?"
Ya, dia akui. Dia selalu merasakan bahawa ujian kehidupan
yang menimpa dia selama ini adalah yang paling pahit daripada orang lain. Tapi dia terlupa bahawa
kepahitan itu tidak sama.
Seperti
rasa pahitnya kopi. Lidah yang terkena kopi itu akan merasai dan menikmati
pahit kopi dengan sudut pandangan yang berbeza. Siapalah kita untuk
menentukan yang dugaan kita paling pahit.
Kekadang
kita nampak ujian itu mudah saja tapi bagi yang menanggung tentu sulit sekali. Bahkan
mungkin juga kita nampak ujian itu berat teramat tetapi bagi yang menerima
dirasa tiada kesukaran dan keberatan sama sekali.
Nabilah selalu mengeluh dengan ujian yang diterimanya.
Tidak pernah direnungnya akan kebaikan dan hikmah yang menimpa.
"...Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur." - Al Maidah : 6
Mungkin dia perlu bersyukur dengan dugaan yang menimpa
dirinya. Dia kurang sekali melahirkan rasa berterima kasih kerna dia kurang
mengerti. Iya, Tidak salah untuk dia mengatakan ujian yang dilaluinya itu pahit kerana dia yang merasakan ujian itu. Diberi kepadanya kerana dia mampu. Sesuai dengan tahap nya. Dan dia perlu melatih diri untuk tidak mengutuk mereka yang sedang ditimpa cubaan keatas
dirinya. Sama sekali jangan mengutuk atau menghina.
Dia mengambil contoh sebagai ujian poligami seorang ayah
didalam keluarganya. Ada setengah keluarga sukar untuk menerimanya kerana ayah
itu berkahwin secara diam, atau isteri yang dinikahi itu perangainya kurang
elok. Ada setengah keluarga boleh menerimanya, kerana menurut mereka itu salah
satu daripada sunnah, si isteri pertama sudah luput usia yang menginginkan si
suami kahwin lagi, atau keluarganya tidak kisah.
Nabilah
mengambil contoh lain lagi, contoh dalam berjuang untuk bergerak kerja dalam Islam.
Ada setengah orang sukar untuk bergerak kerja kerana keluarganya pentingkan
pelajaran, keluarga tidak memahami apa yang dibuat, atau keluarga berlainan
fikiran dan haluan. Tapi ada setengah orang pula senang untuk bergerak kerja
kerana keluarganya sangat memahami apa yang dilakukannya, keluarganya juga
turut sama bergerak kerja, atau keluarganya tidak kisah asalkan hal itu baik.
Bukankah kopi itu SEMPURNA kerana rasa pahitnya?
Begitulah juga sempurnanya kehidupan manusia kerana kepahitan ujian yang dialami mereka.
Semakin jauh dia melangkah menempuh kehidupan ini, semakin bertambah tahap ujian yang dia perlu harungi. Dan sulitnya dugaan yang dia lalui membolehkan dia meraih cintanya pada Allah. Meraih syurga.
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" - Al-Ankabut : 2
"Ya, aku harus kuat. Ujian hidup aku ini untuk mematangkan aku dan membentuk diri aku untuk jadi lebih baik."monolog Nabilah sendirian.
Jiwanya harus kental. Selesai dugaan hari ini, hari esok bakal menjelang membawa dugaan yang baru.
Kerana itulah LUMRAH KEHIDUPAN.
0 comments
Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen