KISAHSIAPA #5 : MASALAH

10:00 PM



Bismillah
Assalamualaikum

"tante harus bilang gini pada semua masalah besar, 'Hey masalah besar, Aku punya Tuhan yang lebih Besar", bilang si anak kecil dalam filem 99 cahaya di langit eropa.

Ya ya ya,
Hidup ini memang tidak lari daripada masalah. Jika tiada masalah itu bukanlah kehidupan tetapi itu adalah syurga dan manusia ini akan sentiasa didatangi masalah. Atau mungkin mencari masalah?

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.- al ghafir : 60

Sebenarnya punca utama manusia tidak selesai ialah kita tidak meminta solusi daripada Si Pemberi Masalah. Akal fikiran kita terhad, atau lebih tepat buah fikiran kita juga kurniaanNya. Bukankah Dia Maha Besar?Bukankah Dia Maha Mencipta dan Dia yang menciptakan kita?
 


*****
Kisah #1

"Aaaarrrrgggghhhhh... Serabutnya!!"keluh nabilah

"Taknak laa jadi macam sem lepas. Teruk kot cgpa aku dapat. Tapi nie macam hampir jadi. Semua nak aku buat. Aku pun tak tahu jugak tapi aku belajar." sungut nabilah.

Hari harinya menjelang final exam semakin sibuk. Sibuk dengan assignment kumpulan, assignment kumpulan. Sibuk dengan urusan persatuan, dan lain lain laa.

Yang paling membimbangkannya ialah gred dia, atau lebih spesifik 'markah pembawa' nya [baca: carrymark]. Mana tak bimbang, sem lepas dia jatuh teruk, gara gara markah assignment berkumpulan dia rendah.

Otak dia buntu. Sama buntu seperti sem lepas. Buntu setelah ahli kumpulan dia melepas tangan. Buntu setelah produktiviti dia semakin menurun. Buntu setelah iri hati melihat rakan sekelasnya peroleh markah tinggi.

Apa yang dia perlu buat?

Eh, ke apa yang dia perlu fikir dan ambil ibrah daripada kejadian ini?

Dah 2 kali kot berulang, takkan tak reti reti lagi?
Masalah yang berimbun timbun. Masalah yang tak sudah sudah.

Masalah. Masalah.

Hingga satu tahap, Nabilah bingkas bangun.

"Ya, mungkin ini jalannya. Aku lupa tentang sesuatu. Aku masih belum fahami tentang sesuatu."bisik hati Nabilah,

Dia menuju ke bilik air dan berwudhu'. Dia masih belum solat isya'.

Usai solat isya', dia melangsungkan solat sunat taubat dan hajat.
Dia lupa dia nie hamba yang kerdil. Dia lupa yang dia nie banyak berdosa dan tiada penyucian dalam dosanya. Dia lupa yang dia nie angkuh. Dia lupa yang dia nie ego. Dia lupa yang dia nie tidak merendahkan dirinya dan cuba untuk memahami orang lain. Dia lupa yang manusia ini tidak sama kemampuan. Dia lupa yang dia nie khalifah. Dia lupa bagaimana sifat seorang ketua. Dan dia lupa untuk kembali kepadaNya setelah berusaha.

Akhirnya 'lupa' itu mendatangkan masalah kepadanya. Masalah yang memberi mudharat kepadanya. Melonjakkan lagi sifat tidak sedar diri dia. Sungguh, malunya dirinya.

"Ampuni aku atas kejahilan aku, ya Allah"pinta nabilah menitiskan air mata.

*****
Kisah #2

"Eh, kenapa nie? Minggu dah nak kena siap assignment nie. Kenapa dengan laptop nie?"

"Aduh, gimana nie? Tak boleh nak buka langsung. Hhmmm.."

Nabilah menitiskan air mata. Komputer riba dia secara tiba tiba rosak dan tidak dapat dibuka langsung. Dia ada assignment yang perlu disiapkan dan dihantar pada hujung minggu tu. Walaupun itu kerja berkumpulan tetapi semua ahli dia melepas tangan dengan alasan tidak tahu menggunakan software tu. Lagipun dia tidaklah berkira sangat dengan ahli kumpulannya memandangkan tugasa sudah dibahagi mengikut kemampuan masing masing.

"Apa yang harus aku buat nie?"
Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan.
Nabilah mengangkat muka dan terpandang hiasan dinding biliknya.

Ya, itulah yang dia perlu buat. Lalu dia teringat akan cerita naqibahnya tentang kawannya.

"Ada seorang kawan akak nie, hubungan dia dengan Allah sungguh rapat. Sendirian dia berzikir memuji Allah. Sampai akak cemburu dengan keakrabannya. Dia umpama bercakap dengan Allah. Akak pernah terdengar dia berkata kata memuji Allah, 'Ya Allah, cantiknya ciptaanMu. Cantiknya burung tu. Cantik sangat.' lebih kurang macam tu laa. Nak katakan betapa rapatnya dia menjaga hubungannya dengan Allah hingga dia pernah berdoa dalam tandas."

"eh, bukan tak boleh berdoa dalam tandas?", soal nabilah

"Hah, masa tu dia tengah nak membuang hajat. Tetibe tiada air. Sebelum dia meminta tolong dengan manusia, terlebih dahulu dia memanjatkan doa kepada Allah. 'Ya Allah, aku tengah buang hajat nie. Kemudian tiada air. Bantulah aku ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Besar lagi Maha Berkuasa.' Percaya atau tidak air tetibe keluar. Akhirnya dia dapat menyucikan dirinya."naqibahnya menghabiskan cerita.

Tanpa berlengah nabilah terus mengambil wudhu' dan mendirikan solat sunat taubat. 
Dia mendoa memohon keampunan atas dosanya. Usai berdoa dia melanjutkan dengan solat sunat hajat. Berdoa agar Allah memudahkan urusan. Berdoa dan berharap agar Allah memulihkan laptopnya.

Kemudian, nabilah kembali ke meja belajarnya. Dia mencuba lagi komputer ribanya.

Percaya atau tidak,

Komputer ribanya kembali berfungsi.

Nabilah memanjatkan kesyukuran kepada Allah. Berterima kasih semahu mahunya.
Dia menghantar mesej kepada ibu sebagai solusi kedua kerana dia tahu dia perlu juga kepada usaha membaiki komputer riba.

***** 

 Mungkin cerita ini nampak remeh tapi hal besar bagi individu yang menyerah diri kepada Allah.

Percaya kepada Allah.
Berdoa kepada Allah
Berserah kepada Allah.
Bergantung kepada Allah.
Bertawakal kepada Allah.
Berusahalah dan jangan malas, 
Jangan menambah masalah dan jangan lari daripada masalah

Semoga kita tergolong dalam golongan yang beriman, bertaqwa dan berilmu.

You Might Also Like

0 comments

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News