Kafe Menarik Wajib Singgah di Kota Bharu, Kelantan | Part 2

9:13 AM

Assalamualaikum dan Hi semua!

Kali ini aku kembali untuk menulis pengalaman aku singgah di kafe-kafe baharu dan menarik di sekitar kawasan Kota Bharu. Mengambil masa juga untuk aku mengopi di setiap satu kafe memandangkan semua itu memerlukan duit tapi Alhamdulillah, dapat juga aku pergi ke semua daftar kafe yang berada dalam list aku. Mungkin ketika aku tulis ini, aku tercicir beberapa kafe jadi jika ada kafe menarik dan berbaloi untuk disinggahi bolehlah kalian komen di ruangan komen di bawah. Ada masa, aku akan pergi mengopi.


Jika nak baca senarai kafe menarik yang bahagian pertama, bolehlah ke link di bawah

BEST CAFE IN KELANTAN MUST VISIT!

Okay, ambil secangkir kopi dan yuk kita mula mengopi!

[Disclaimer: ini mengikut citarasa aku yang marhaen. Mungkin kita berbeza selera tapi boleh saja mencuba dan berkongsi kan?]

1. Bao-Bao Cafe (Baos.my)


Kafe ini sangat minimal dan memukau hati aku untuk terus singgah berulang kali ke sini. Pertama kali aku singgah, aku teruja dengan dekorasi dalamannya yang minimal dan bertemakan ala klassik (menurut aku yang marhaen) ditambah pula dengan bahagian atas kafe yang ada berkonsepkan 'rooftop'. Sudahlah begitu, harganya berpatutan dan mampu rasa oleh aku yang biasa-biasa ini.


Menu nya tidak terlampau banyak tapi dipenuhi dengan aneka makanan yang tidak selalu kita temukan seperti steamed bun, dimsum, dan makanan thai yang lazat. Baos juga turut menyajikan kepada kita boba atau lebih dikenali sebagai black pearl dalam minuman mereka. Itu boleh dikatakan yang terhangat dan menjadi idaman setiap mereka yang berkunjung di sana. Selain itu, kita juga boleh mencuba Kopi Beledo, menu baru dalam Baos dan yang paling menarik, kita boleh meminta baristanya menghias kopi kita dengan seni yang lain selain bunga dan hati. Jangan khuatir, baristanya baik.




Alamat: 271, Jalan Dusun Muda, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
Waktu Operasi: 1 petang - 11 malam | Selasa (TUTUP)
Harga : Murah dan Mampu Rasa

2. YooHoo Dessert Cafe


Bagi warga Kelantan yang mengidam kakigori atau manisan yang menarik, bolehlah menyinggah di YooHoo Dessert Cafe tanpa perlu menempah tiket ke luar negeri demi merasanya. Rasanya yang enak dengan persembahan yang cantik akan mengiurkan siapa yang melihatnya. Pelbagai jenis dessert atau manisan yang ditawarkan di sana.


Hiasannya yang minimal putih dengan dekorasi lampu neon benar-benar memikat hati para instagrammer untuk ke sana. Tapi awal lagi ini aku peringatkan agar pergi ketika hari minggu atau waktu bekerja jika anda tidak ingin menunggu. (Kafe ini sentiasa penuh dengan pelanggan.) Jika tidak, peluang anda untuk bergambar dengan lampu neon yang menarik itu mungkin tipis. Ohya, jaga parking, jangan halang rumah orang.




Alamat: Jalan Dusun Muda, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
Waktu Operasi: 1 petang - 11 malam | Isnin (TUTUP)
Harga : Standard Kafe

3. Maraschino Cafe


Jika anda menginginkan kelainan dari hidangan makanan anda, maka Maraschinolah tempatnya. Ia menawarkan aneka makanan jepun yang boleh kita hilangkan rasa kempunan kita padanya. Ada udon, shibuya toast, japanese curry dan sebagainya. Pasta pun dan kimchi jiggaepun ada tau Kita juga boleh memilih bermacam-macam pilihan minuman dari yang berkafein, non-kafein, frappe, lemonade, dan banyak lagi.


Sejujurnya, kafe ini melebihi daripada apa yang aku jangkakan. Walaupun harganya mampu rasa, tapi ia tidak mengabaikan rasa dalam setiap hidangan yang disediakan. Aku masih menikmati segala yang aku makan di sana. Lebih-lebih lagi manisannya yang wow. Aku order (lupa nama apa) berwarna coklat dan hijau, dan rasanya memang sedap.

Untuk yang ingin ke kafe ini, aku rasa buat masa sekarang ia sedang berpindah tempat ke tempat baru. Jika sebelum ini, kita hanya taip google Sabrina Court sahaja kerana ia berada di dalam itu, lalu sekarang kita perlu tunggu pengumuman daripada pihak Maraschino Cafe berkenaan tempat baru tersebut. Kalau tak silap, terletak di Wisma Strata.


Alamat: Wisma Strata
Waktu Operasi: 12 tengah hari - 10 malam | Selasa (TUTUP)
Harga : Standard Kafe

4. Ghibli Cafe


Jika anda terbayangkan konsep animasi yang mana munculnya no-face, Totoro, Princess Mononoke, Ponyo, Howl, Catbus. Maka anda silap. Ini ternyata bukan cafe seperti yang anda gambarkan dalam minda ada. Selain daripada Ghibli Studio yang kat Jepun tu, Ghibli juga ada maksud lain iaitu "a hot dust-bearing wind of the North African desert". Tapi sematkan dalam minda anda bahawa saya tidaklah mengetahui apakah maksud sebenar di sebalik pemilihan nama Ghibli untuk Ghibli Cafe ini.


Ghibli Cafe menawarkan bijih premium daripada Guatemala, Colombia, Brazil and Indonesia(Sumatra) dan juga coklat terbaik daripada Australia. Walaupun menunya terhad, tapi pilihan minuman yang ditawarkan tetap pelbagai. Kita juga boleh merasa Mac & Cheese Bowl Bread, Swedish Meatball dan beberapa makanan yang lain. Jika mahupun yang simple, boleh order kopi dan kek lalu duduk bersantai disitu. Suasana kafe menenangkan dengan hiasan yang minimalis, ditambah lagi hijau menjadi warna pilihan untuk dekorasi dalamannya, betul-betul akan buat kita santai dan enjoy menikmati setiap hirupan dan suapan.


Alamat: Jalan Pengkalan Chepa, near Sri Pacific Hotel, opposite KPTM & Eco Shop RM2
Waktu Operasi: 11 pagi - 11 malam | (Jumaat 2.30 Petang - 11.00 Malam)
Harga : Standard Kafe

5. Bricklane Cafe


Di The Brick Lane cafe, anda boleh mengenyangkan diri dengan makanan yang lazat bersama mereka tersayang. Kafe ini menyedia menu makanan berat untuk dimakan samada ketika tengah hari, petang dan malam. Anda juga boleh mengopi dengan secangkir kopi yang segar di bancuh oleh barista terlatih. Aku terasa santai dan seperti suasana rumah ketika makan di sana. Konsep yang dibawanya (a place like home) memang buat kita senang menjamu selera disamping orang tersayang.



Di atas kafe, ada kafe Upstairs by The Brick Lane yang membawa menu-menu dessert yang menarik. Kiranya, kita tak perlu ke dua tempat. Cukup ke The Brick Lane untuk penuhkan perut, lalu ke tingkat atasnya untuk menyantap manisan. Harga yang ditawarkan tidak terlalu mahal atau boleh aku katakan sebagai harga yang mampu rasa untuk semua. Boleh juga buat gathering atau majlis disini.


Alamat: PT 809, Seksyen 27, Tingkat Bawah, Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: 12 tengah hari - 11 malam | Jumaat (TUTUP)
Harga : Standard Kafe

6. Richiamo Cafe


Ini merupakan cawangan terbaru kafe Richiamo ini setelah memiliki 10 buah cawangan. Kafe ini milik seorang pelakon wanita iaitu Raja Ilya. (Aku baru tahu selepas tengok logonya. Hehehe) Dengan konsep hitam dan dekorasi yang moden minimal, kafe ini menjadi pilihan buat mereka yang mahu santai dan lepak.


Ketika aku pergi, menunya terhad dan hidangan makanan berat masih tidak ada. Tapi sekarang sudah ada rasa beberapa makanan berat. Aku order tiga jenis air (terlupa nak ambil gambar) yang berlainan. Ya, walaupun menu untuk makanan terhad, tapi itu tidak bermaksud minumannya juga terhad. Ada banyak pilihan minuman yang boleh kita order dan cuba di sini.


Alamat: PT410, No 7-C Bandar Baru Lembah Sireh, Kota Bharu
Waktu Operasi: 10 pagi  - 12 malam
Harga : Standard Kafe

7. Al-Khatiri Koffe


Menginginkan suasana moden dan ala 'Starbuck'? Maka Al-Khatiri lah tempatnya. Al Khatiri memberikan anda sebuah suasana yang romantis, moden dan santai tika berada di dalamnya. Malah kita juga dapat bermain dart atau bergambar ala instagrammer di situ. Harganya tidak seperti 'high-class' kafe tapi hiasan dalaman memberikan kita terasa seperti di sebuah kafe mahal.


Anda boleh memilih samada mahu mengopi saja, atau bersantai dengan menyantap beberapa jenis menu makanan seperti kek, brownies, atau makanan berat.


Alamat: Lot PT 1771, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: 10 pagi - 10 malam
Harga : Standard Kafe

Selamat Mencuba dan merasa!

You Might Also Like

3 comments

  1. Semua kafe unik namanya 😍

    Nak bookmark la senang nanti

    ReplyDelete
  2. Wau... banyaknya kafe² menarik.. boleh bookmark ni, kalau murah rezeki bolehlah melawat..
    ~b/walking here... kalau sudi boleh follow dan lawat blog saya https://mellcomell.blogspot.com/?m=1 ...tq

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News