Kulit Makin Berseri Tanpa Jeragat, Jerawat dan Kulit Kusam Dengan Serum Dr Beau!
7:11 PMAssalamualaikum dan hi semua!
Sebelum ni aku ada terfikir untuk mencuba serum bagi penjagaan muka aku tapi buntu untuk pilih yang mana satu. Lambakan produk-produk di pasaran buat niat aku tu tertangguh hinggalah aku terbaca tentang kebaikan serum Dr Beau. Terus jatuh cinta pandangan pertama aku pada serum ni. Kalian tahu kan bagaimana rasanya bila hati kita mengatakan 'Yes, itulah produknya' dan menyakinkan kita untuk beli tanpa ragu? Hahaha. Begitulah aku rasa. Tapi takkan semberono je aku nak beli dan pakai, ini melibatkan kulit muka aku kot. Kang karang muka jadi makin teruk, memang menyesal tiada gunalah jawabnya. Jadi aku pun mengambil langkah dengan siasat sikit-sikit tentang produk ini agar langkah yang aku ambil untuk guna serum Dr Beau itu benar.
SERUM DR BEAU MERAWAT JERAGAT, JERAWAT DAN KULIT KUSAM DENGAN BERKESAN
Ini antara yang menarik hati aku untuk mencubanya. Bila ada 3 masalah ini, wajah ini akan kurang seri dan nampak tak bermaya. Nak jumpa orang pun malu. Jadi bila serum ni dalam merawat masalah ini, ianya sangat best bagi aku. Kulit boleh jadi lebih 'flawless' dan nampak berseri. Serum Dr Beau ini akan melembapkan dan merawat kulit kering mahupun berminyak. Aku bolehkan katakan serum ni 'Multi-Action'. Tak perlu nak suntik sana-sini dan menghabiskan ribuan ringgit, cukup penjagaan muka yang betul dengan serum yang sesuai dan boleh menjadikan wajah kita berseri seperti serinya cahaya bulan di waktu malam. Selain itu, ada juga beberapa manfaat lain yang boleh kita dapatkan dengan mengguna serum Dr Beau ini, antaranya
- Menjadikan kulit lebih lembut dan anjal.
- Mengekalkan kelembapan pada kulit.
- Melambatkan proses penuaan.
- Merawat masalah kulit berjerawat dan berjeragat.
- Memudarkan parut jerawat.
- Mencerahkan kulit.
- Merawat masalah kulit kusam dan tona tidak sekata
Yang pasti, untuk dapatkan hasil yang memukau ini, haruslah bersabar. Cuba habiskan dahulu satu botol serum Dr Beau ni dan kemudian lihat bagaimana hasilnya. Jika bertindak balas cepat, maka itu petanda kulit kita menerima baik. Janganlah baru pakai satu gel, dah merungut tak dapat hasil. InshaAllah, serum Dr Beau ini akan memberikan wajah seperti mana yang kita inginkan.
SELAMAT DAN DIYAKINI
Jangan bimbang, serum Dr Beau ini merupakan serum yang selamat digunakan dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (Nombor KKM : NOT170502921K). Produk Dr Beau sudahpun diperkenal sejak tahun 2015 lagi dan telah digunapakai oleh mereka yang bukan sahaja dari Malaysia malah dari luar negara seperti Singapura, Indonesia, Thailand, China, Taiwan serta Brunei.
100% EKSTRAK BAHAN SEMULAJADI
Yang lagi menyakinkan aku ialah serum Dr Beau ini mengguna pakai 100% ekstrak bahan semulajadi yang dirumus khas di kilang tempatan. Tiada merkuri atau bahan kimia terlarang yang boleh merosakkan kulit dalam serum ni.
Antara 6 bahan utama yang menjadi asas dalam serum ni ialah :
- Ekstrak Rosehip Oil
- Ekstrak Argan Oil
- Ekstrak Almond Oil
- Ekstrak Apricot Kernel Oil
- Ekstrak Wheatgerm Oil
- Ekstrak Evening Primrose
Dengan kelebihan-kelebihan yang terkandung dalam bahan diatas, serum ini mampu untuk melembapkan kulit aku yang kering nampak segar. Parut jerawat, jeragat semua tu pun akan hilang, InshaAllah. Kulit pun jadi bertambah lembut dari sebelumnya. Bila bahan yang terbaik digunapakai maka hasilnya juga tentu akan memuaskan.
TEKSTUR YANG RINGAN DAN CARA GUNA YANG MUDAH
Kalau melihatkan serum Dr Beau ini, bentuknya seperti pil EPO yang aku sering makan. Tapi jangan pula kalian makannya, tak pasal nanti masuk hospital. Huhuhu. Bentuk sebegini bagi aku mudah untuk dibawa ke mana-mana apatah untuk travel. Bawa je beberapa biji sesuai mengikut hari bercuti. Serum Dr Beau juga tidak melekit dan berminyak, Bila kita menyapunya ke wajah, terasa ringan dan terus diserap masuk ke dalam kulit wajah kita. Aku paling suka tekstur seperti ini kerana wajah akan merasa ringan dan tidak merasa seperti ada benda kat muka.
Boleh pakai serum sebelum pakai bb cream atau bedak atau suncreen. Nak pakai sebelum tidur pun boleh. Cara pakainya pun mudah.
1. Tarik hujung kapsul serum.
2. Titiskan serum ke atas bahagian kulit muka.
3. Sapu rata serum sehingga meresap ke lapisan dalam kulit.
4. Beri perhatian dan sedikit urutan pada bahagian kulit yang bermasalah seperti di bahagian bawah mata, parut jerawat, jeragat dan sebagainya.
Aku pun baru je mencuba serum ni. Mula-mula tu buntu juga nak pakai macam mana, tapi nasib baiklah dah ramai yang gunanya. Jadi aku perlu search dan terus jumpa pelbagai testimoni dan cara guna serum Dr Beau ini.
PILIHAN SELEBRITI MALAYSIA DAN RAMAI ORANG!
Kalau pergi ke Facebook Page Dr Beau ni, kita akan dapat lihat banyak testimoni yang diyakini dan boleh dipercayai. Dari selebriti Malaysia hinggalah ke rakyat Malaysia. Ramai yang telah menggunanya dan telah mendapat hasil daripada serum ni.
Testimoni Sebelum dan Selepas
Jomlah teman aku guna. Lepas sebulan, kita naikkan gambar sebelum dan selepas. Moga-moga serum ini membantu menaikkan lagi seri wajah kita ni.
Sebarang maklumat dan pertanyaan boleh ke;
WEBSITE : www.drbeau.com.my
FB : drbeau malaysia
IG : drbeau_official
PHONE : 0169633443
youtube : https://www.youtube.com/channel/UClHXFfo-FRzC36O-JvQ6vJA
0 comments
Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen