#SABAR

10:00 PM



Bismillah,
Assalamualaikum

Hati ini merintih kian hari. Meronta memohon belas kasihan Dia. Makin meraung makin terasa kekosongannya. Apa mungkin jiwa ini bakal beralih arah?

Tidak.

Seharusnya kekal berada di jalan ini. Itu hanya permainan yang mengundang bencana. Dihasut oleh tangan tangan khianat yang turut dilaknat oleh-Nya.

Tapi jiwa ini tidak kuat. Diri sudah mula ampuh. Sesak bernafas ibarat peritnya mencari oksigen di dalam air. Mencari kebenaran di lubuk palsu. Makin dicari makin dicucuk kesakitan yang dialami.

Dengarlah dunia, rintihan hati ini.
Yang terikat dengan perikatan sendiri.
Apa hati ini tiada tali pergantungan?
Atau mungkin sudah tidak kuat bergantung?

Kaki ini sudah lenguh belum masa.
Diri jatuh belum masa.

Jatuh.

Dengarlah dunia, rintihan hati ini,
Yang dulunya pernah bersumpah.
Sumpah mati. Hanya untuk Nya.
Sumpah untuk terus bangkit kerana Nya.

Seraya hati ini berdoa,
Kurangnya sabar untuk bangkit.
Berlagak ingin terus lena dalam baringan.

Lupa akan berkali jatuh harus bangkit,
Karna setiap kali kebangkitan itu memberi suatu permulaan.

Malu.
Malu kerna lupa sabar.
Sabar yang memerlukan pengorbanan.
Jiwa kembali diisi
Dipenuhi kembali dengan sumpah itu.

Sumpah dipegang dari kecil.
Meski berat bebanannya tapi tetap harus bergantung utuh.

Tidak harus lemah.
Tidak harus lena.
Bangunlah dan kecapilah dunia sebenar itu duhai jiwa kehausan.
Teguklah pada air yang benar.
Gantunglah pada tali yang teguh.

*****

Tetibe bermadah. Mungkin kerana sudah lama aku tidak bermadah. Kali terakhirnya semasa di sekolah menengah.

Semoga Allah melindungi kita

You Might Also Like

0 comments

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News