Seronoknya beli di Carousell!
1:29 PMAssalamualaikum semua!
Hari ini aku nak kongsi pengalaman aku beli belah dekat Carousell. Yang pasti ini bukan iklan berbayar ya. Aku buat dengan tulus ikhlas untuk kongsi dengan kalian. Baru-baru ini aku ingin menukar lens, jadi sebelum aku tukar lens (beli lens baru) aku kena jual lens aku yang lama dulu. Kenapa jual, alasannya ada aku nyatakan kat post ni KLIK SINI.
prime lens yang dibeli |
- Tidak semua barangan yang dijual barangan terpakai
- Boleh melakukan jual beli dengan kaedah meet up
- Tidak perlu melakukan pembayaran dalam sistem Carousell
- Mudah berkomunikasi dengan penjual dan melakukan tawar menawar
Tidak semua barangan terpakai yang dijual di situ tidak berkualiti, malah ada yang berkualiti sama seperti yang baru. Contoh macam lens aku, kualitinya macam baru dan aku sangat puas hati. Cuma, dalam seronok beli belah di Carousell, kita hendaklah berhati-hati kerana mungkin dalam ribuan penjual dan pembeli di situ, ada satu yang scammer atau penipu. Jadi amalkan langkah berjaga-jaga dan siasat terlebih dahulu barangan yang hendak dibeli atau pembeli supaya kita tidak tertipu dan rugi.
bahagian mesej |
Tele lens yang aku beli |
Kalau anda nak jual, ada masanya barangan anda itu tiada yang ingin dibeli, maka turunkan sikit harga. Sebelum letakkan harga, pantau dulu peniaga lain yang menjual barangan yang sama. Lakukan kajian dahulu supaya barangan anda dapat terjual. Satu lagi, SABARlah menunggu. Insha Allah ada yang ingin membeli barangan anda.
13 comments
Najah taknak share tips photog ke? Buat la entri khas hehe. Nak menuntut ni :D
ReplyDeletehuhu!!! inshaAllah akan dibuat. (walaupun x pro mana dalam photography)
Deletetak pernah pulak akak nak try carousell ni.. macam mana.. tapi baguslah kalo kedua2 boleh meet up
ReplyDeletewah..hebatnya awk najah.Buat la entri tentang photographer pulak.Kak baru nak berjinak nii.Suggest skit mn kamera yang sesuai dan affordable price.Ehehehe..
ReplyDeleteSetuju sangat. Gud info
ReplyDeletewahh bestnya shopping ni
ReplyDeletebest membeli di carousell. harga pun boleh tahan murah
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
saya pernah baca mengenai founder carousell ini. Orang muda dari singapore. impressed saya. huhu
ReplyDeleteMakin banyak ya online shopping skang. GV baru tahu Carousel ini. huhu.
ReplyDeletesaya sendiri jual barang kat carousell..jam, baju dan kasut..kalo customer dekat cod je..huhu..mana2 brg yg x pakai,jual je kat sini.
ReplyDeletepernah dengar pasal carousell ni.. nanti boleh usha2 la
ReplyDeletetak pernah lagi try jual ataupun beli dekat carousell ni. Apps ada tapi so far tak jumpa lagi yang berkenan
ReplyDeletetak pernah lagi beli barang kat carousell ni
ReplyDeleteThanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen