KISAHSIAPA #8 : BANJIR

7:05 PM


Bismillah,
Assalamualaikum.


“Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar dari) Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar”- Ali Imran : 173-174
Banjir yang telah berlaku amat memeranjatkan.
Memeranjatkan seluruh Malaysia.
Memeranjatkan penduduk kampung itu.

Aikk?

Kenapa?

Banjir?

Ya, kerana banjir yang menimpa kali ini sungguh luar biasa. Membawa arus yang deras dengan jumlah air yang banyak. Menghanyutkan rumah-rumah mereka, melenyapkan segala harta benda mereka, malah turut mengorbankan beberapa orang.

Owh...

Dan Nabilah juga turut terperanjat dengan cerita yang baru dia dengari ketika dia sampai ke rumah.

Luar biasa. Sulit untuk dia mempercayai andai dia tidak mengimani.

Rumah neneknya langsung tidak dimasuki air sedangkan rumah penduduk kampung di situ sudah ditenggelami air yang paras lutut, mungkin juga paras paha.

Diceritakan lagi kepadanya yang air itu umpama merempuh masuk tetapi berlalu ke arah lain, arah rumah jiran sebelah. Gayanya mungkin air itu terbelah dua.

Langsung tidak dimasuki air.

Kedengaran seperti mustahil. Ya, mustahil.

Penduduk kampung juga hairan malah bertanya pada neneknya apa yang diamalkan hingga air tidak memasuki rumah?

Nabilah terus melihat rumah nenek yang kebetulan berada di sebelah rumahnya.

Ya, benar, di luar terdapat kesan paras air tapi di dalam tiada. Keadaan seperti tiada berlaku banjir.

Nabilah beristighfar. Dia memuji kebesaran Tuhannya.

Nabilah tahu, amalan seharian neneknya ialah berqiamullail, berzikir serta mengaji alquran.

Simple.

Tapi sungguh besar amalan itu yang dilakukan secara istiqamah.

Semoga kita tergolong dalam golongan yang bertaqwa.



You Might Also Like

0 comments

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News