#REVIEW Movie : Hereditary 2018

4:39 PM

Assalamualaikum dan hi korang,


Kali ini aku ingin mengulaskan tentang satu filem baru yang bergenrekan horror. Filem ini aku baru saja nontonnya 2hari lepas bersama 3 orang adik beradikku. Katanya filem ini terseram dan menakutkan, jadi akan aku ulas panjang di bawah selepas sinopsis apakah benar filem ini seram?

[Disclaimer : Review ini hanyalah pandangan aku saja. Jadi mungkin berbeza dengan pendapat korang semua.]

Tajuk Filem : Hereditary 2018
Tarikh Keluar : 8 Jun 2018
Genre : Drama, Horror, Mystery
Pengarah : Ari Aster

Sinopsis :
Annie Graham (Toni Collette), seorang artis miniature, tinggal bersama suaminya Steve (Gabriel Byrne), serta anak lelaki mereka Peter (Alex Wolff),dan anak perempuan berumur 13 tahun Charlie (Milly Shapiro). Semasa majlis pemakaman ibunya, Ellen, Annie diminta untuk menyampaikan ucapan kepada tetamu. Beberapa detik selepas selesai sesi pengebumian ibunya, Steve mendapat panggilan telefon yang memaklumkan bahawa kubur Ellen telah rosak. Annie pula merasakan dia ada terlihat kelibat Ellen di bilik kerjanya. Annie ada mengikuti sesi bantuan yang terdiri daripada sekumpulan yang kehilangan orang tersayang. Dia meluahkan hampir segalanya termasuk ketika Ellen menderita penyakit mental yang membawa kepada kematian.


Beberapa hari kemudian, Charlie sedang duduk di dalam kelas sambil menyiapkan patung seni buatannya. Ketika gurunya menegur Charlie kerana tidak fokus menjawab kuiz, tingkap kelasnya dilanggar oleh seekor merpati dan hampir retak. Charlie mengambil gunting gurunya dan memotong kepala merpati malang itu lalu simpan di dalam poket baju.


Satu hari, Peter diajak kawannya ke sebuah parti dan dia menipu Annie dengan mengatakan pergi ke acara sekolah. Lantas Annie memaksa Peter untuk bawa sekali Charlie ke acara itu. Semasa di parti, Peter meninggalkan Charlie sendirian kerana dia ingin menghisap shisha bersama kawannya. Charlie disuruh makan kek coklat yang tanpa disedari Peter, kek itu mengandungi kacang. Charlie tidak boleh makan kacang kerana dia ada penyakit. Gara-gara termakan kacang itu, Charlie mula merasa sesak nafas. Peter terburu-buru membawa Charlie ke hospital. Semasa perjalanan ke hospital, Charlie buka tingkap kereta kerana dia merasa sukar bernafas. Malang tidak berbau apabila, Peter cuba mengelak haiwan yang mati ditengah jalan dan mengakibatkan kepala Charlie terhantuk di tiang elektrik dan terputus. Peter ketakutan lalu langsung pulang ke rumah tanpa pedulikan kepala Charlie. Annie kemudiannya tahu setelah dia ingin menggunakan kereta keesokkan hari.

Sejak kejadian itu, Annie makin tidak stabil hingga dia terjumpa Joan (Ann Dowd). Annie menceritakan kesedihan dia kepada Joan malah dia juga mendedahkan yang dia pernah tidur sambil berjalan dan beberapa kejadian yang tidak menyenangkan. Annie dan Joan selalu terjumpa secara kebetulan tanpa dirancang. Di salah satu pertemuan mereka, Joan memberitahu Annie tentang sesuatu yang Annie sukar percaya. Joan mengatakan yang dia berjumpa seorang pengantara yang menghubungkan kembali Joan dengan cucunya yang telah mati. Joan mengajak Annie datang ke rumahnya untuk menunjukkan hal tersebut. Komunikasi antara Joan dan cucunya nyata apabila papan hijau milik cucunya bergerak yang dipercayai ditulis oleh roh cucunya. Joan juga mengajar Annie cara untuk berhubung itu dan menyakinkan Annie tentang hal itu bersungguh-sungguh.



Banyak lagi hal yang rumit dan pelik berlaku ke atas keluarga mereka. Ditambah pula dengan Peter yang mengalami halusinasi apabila dia sering merasakan kehadiran Charlie disampingnya. Lagi mengejutkan apabila Peter mengalami kecelakaan yang dipercayai dari roh yang tak tenang. Dia menghembap mukanya sendiri ke meja dengan kuat sehingga patah hidungnya. Manakala Annie pula sering mimpi ngeri di malam hari. Dia bahkan ada melakukan upacara memanggil roh itu.

Annie makin menjadi-jadi dan semakin obses dengan hal yang karut-marut. Malah dia juga berperangai yang menakutkan anaknya Peter dan membimbangkan suaminya Steve.

Rating Imdb : 7.7/10
Rating Rottentomatoes : 3.2/5
Rating aku sendiri : 2/10

MEMBAZIR 2 JAM aku. Ya ampun!! Cerita apa yang aku tengok ni. Jalan cerita yang slow malah untuk masuk ke genre seram itu sangat lambat. Cerita ini lagi sesuai dengan genre drama kekeluargaan dibanding seram. Part ending tu, ya ampunn!!, entah apa-apa. Habis begitu tanpa penjelasan yang jelas. Kenapa berlaku itu? Apa sebabnya dia begitu? Aku rasa tertipu tengok cerita ini. Aku tak kisah kalau aksi jumpscarenya kurang, sebab aku okay ja. Jalan cerita yang perlahan pun aku okay, tapi tak boleh nak hadam betul bila plot cerita dan motif cerita berterabur. Pengarah dan penulis ibarat mabuk, atau mungkin keliru dengan cerita mereka sendiri. Mereka syok buat plot rumahtangga sampai terlupa, eh aku sebenarnya buat cerita seram, lalu baru masukkan sikit aksi seram. Dengar kata ini dari produksi yang sama dengan The Witch tapi The Witch lagi menarik.

Sinematografinya okay tapi apa gunanya semua itu jika plot cerita ke laut. Sayang tau sebab pelakonnya melakonkan watak dengan baik. Aku benar-benar menghayati cerita ini gara-gara lakonan pelakonnya. Tapi itulah, hampa. Ada banyak kelopongan yang menjadi tanda tanya. Kalaupun nak buat cerita yang ala deep, dimana bikin penontonnya berfikir buat betul-betul. Ini bukan setakat berfikir tapi memang tak faham. Hantu itu nakkan jasad lelaki sihat tapi untuk apa? Siapakah yang memulakan upacara itu. Ceritakan sikit tentang neneknya yang meninggal. Adiknya Charlie macam begitu saja. Tiada perkembangan watak. Dimatikan begitu saja. Yang paling kesian Steve, mati begitu saja.

Dahlah, aku malas nak komen panjang. Yang penting, aku tak rekomenkan kalian untuk pergi tonton cerita ini. Membazir saja duit dan masa kalian. Bagi yang nonton, apa pendapat kalian tenatng filem ini? Okay kah? Kalau ada yang faham dan ingin menjelaskannya kepada aku, bolehkan tinggalkan sepatah dua kata di ruangan komen di bawah.

Moga-moga kalian terselamat daripada filem yang sia-sia dan merugikan.

You Might Also Like

4 comments

  1. Memang tak tengo filem seram macam nie.. kikiki.. tak berapa nak berani..

    ReplyDelete
  2. Baru nak tengok sebab baca rekomenfilem dekat twitter. Dieorang kata movie ni best haha. Patut tgk ke tak eh? Haha.. Tapi tgk poster mcm so sendu haha maybe sebab warna hahaha.

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2018/06/sample-whiskas.html

    ReplyDelete
  3. hahaha sian mg pi layan cerita acah seram. nasib baik aku memang tak minat >,<

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2018 Reading Challenge

2018 Reading Challenge
Najah has read 0 books toward their goal of 24 books.
hide

Broaden News




#BPT