#TerimaKasih
11:30 PMBismillah,
Assalamualaikum
Kau memilihnya menjadi pasangan hidupmu,
Kau mengahwininya dengan jalan yang direda.
Dilimpahi rezeki keatasmu dan dirinya,
9 permata, pengubat jiwa kesepian.
Kekadang tercetus pergaduhan,
Tapi diakhiri kasih sayang.
Kekadang kenakalan mencabari,
Tetapi ditahani kesabaran.
Kau memilih yang terbaik,
Untuk mereka yang kau sayangi.
Membina dan membentuk
mengikut apa yang Dia redhai.
Meski kasih sayang dirimu
kurang terpancar di mata permatamu.
Tapi jelas dilubuk hatimu
Penuhi dengan rasa indah itu.
Kini, kau makin dimamah usia.
Kau tidak lagi sekuat dulu
Kau tidak lagi secergas dulu.
Sakitmu turut ku rasai.
Suatu saat itu akan menjadi hikayat,
Saat itu akan didoakan agar
Kita bersama mereka bertaqwa dan beriman.
Terima Kasih Ayah.
Terima Kasih kerana melindungi saya,
Terima Kasih kerana membimbing saya,
Terima Kasih kerana tanpa Ayah, jah tiada di dunia.
Terima Kasih untuk segalanya.
Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke 55.
10 April 2015
0 comments
Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen