Mendaki Bukit Keluang, Terengganu

8:00 AM


Assalamualaikum dan Hi korang!

Pada 9 Mac baru ini, aku dan kawan aku pergi mendaki Bukit Keluang yang terletak di Terengganu. Semua tu memang tak plan sebab kalau plan awal-awal bimbang juga ke laut plan tu. Selalu dah jadi macam tu. Kami cuma berpakat 2 hari sebelum dan itu pun memang tanpa diduga. Seronok bukan main aku nak hike ni. Almaklumlah dah lama tak hiking, last hiking bukit broga. Itupun rasanya tahun 2016 bulan 5/6. Fuhhhh.. Lamanya mak ai. Harap stamina masih kuat dan mantap.

Perjalanan kami ke bukit Keluang mengambil masa lebih kurang sejam lebih. Aku yang drive ketika tu. Memang terasa juga letih dan penat tambah pula aku tak kenal jalan. Main ikut rasa hati dan bantuan kawan aku sorang lagi yang katanya pernah pergi. Sampai je situ dalam pukul 9, dan orang pun dah mula ramai. Situ ada dua cabang, kalau ke kiri, akan ke tempat daki tanpa tangga, dan ke kanan pula tempat daki bertangga. Aku mulanya nak parking kat kaki bukit daki tanpa tangga tu tapi kawan aku cakap, situ sunyi sikit walaupun banyak kereta. Macam tiada orang jaga. Jadi dia bimbangkan juga akan keselamatan kami. (Sebelum tu, ayah aku dah pesan suruh hati-hati, sebab tu banyak pencopek). Akhirnya aku memutuskan untuk parking di tengah-tengah saja, dan berjalan kaki. Tak nak mula daki dengan bertangga jadi kami berjalanlah ke bahagian kiri. Jauh juga dari persimpangan tu ke kaki bukit kiri tu. Dalam 10 minit sebab kami dah mula berpeluh masa berjalan tu.


Perjalanan nak ke puncak, tiadalah sukar sangat cuma tetap kena berhati-hati. Kiranya, kalau tak berpaut pada tali tu masih selamat. Oh ya, tali ada disediakan cuma tidak sepanjang perjalanan ke puncak. Sampai je kat atas, memang terasa nikmat. Melihat permandangan yang cantik dan menakjubkan. Buat aku terpaku dan terpegun. Sayangnya, masa aku pergi tu, ramai gile orang sampaikan sukar untuk aku dan kawan-kawan aku cari satu tempat kosong untuk berehat dan menikmati alam.


Sampaikan nak bergambar di tempat iconic Bukit Keluang pun kena beratur tunggu giliran. Tu pun bila dah sampai turn, punyalah cepat-cepat ambil sebab ramai yang menunggu di belakang. Tak sempat nak snap cantik-cantik. Main klik-klik je. Bagi aku, puncak dia tiadalaa menarik sangat, yang menarik hanyalah permandangan yang kita dapat lihat bila sampai puncak. Jujur, kat atas tu, terasa sempit dan bagi yang bawa anak tu kena berhati-hati sebab curam juga. Jangan lepas anak melintasi pagar tu. Puncak Bukit Keluang tidak seperti puncak Bukit Broga, dia macam laluan panjang yang sempit tiada kawasan lapang untuk istirehat. Nasib baik, ada disediakan satu wakaf besar untuk berehat. (Aku tak dapat pun berehat di situ sebab sesak dengan orang.) Aku dan kawan-kawan hanya cari satu port kosong yang terceruk sikit dari lalu lintas orang untuk duduk dan menghayati keindahan alam.



Persisiran pantai di Bukit Keluang

Permandangan di puncak

Laluan di puncak

Masa nak turun tu, sedikit curam dan tangganya juga kecil langkah. Kira kau tak perlu buka langkah besar untuk turun. Letih juga sebab guna banyak tenaga. Sampai je ke bawah terus sakit kaki dan makan masa seminggu untuk pulih. Ternyata stamina aku tidaklah kuat mana. Nak solat pun memang mengalahkan nenek. Yang pasti, tetap puas hati dan rasa berbaloi mendaki bukit Keluang. Mungkin permukaan puncak itu begitu menyebabkan atas jadi sempit. Jadi untuk mengelakkan korang rasa sempit dan padat ketika berada di atas, eloklah pergi ketika orang tak ramai dan bukan time cuti. Tu saranan aku. Barulah nak menikmati permandangan tu lagi puas dan juga boleh ambil gambar banyak-banyak.

Alang-alang sampai, bergambar lee kita.

ni gambar di pantai yang terdekat

Sekian saja perkongsian daripada aku. Kalau korang ingin sharekan pengalaman korang mendaki Bukit Keluang, bolehlah tinggalkan di ruangan komen di bawah. Kita saling berbagi cerita. Andai ada pertanyaan, boleh juga tanya aku di ruang komen. Moga korang terhibur baca journal aku.

You Might Also Like

4 comments

  1. Waalaikumussalam..alaaaa...tak dapat jumpa kak pun

    ReplyDelete
  2. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
  3. mek pernah jugak daki bukit kluang ni masa 2009 tak silap. masa tu bukit kluang tk secantk ni lagi. takde tempat puncak yg cantik nk ambik gmbor. elok jugak time ramai-ramai, takde la orang jahat nk buat jahat. time orang tk ramai, yang jahat dah tunggu kat atas tu. bahaya.

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News