Beli Tiket Bas Online!

11:30 AM

Assalamualaikum!
Hari ini aku nak bercerita tentang pengalaman aku beli tiket bas online. Selama ini tak pernah beli tiket online sebab selalunya akan ke kaunter untuk beli tiket. Itu menyulitkan kerana kena beratur, dan kadang-kadang bila dah sampai giliran kita, tiket dah habis. Tak ke bazir masa kita? Lepas tu, kena pergi banyak kaunter pula sekiranya kaunter pertama habis. Satu hal pula ke hulu ke hilir cari tiket. Anak perantauan pasti selalu merasa situasi seperti ini kan?


Buat apa bersusah lagi kalau sekarang sudah ada pembelian tiket secara online. Dengan Easybooks, kita boleh membeli tiket bas, keretapi, feri dan juga kereta sewa secara di atas talian. Mudah saja. Hanya perlu masukkan destinasi bertolak serta sampai dan juga tarikh bertolak, selepas itu ia akan menyenaraikan beberapa pilihan untuk kita pilih. Macam aku, aku pilih pengangkutan bas, perjalanan satu hala dari Terminal Kota Bharu ke Kajang pada tarikh 21 Oktober. Pada awalnya dia menyenaraikan banyak juga pilihan bas seperti perdana, transnasional dan lain-lain. Ada pada pukul 9 pagi, 2 petang dan juga 9 malam. Kalau contoh bas tu dah penuh dalam masa kita masih tengah pilih, bila kita tekan dia akan popups notis minta maaf, bas ini dah penuh, sila pilih bas lain. Tapi kebiasaannya dia akan nyatakan berapa seats lagi yang available, malah kita boleh tengok seats mana yang available tanpa kena book dulu. Ini menyenangkan kerana aku suka pilih seats yang selesa. Oh ya, dia juga dah nyatakan harga tiket tersebut dan juga berapa jangka masa perjalanan.

pilihan bas yang masih available

pilihan seats, setelah pilih tekan continue, jika tidak mahu tekan pangkah untuk close

kena isi maklumat orang yang akan menaiki bas tersebut
pilihan pembayaran

Selepas aku selesai pilih seats, aku lanjut ke pembayaran. Yang menariknya, ada 3 pilihan pembayaran yang boleh kita guna untuk bayar. Boleh pakai kad kredit/debit, perbankan online dan paypal. Sudah bayar, dia akan keluar resit pembayaran kita. Jangan bimbang andai anda terlupa nak save resit tersebut kerana ia akan menghantar resit itu ke email kita. Resit pembayaran itu kita perlu print dan bawanya ke kaunter tiket sebelum tarikh kita berlepas atau sejam sebelum waktu kita berlepas. Sekiranya anda tiada printer atau tak sempat print, anda perlu tunjukkan resit tersebut dan akan dicas RM1 di kaunter tiket itu. Selesai semua itu, anda siap mendapatkan tiket anda dan siap untuk berlepas ! Kita boleh ambil tiket itu di mana-mana kaunter tiket yang dipercayai/official. Perlu diperingatkan, sekirannya kita memilih tiket bas transnasional, maka kita perlu menebus tiket tersebut di kaunter bas transnasional dan begitulah sebaliknya.


Mudah bukan dengan adanya pembelian tiket online ni. Aku harap ini sedikit sebanyak membantu sesiapa yang memerlukan, lebih-lebih yang selalu naik bas untuk pergi dan balik. Ada juga laman web lain seperti catch that bus tapi aku tak pernah pakai lagi jadi tidak berapa tahu. Sekian saja perkongsian daripada aku. Semoga berjumpa lagi di lain post

You Might Also Like

14 comments

  1. nice sharing.. thanks ia amat-amat membantu :)

    ReplyDelete
  2. mudah dah skrg nak beli tiket bas berbanding dgn zaman abe kie study di UM od awal 90an dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah! sekarang dah semakin mudah. saya pun baru tahu yang ni

      Delete
  3. First time tahu sal ni. Nti sng la kalo nk beli tiket
    Thanks share info ni najah. :)

    ReplyDelete
  4. wow mudahnya! Siap boleh pilih seat sekali. Kalau dulu boleh pilih bas dengan perjalanan je. Nice tips!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! skali dapat seat belakang memang menangis pening dalam bas tu. sekarang dah tak perlu susah hati dengan seat lagi.

      Delete
  5. Nicr sharing mmg mudh klo beli on9..g kaunter tiket hbis mmg menangis x berlagu la jwbnya
    Baik standby awal2..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu! dah boleh simpan air mata kita dari dibazirkan untuk tiket bas

      Delete
  6. Zaman maju no lagi mudah segala urusan Kita kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup! sesuai dengan tujuan teknologi diciptakan, untuk memudahkan urusan manusia :)

      Delete
  7. bersungguh aida membaca entri najah ni.
    sebab, last week, bersungguh aida & asben godek how to buy tiket bas online tau.
    sabtu ahad asben ke tganu. naik air asia. dok la godek bas from melaka to klia2.
    at the end, asben ke melaka sentral aje beli kat kaunter :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaaa... ye ke?? xpe, mgkin lain kali boleh beli online :)

      Delete
  8. syoknyee..zaman sekarang ni.Semua dihujung jari.akk teringin nak order on9 tiket ketapi.Tapi takde planning lg nak kemana. hihihi

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News