KISAHSIAPA #7 : TRAUMA
11:07 PM
Bismillah,
Assalamualaikum.
Trauma : cedera, luka, atau shock fisik yang serius atau parah.
Trauma juga menyebabkan reaksi yang dimunculkan individu berada dalam keadaan tidak nyaman pada seseorang karena adanya perubahan dalam diri atau lingkungan yang diakibatkan atau yang menyusul kejadian traumatis, bila tidak tertangani dengan baik akan dapat sangat mengganggu fungsi individu, bahkan dapat memantap dalam bentuk gangguan kejiwaan.
*****
Si ibu menitiskan air mata.
Tidak sanggup melihatkan si anak kecil disuntik berkali kali. Hari ini saja sudah 4 suntikan dilakukan ke atas anak kecil itu tapi masih belum menemukan salur darah. Doktor sudah bertukar ganti dan hasilnya tetap sama.
"Doktor, saya datang esok sahaja."pinta si ibu.
Si doktor tetap memujuk si ibu agar menerima cadangannya memanggil pakar kanak kanak dari Unit lain untuk membantu proses.
"Tak apelah doktor. Saya datang esok sajelah. Saya dah bincang dengan suami saya" rayu si ibu lagi.
"Hmmm.. Awak tahu kan apa padahnya jika berlengah dalam hal ini? Awak tahukan kesannya ke atas bayi nanti? Awak pernah belajar kan?"kata si doktor, berat hati.
Si ibu diam.
"Ya doktor, saya tahu. Terima kasih", balas si ibu.
Semasa dia di wad sudah lima kali si anak kecil itu diambil darahnya, itu belum kira bilangan suntikan yang dibuat untuk mendapatkan salur darah. Si ibu teringat akan kata kata seorang jururawar yang membantu doktor semasa menyuntik anaknya.
"Kesian budak nie. Boleh jadi trauma ni."
Trauma. Bimbang dia, anak itu bakal trauma pada jarum kelak.
*****
Anak kecil itu meronta-ronta.
Hampir 4 orang jururawat memegangnya tapi mungkin itu belum cukup.
Tenaga anak kecil itu sungguh luar biasa. Luar biasa untuk umur sebegitu. Biasanya itu untuk budak yang berumur 4 tahun ke atas. Sedangkan dia hanyalah berumur 1 tahun 6 bulan.
Doktor mula menyuntik tangannya dengan bantuan jururawat yang memegangnya. Lalu tangisan semakin kuat kedengaran.
Bingit. tapi kasihan.
Tangisan yang berunsurkan sedikit trauma.
Ya. Trauma.
Anak kecil yang aktif itu mula diam secara tiba tiba bila kereta meluncur masuk ke kawasan hospital. Anak kecil itu menangis teresak esak bila nampak jururawat berbaju putih atau doktor berkot putih.
Dia takut. Dia trauma.
Sedangkan dia anak doktor.
Kedua-dua anak kecil itu anak doktor. Kedua duanya trauma di usia muda.
*****
Andainya kita mengalami trauma itu.
Alangkah indahnya.
Eh. Bukan trauma pada jarum atau bende bende camtu.
Tapi trauma untuk melakukan dosa.
Trauma pada azabNya.
Sedangkan anak doktor boleh trauma pada dunia perubatan.
Sedangkan kita hamba Allah tentunya perlu trauma pada dosa dan neraka.
Trauma bukanlah teruk jika hasilnya untuk kebaikan diri.
"Bukanlah menghadapkan wajahmu ke barat dan ke timur itu suatu kebaikan. Melainkan kebaikan itu ialah barang siapa yang beriman kepada Allah , malaikat, kitab, dan para Nabi, dan memberikan harta yang dicintai kepada kerbat dekat, anak-anak yatim, orang miskin, orang yang dalam perjalanan, dan memerdekakan budak, dan mendirikan shalat, menunaikan zakat , dan menepati janji apabila berjanji, dan sabar baik dalam kesulitan, penderitaan dan peperangan, yang demikan itulah yang benar, dan yang demikian itu lah orang-orang yang bertaqwa"- Al Baqarah :177
Semoga Allah memberkati kita semua.
Semoga kecintaan kita padaNya terus menerus meningkat
0 comments
Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen