KISAHSIAPA #10 : TAKUT
12:06 PMBismillah,
Assalamualaikum
Musim peperiksaan menjelang tiba. Pelajar-pelajar mula kelam kabut. Mana taknya belajar di minit akhir. Nota nota mula dicari dan dikutipnya. Yang malas jadi rajin, Yang rajin pula terus rajin. Tidak terkecuali yang biasa terus mengekalkan prestasi biasanya.
Wan pun tergolong dalam golongan yang berjaga sampai ke lewat malam.
Baru nak study katakan.
Selalunya setiap malam, dia ditemani dengan Nabilah, rakan sebiliknya yang turut sama belajar hingga lewat malam. Tapi hari nie berlainan sikit. Nabilah tidur awal disebabkan keletihan menjawab exam tadi. Fulamak!
Malam makin larut. Kedengaran bunyi cengkerik malam yang mendendangkan lagu lagu semulajadi. Katak masa tu tiada sebab kebelakangan panas terik sangat sampai katak tiada suara.
Sedang Wan dibuai keasyikan belajar, suasana yang gamat dengan bunyi semulajadi dirasakan sunyi.
Dia memandang kiri kanannya. Bulu roma mulai meremang.
Fikirannya bermain dengan gambaran yang tidak sepatutnya.
Wan terus kembali fokus belajar. Dia cuba menenangkan hatinya.
Krekkk!!
"Bunyi apa plak tu. Janganlaa kacau aku. Nak study nie,"bisik hati Wan
Knoockk!! Knoocckk!!
"Siapa plak yang datang memalam buta nie?"
Dia meluru ke pintu dan membukanya. Aneh. Tiada siapa di depan pintu. Yang ada hanyalah selipar dan kasutnya.
Fikiran Wan dah tak keruan. Dirinya makin gelisah. Tapi hatinya tetap cuba menenangkan perasaan dan diri.
"Khayalan aku je kot"
Plakkk!! Blackout!
"Aaaa!! terkejut aku. Apasal nie?"
Di suatu sudut, Wan ternampak suatu lembaga putih melayang layang.
"Aaaaaaarrrggghhhhh!!! Haaaaaannnnntttuuuuu!!!"
Berlari tak jejak tanah Wan menuju ke arah Nabilah.
"NABILAH! NABILAH! BANGUUUNN!!", teriak Wan sambil mengejutkan Nabilah
"Apa die?," tanya Nabilah sambil mengosok gosok matanya
Nabilah masih lagi antara dua alam. Mungkin tadi lena bermimpi.
"Ada hantu. Tolong aku!"
"Mana?"
"Tu, yang putih tuu"
"Mana ada hantu"
"Tuuu.. yang duk melayang layang tuu"
Paaaappp!! Elektrik kembali ada.
"Kau nie, nie telekung kau laaa.. Boleh pula kata telekung hantu."balas Nabilah sambil memegang telekung Wan
"Laa ye kee, malu pula aku. Tapikan hantukan ada"
"Kalau ada pun kenapa nak takut kat hantu? Kan ada yang lebih menakutkan dari hantu. Aku pun takut dengan tu"
"Apa benda tu sampai kau pun takut? Pasti aku lebih takut dengan benda tu sebab yelah kau lebih berani pada aku boleh takut dengan benda tu,"
"Azab seksa neraka Allah"
Gulp. Menusuk kalbu.
"O you who have believed, fear Allah. And let every soul look to what it has put forth for tomorrow - and fear Allah. Indeed, Allah is Acquainted with what you do.""Nabilah, kau nie. Buat aku insaf sekejap"
-Al Hashr : 18
"Eh, jangan sekejap biarlaa lama. Tapi betullaa kan, kenapa perlu takut pada hantu sedangkan Allah itu Maha Besar?"
"Thanks Nabilah sebab ingatkan aku. Mungkin aku terpengaruh filem filem sekarang yang memaparkan filem berunsurkan hantu malah turut syirik yang membutakan mata manusia supaya takutkan hantu instead of takutkan Allah"
"Betul tuu.. Dahlaa aku nak tidur."
*****
"And you feared the people, while Allah has more right that you fear Him"
-Al Ahzab : 37
"So do not fear people but fear Me,"
-Al Maidah : 44
*****
Apa yang aku perhatikan sekarang, manusia makin rapuh ketaqwaannya. (Termasuklah diriku)
Ketakutan disalurkan ke corong corong yang salah.
Hantu, Manusia, Penjara, Kehilangan.
Sedangkan mereka lupa yang Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya.
Mereka takut pada hantu sedangkan hantu juga mahkluk Allah yang lemah. Allah kan Maha Kuasa.
Mereka takutkan manusia, sedangkan manusia itu hamba Allah. Allah itu Raja sekalian Alam.
Mereka takutkan kena masuk penjara, takut kehilangan kerja, takut jadi miskin, takut dihina, takut tu, takut nie.
Apakah mereka lupa?
Lupa pada Allah.
Bersama kita baiki niat kita.
Perharui ketaqwaan kita, hati kita.
p/s: maaflaa, penulisan saya bukanlah segempak mereka yang hebat tapi asalkan mesej yang saya nak sampaikan ini mampu difahami itu sudah memadai.
0 comments
Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen