McDonald's Jalan Gambang Kuantan | The Joy-licious Pit-Stop

9:30 PM

Assalamualaikum dan Hi korang!

Beberapa hari yang lepas, aku dan rakan blogger Pantai Timur makan angin selama 3 hari 2 malam di Bukit Gambang Resort City. Tapi jangan risau kerana angin yang kami makan tu selamat. Perut tak kembung tapi gambar kenangan yang kembung. Memori fon hampir meletop lagi-lagi semua duk pakat spam gambar selepas sampai ke rumah masing-masing. Hehehe. Semasa di sana, aku fikir akan berakhir di Bukit Gambang Resort City tapi ternyata tidak apabila kami semua di bawa ke satu tempat yang menarik dan Da BOOM malah menambahkan lagi memori terindah dalam hidup. (juga merupakan pilihan yang terbaik kerana aku lapar habis saja check out BGRC)

gambar ihsan kak sheila

Tempat terakhir yang kami singgah itu adalah McDonald's Jalan Gambang, Kuantan Pahang. Jarak perjalanan dari Bukit Gambang Resort City dalam 30 minit manakala dari bandar Kuantan pula dalam 9 minit gitu. Jarak itu juga menjadikan ia tempat strategik untuk singgah bila memandu dari Kuantan ke Gambang dan sebaliknya hinggakan dikenali sebagai lokasi persinggahan buat pengunjung dari BGRC. McDonald’s Jalan Gambang ni masih baru lagi. Ia dibuka pada 15 April 2015 dan masih aktif beroperasi sehingga sekarang. Yang menarik lagi tentang Mcdonald's ni, ia dibuka selama 24 jam dan turut mempunyai McCafe. Ini sangat bagus kerana memberi kemudahan dan kelapangan kepada pelanggan untuk datang pada bila-bila masa (Lagi-lagi student, confirm akan jadikan McDonald’s Jalan Gambang sebagai pilihan tempat study).


Selain itu, McDonald’s Jalan Gambang juga lengkap dengan kemudahan pandu-lalu, lot parking yang mencukupi, bilik bayi, tandas, kemudahan orang kurang upaya dan juga ruang permainan untuk kanak-kanak. Boleh aku katakan McDonald’s Jalan Gambang ini sangat sesuai dihadiri seisi keluarga dan mementingkan semua lapisan masyarakat tidak kira muda atau tua. Malah ia juga menyediakan satu tempat khas yang selesa dan privacy untuk majlis keraian seperti sambutan hari jadi, parti dan lain-lain. Aku yakin yang ianya pasti menjadi pilihan ibubapa untuk mengadakan sambutan hari lahir buat anak-anak mereka. Hal ini menjadikannya sebuah lokasi yang menjanjikan kegembiraan dan memori indah dilakar buat semua yang hadir.


Semasa aku menjejak kaki masuk ke McDonald’s Jalan Gambang, aku disambut dengan mesra oleh staf-staf mereka. Senyuman dimulut tak lekang membuatkan aku rasa selesa dan seronok untuk order makanan. Mereka juga sangat baik untuk membantu kita tak kira masa. Jadi boleh aku katakan yang staf McDonald’s Jalan Gambang ni mesra pelanggan dengan perkhidmatan yang terbaik, tidak kiralah jika anda sekumpulan remaja atau sebuah keluarga yang hadir pada bila bila masa.

Bicara pasal staf ini, tahukah anda bahawa McDonald’s merupakan sebuah syarikat yang sentiasa memberi peluang pekerjaan kepada semua untuk membina kerjaya. Bila aku kata semua, ia termasuklah mereka yang muda mahupun sudah berumur, tak kira bangsa dan upaya (aku ada dengar yang Mcdonald's juga sedang membantu mereka yang disabilities dengan membuka peluang kerjaya pada mereka). Ini merupakan salah satu inisiatif dari McDonald's untuk melakukan amal kebajikan dengan membantu orang yang memerlukan. McDonald’s juga sentiasa menjaga kebajikan perkerjanya. Sebagai contoh, baru-baru ini ramai pekerja Islam yang berkelayakan telah menerima zakat pada musim perayaan Aidilfitri.

Mama yang berada di sebelah aku

Puan Nik Anisah Mohd Ibrahim (mesra dipanggil dengan Mama) merupakan salah seorang yang dibantu oleh McDonald's. Dia bertugas sebagai Guest Experience Leader (GEL) di restoran McDonald’s Jalan Gambang. Mama seorang ibu kepada tiga orang anak dan umurnya kini mencecah 50 tahun. Serius, aku pun terkejut sebab dia tidak nampak seperti usia tu. Bertugas sebagai GEL ni, Mama berperanan untuk berkhidmat sebagai duta khidmat pelanggan yang mana fokusnya adalah untuk memberi pengalaman hebat dan layanan yang baik kepada pelanggan McDonald’s. Ini supaya pelanggan gembira dan puashati sepanjang mereka berada di sana malah terkenang-kenang pula bila balik kelak. Mama adalah contoh terbaik kepada wanita berumur di Malaysia yang memegang kepercayaan bahawa umur bukanlah penghalang bagi seorang wanita berkhidmat kepada masyarakat!



Sebelum berkhidmat di McDonald’s Jalan Gambang, Mama menjalankan perniagaan kontraktor elektrik dan mekanikal. Perniagaan itu pernah memberinya projek bernilai 1 juta. Namun malang tidak berbau apabila perniagaannya harus ditutup dek masalah ekonomi dan ketiadaan projek. Dia kemudiannya menjadi suri rumah sepenuh masa hingga pada 6 April 2015, Mama mula bekerja dengan Mcdonald's. Ketekunan dan dedikasi Mama menarik perhatian pihak pengurusan sehinggalah pada 1 oktober 2015, Mama naik pangkat dan menjadi sebahagian daripada GEL.



Mama ni boleh aku katakan sebagai seorang yang sentiasa mengambil inisiatif untuk berkenalan dan berkawan dengan mereka tanpa mengira bangsa, umur dan pangkat. Buktinya, semasa aku di dalam McDonald's tu, Mama membuka langkah perkenalan dengan menegur aku terlebih dahulu. Ini juga kerana Mama sentiasa menganggap pelanggan adalah VIP dan mengalu-alukan kedatangan mereka di restoran tersebut. Kalian akan nampak Mama sentiasa bersemangat dan teruja untuk melakukan tugasannya. Dia juga mudah bersembang dan bercerita dengan orang kerana menurut Mama, dengan bercakap dengan ramai orang, kita sendiri akan mendapat manfaat dan banyak maklumat daripada mereka. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Mama, kalian kena lah singgah McDonald’s Jalan Gambang dan bicara sendiri dengan Mama.

Selain Mama yang aca-awesome, staf-staf yang lain juga friendly dan ceria (walaupun aku dah bagitau kat atas tapi nak juga cakap). Kedatangan kami ke sana, disambut meriah dengan servis hospitaliti yang terbaik! Aku betul-betul gembira dan seronok sepanjang berada di sana. Tidak terasa janggal mahupun segan. Meskipun baru je kenal dengan mereka, terasa seperti sudah bersahabat lama. Mereka begitu ramah dalam melayani kami. Memang betul-betul meninggalkan memori yang tidak akan dilupakan dalam kotak kenangan aku. Budak-budak pun happy woi! Dapat happy meals dengan belon pula tu.


Jadi, aku sangat merekomenkan kalian untuk ke sana bagi merasaikan sendiri apa yang telah aku rasa. Kalau nak buat parti lagi dialu-alukan. Btw, burger Rio yang terbaru tu sedap. Tidak pedas berapi tapi ada rasa halwa pedas. Aku juga menjamah aiskrim sundae kat sana. Akhirnya kalian faham kan kenapa aku katakan McDonald’s Jalan Gambang sebagai the Joy-licious Pit-stop. :)



Maklumat lanjut tentang McDonald’s Jalan Gambang ;

Alamat:
Lot 121596 (HSM68258) Hingga Lot 12160 dan Tanah Kerajaan Jalan Kuantan Gambang, Mukim Kuala Kuantan, 25150 Kuantan, Pahang, Malaysia
Waze:
McDonald'd McCafe Jalan Gambang, Kuantan

Website:
https://www.mcdonalds.com.my/
Tel:
09-5362746

You Might Also Like

7 comments

  1. Moga-moga saja kotak komen tidak malu untuk muncul. Hoho

    ReplyDelete
  2. alahai, sedapnya makan mcD, tapi lagi sedap bila makan ramai2 dgn kawan kawan dan dapat ber-happy hour.

    ReplyDelete
  3. ya, kota komen ada ni. ape pun aku suka McD Jalan Gambang!

    ReplyDelete
  4. Lain kali kite mai makan sini lagik deh.. hehehe

    ReplyDelete
  5. ada cerita menarik di sebalik MCD. suka sangat

    ReplyDelete
  6. mc cafe gambang ni bukak 24 jam ke?

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News