~Solat Khusyuk Penyejuk Hati~

1:15 AM

Assalamualaikum :]



Malam nie tetibe rasa rajin tangan nak menaip dan kebetulan pula ada suatu janji yang belum dilunaskan so i made a decision to update my blog but with something different. I mean the entry on this time is totally different from my current entry. It's about the knowlegde i get from Konvesyen Bidadari Dunia which i will share it in this entry.
#Infact my beloved friend was asking me to share to her about what i had get from that Konvesyen and i keep saying her i will tell her on next time. Oh My English!!!
*Aku tulis nie berdasarkan apa yang aku catat :D*

Slot nie disampaikan oleh Ustazah NurHafizah Musa, seorang ustazah yang lemah lembut bicaranya namun penuh pengisian di setiap kata-katanya.
SOLAT KHUSYUK PENYEJUK HATI
itulah topik yang diketengahkannya.
Sungguh topik ini sungguh menarik minat aku sebagai seorang muslim memandangkan masih banyak yang perlu aku perbaiki untuk menjadi Mukmin yang hebat.
Jadi proses itu perlu dimulai dengan menjaga solat kita agar lebih khusyuk.
Sesungguhnya solat yang khusyuk itu penyejuk hati dan mencegah kepada kemungkaran.
Untuk menjadi seorang mukmin kita seperlunya memohon pertolongan dengan Allah dengan sabar dan solat - boleh dilakukan dengan solat khusyuk..

PERSIAPAN KHUSYUK SOLAT :
" Orang - Orang Soleh yang tetap melaksanakan solat dengan khusyuk mampu menghindari keluh kesah. "
Firstly, tanya diri kita soalan kat bawah nie 
" Kenapa kita tidak terpesona dengan Allah jika kita mampu terpesona dengan makhluk ciptaan-Nya? "

✿ ✿ 

3 Sifat Yang Menumbuhkan Rasa Khusyuk Solat :

Rasa ingin Dekat dengan Allah
" Sebelum kita solat, Allah lihat kita ini siapa. "
Adakah kita merindukan pertemuan kita dengan Allah sebagaiman kita merindukan makhluk-Nya dan nikmat-Nya?
Kita tenggelam dengan makhluk dengan nikmat yang Allah kurniakan hingga kita melupakan Allah.
INGATLAH!
" Allah itu lebih dekat dengan kita lebih dari nyawa kita sendiri. "

Tinggi perasaan Takut & Harap kepada Allah
Bila Allah sayang kepada kita, Dia akan bagi pengajaran dengan cepat agar kita tersedar.
Sesungguhnya hilang barakah hidup kita sekiranya kita tidak meletakkan keutamaan dalam solat.
Golongan makhluk yang diangkat darjatnya dan diberi kemuliaan kelak ;- 
Golongan yang tidak lena tidurnya kerana menghidupkan malam hari akibat takutkan Allah dan mengharapkan hidayah dan barakah daripada Allah (Harapan)
" Orang yang berharap kepada Allah untuk sesuatu benda tidak akan kecewa hatinya. "

Kemampuan melihat Keangungan & Kesempurnaan Allah
Mampukah kita melihat keagungan Allah dalam rukun pertama dalam solat ; takbiratul ihram
Teruknya orang yang melafazkan ALLAHU AKBAR tapi hatinya masih ada rasa bongkah, berbangga terhadap dirinya :P

" Hati adalah tempat berlabuhnya rasa Khusyuk. "
Oleh itu, selami hati kita, selidiki hati kita samada hati kita sakit, kelam, cerah atau tenang.
Benar-benar berjaya orang yang menyucikan hatinya, maka dia berjaya menfokuskan hatinya kepada Allah.

4 RUKUN KHUSYUK :

Muraqabah ;
merasakan Allah SWT sentiasa memerhatikan kita dan solat kita

Al-Mahabbah ;
melahirkan rasa cinta dan kasih kepada Allah

Ta'zim ;
mengAgungkan Allah

Al-Tadharru' ;
memerlukan / berkehendak kepada Allah setiap masa

5 TANDA KHUSYUK SOLAT :

Tenang pada hati dan fikirannya ;- 
" Kenapa tidak rasa tenang bila kita bersandar kepada Allah ; kerana kurangnya tawakkal dan yakin kepada Allah. "
Merendah diri dalam kehidupan
Selalu memuji Allah
Gementar jiwanya apabila diperlihatkan kehebatan Allah
Lembut hatinya ;- tidak sensitif tapi lembut

Sekian dari saya yang lemah ini.
Sesungguhnya segala kelebihan hadir daripada Allah, saya hanyalah hambaNya yang tiada kepunyaan.
Semoga kita mendapat manfaat dari penulisan yang panjang nie *first time kot tulis entry panjang2 nie :P*

You Might Also Like

3 comments

  1. Hi dear.. salam perkenalan.. Alhamdulillah sharing yg berkualiti =)
    Jemput join contest kami di http://laishcloset4u.blogspot.com/p/vintage-contest.html ya..
    Boleh dapat hadiah best!! Ajak rakan-rakan lain sekali tau. The more the merrier =)

    ReplyDelete
  2. nice sharing,
    sentiasa update diri muhasabah diri.
    insyaAllah.
    semakin hari niat utk jdi semakin baik :)

    btw,
    MG cari 500 follower nk buat GA sponsored by travel agency .come n support .tq :)

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News