#REVIEW Movie : Extinction 2015

8:00 AM

Assalamualaikum dan hi korang!

Aku tak tahu ini dah kali ke berapa aku nonton filem ini. Semua ni gara-gara adik beradik aku yang ramai. Mula-mula nonton sendirian, lalu sama kakak abang, seterusnya si adik lanjut ke sekeluarga dan berakhir pada adik yang katanya dia belum nonton. Padahal dia saja yang lupa dia sudah nonton. Tapi cerita sebenarnya tidaklah teruk mana cuma tidak diketahui ramai (kot). Filem tentang zombie tapi bukan zombie yang cincai. Ni macam next level punya. Yuk, kita mula


[Disclaimer : Review ini hanyalah pandangan aku saja. Jadi mungkin berbeza dengan pendapat korang semua.]

Tajuk Filem : Extinction 2015
Tarikh Keluar : 31 Julai 2015
Genre : Drama, Horror, Sci-fi
Pengarah : Miguel Ángel Vivas

Sinopsis :
Seperti biasa, virus telah merebak ke seluruh dunia, mengubah manusia menjadi makhluk buas iaitu zombie. Namun di sebalik keganasan itu, ada sekelompok kecil yang terselamat dari virus dan berlindung di sebuah kota yang tertutup oleh salji tebal. Mereka percaya virus dan makhluk mengerikan itu telah mati setelah 9 tahun sunyi dari sebarang ancaman dan serangan.


Jack dan Patrick merupakan beberapa yang terselamat daripada terinfeksi oleh virus itu. Mereka tinggal bersebelahan dan terpisah oleh pagar tinggi. Tinggal bersama Jack, Lu kanak-kanak berusia 9 tahun anak kepada Emma. Jack, Patrick dan Emma ini sahabat baik sehingga berlaku suatu tragedi yang mana telah mengakibat hubungan Jack dan Patrick renggang dan tidak bertegur sapa selama 9 tahun.


Pada suatu hari, ketika Patrick keluar mencari bekalan makanan di sebuah gudang, dia melihat zombie disebalik rak-rak makanan. Malang tidak berbau apabila zombie menyedari kehadirannya dan mengejar Patrick hingga ke rumah. Kesempatan untuk menjauh makin tipis tatkala pohon tumbang. Zombie itu tidak dapat melihat,cuma berpandukan bunyi untuk memburu. Jadi apabila Patrick melepaskan tembakan untuk memperingatkan Jack, zombie tersebut berlari laju ke arah Patrick lantas menggigit lehernya. Tapi Patrick berjaya diselamatkan apabilah anjingnya menyerang zombie itu. Ketika itu Jack ragu-ragu untuk tembak dan menimbulkan rasa tidakpuas hati Lu pada Jack.

Lu marah karena Jack tidak melakukan apa-apa untuk membantu. Malam itu Lu menyelinap keluar rumah untuk menempatkan bunga di makam anjing. Dia diserang oleh zombie tetapi Jack datang padanya tepat pada waktu. Dia terluka parah oleh zombie. Patrick menghemat Jack dan Lu, dan mengikat si zombie. Mereka belajar bahwa meskipun mereka secara teknikal terluka akibat serangan zombie, mereka kebal terhadap penyakit karena tidak satupun dari mereka berubah. Mereka juga belajar bahwa zombie telah berevolusi: mereka tidak bisa melihat tapi mereka telah meningkatkan pendengaran.


Keesokan harinya, Lu ingin mengajak Patrick untuk makan malam dan Jack setuju. Patrick berbicara di radio dan seseorang merespon, mendorong Patrick ingin meninggalkan. Jack bertanya apakah mereka bisa bergabung dengannya dan dia setuju. Mereka pergi ke gudang untuk mengambil persediaan dan Lu melihat seorang wanita di kejauhan. Orang-orang membawanya pulang, menyadari dia hamil. Dia mengatakan kepada mereka bahwa kelompoknya telah mendengar Patrick di radio dan sedang dalam perjalanan. Namun, konvoi mereka diserang. Pada saat ini ia mendengar lolongan sebuah zombie mereka tangkap. Dia menembak dengan pistol Patrick dan mengatakan kepada mereka melolong adalah bagaimana mereka memanggil satu sama lain.



Mereka mulai naik ke atas rumah ketika mereka mendengar melolong di kejauhan. Banyak zombie datang ke rumah dan mulai menyerang. Pertempuran terjadi kemudian; wanita itu memainkan musik dengan kuat, menyebabkan zombie-zombie tersebut berhenti menyerang dan menutup telinga mereka. Tapi malang, apabilah generator mulai kehabisan bensin, menyebabkan musik semakin perlahan dan terpadam.

Rating Imdb : 5.8/10
Rating Rottentomatoes : 2.9/5
Rating aku sendiri : 6/10


Satu, aku tak suka tengok filem pasal zombie. Serius tak suka. Sebabnya orang yang kena infeksi itu akan mati sia-sia bila dibunuh dan penawarnya macam tiada sangat. Filem zombie ni takkan habis sebab virus itu merebak pantas dan menghabiskan populasi penduduk bumi dengan banyak. Aku pun tak kenapa, dalam tak suka itu, aku tengok juga beberapa buah filem zombie dan paling lucu yang filem ini ditonton banyak kali.

Filem ini cuma memaparkan sebilangan kecil zombie. Mungkin kerana mereka ingin mengambarkan yang zombie mati kesejukan dek salji dan cuma beberapa saja yang berjaya berevolusi. Disebabkan itu, aku rasa kurang sesuai kot untuk mereka yang inginkan penampakan dan aksi zombie yang banyak kerana cerita ini cuma banyak plot dari segi watak saja. Zombie itu tambahan yang melengkapkan jalan cerita. Susur galur penceritaan yang bagi aku sedikit lambat dan boleh mengundang kebosanan kala menonton kerana ia memang sebuah filem tentang konflik antara Jack dan Patrick dan bagaimana mereka ingin survive dari zombie.

Dari segi sinematografi pula, aku rasa biasa-biasa saja. Tidak begitu hebat cuma cukup untuk memaparkan setiap scene dengan baik. Tona warna juga sesuai dengan persekitaran yang ingin dibawa. Untuk lakonan, pelakon cuba membawa watak itu dengan baik dan aku terasa juga setiap emosi yang ditonjolkan.

Itu saja kot. Aku tak rekomenkan untuk korang filem ini sebab takut tak kena dengan taste. Cuma andainya korang terasa nak tonton silakanlah. Tiadalah teruk sangat filem ini. Hanya tidak mencapai piawaian filem zombie mengikut standard penonton saja.

Sumber sinopsis :
http://nonton-bioskop-007.blogspot.com/2017/02/sinopsis-film-extinction-2015.html

You Might Also Like

2 comments

  1. zombie berevolusi nie lagi bahaya dan menakutkan.. hahaha

    ReplyDelete
  2. Last movie zombie yang ika tengok Train to Busan. Haha long time ago. Teringin sgt nak tengok movie zombie yang jenis kokak kepala orang bebetul haha. :p

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2018 Reading Challenge

2018 Reading Challenge
Najah has read 0 books toward their goal of 24 books.
hide

Broaden News




#BPT