Bismillah,
Assalamualaikum.
Sempena cuti semester nie, saya telah merancang percutian saya sedikit demi sedikit. Eheh.
Alang - alang saya masih belum kembali ke tanah air, baik saya melencong ke usim. Huhu. Sebenarnya nak pergi pada hari ahad je tapi gagal melawan ajakan ke shah alam. Ops. Dah ada sale half price so x dpt nak lepaskan peluang. Jadi perancangan itu jatuh pada hari Rabu dan Khamis. Itu juga tidak dirancang menginap di sana semalaman. Semua ini gara gara kekawan yang duduk tidak sama kampus penginapan.
*****
Dia sudah tidak sabar. Tidak sabar untuk bersua muka dengan rakan rakannya yang telah lama tidak dia ketemu. Fikirnya sudah hampir 2 tahun dia tidak berjumpa dek jadual belajarnya tidak sama dengan mereka.Bergegas dia bangun dan bersiap. Erk, mungkin bergegas kerna sudah lewat.
Berseluarkan jeans biru dan tshirt labuh akhirnya dia sudah bersedia.
"Jah dah siap!!" laungnya pada abangnya.
"Okey"
15 minit kemudian.
Dia sampai di Kampus Penginapan Sutera Indah yang terletak di luar Kampus USIM.
Kakinya melangkah masuk dan terus mengambil tempat di bangku sementara menunggu kawan menjemputnya. Kebetulan pula ketika itu beberapa orang pelajar USIM keluar untuk membeli. Sangkanya. Mereka melepasi dia dengan pandangan yang pelik.
"Eh, kenapa dengan mereka? Pandang pelik kat aku."
Tetibe dia teringat akan etika pemakaian. Dia memakai seluar jeans. USIM mana benarkan pelajarnya memakai seluar jeans di dalam kampus. Errr.
Biarlah. Aku bukan pelajar usim. Dia pun buat selamba.
Dari jauh dia nampak kelibat kawan baiknya. Senyum lebar hingga ke telinga. Rasa nak menjerit je nama kawannya itu dari jauh. Rindu. Rindu yang teramat.
*Untuk dipendekkan cerita, mereka berborak borak dan melepak di Sushi King Giant*
Selesai makan sushi, dia dan kawannya pulang ke penginapan. Waktu itu dalam pukul 5 petang. Waktu untuk pelajar USIM menunggu bas ke kelas. Jadi bilangan pelajar yang di pintu masuk penginapan lebih ramai berbanding masa dia sampai mula mula tadi.
Dia masih meneruskan muka selamba. Dalam hati takut. Ada juga dia berpesan pada kawan dia untuk cover seluar jeans nya. Kehkeh. Agak lawak jugak la dia nie. Dulu masa seluar menengah, nakal bukan main tapi sekarang pengecut. Hahaha. Ops.
Sambung balik, dan dia melepasi pelajar pelajar itu. Dia dapat melihat pergerakan mata pelajar pelajar usim yang memandangnya dari atas hingga ke bawah. Tapi hati terus membisik agar tampak tenang. Akhirnya dia berjaya melalui dengan tenang dalam takut.
Malam itu kawan dia mengajak nya untuk menyertai program yang dianjurkan. Program itu hanya untuk pelajar sahaja, tidak terbuka untuk orang luar. Tapi dia pergi jua dengan menyamar sebagai kawannya yang lain yang tidak dapat hadir dek ada kelas.
Sebelum masuk ke dewan kuliah, kawan dia diajak oleh senior di sana untuk menyertai liqa'. Jadi dia terpaksa lah menunggu kawan dia mengisi nama di kaunter tersebut sebelum masuk kedalam. Kebetulan pula ada seorang senior yang menjaga kaunter itu merupakan senior sekolah lama dia. Apa lagi dia, bersembunyilah dia takut terkantoi.
"Eh awak. Apa dah nama awak?"
"Erk. Najah"
"Owh, Wan Nur Najah Nabilah kan? Awak dah ada liqa'?"
Waduh, gimana nie. Terpaksalah dia berbisik dengan senior dia dengan menyatakan kebenaran. Eceh.
Terkejut juga dia yang senior itu mengingati nama penuh nya. Kerna jarang orang yang akan mengingati nama penuhnya. Terasa terharu pun ada. huhu.
*sekian sudah tamat kerna malas nak bercerita panjang*
*****
Hahaha, maaflah kerna gaya penceritaan yang agak keboringan. Dua point je sebenarnya aku nak cakap kat situ. Pertama, aku malu sebab pakai seluar jeans masuk USIM. Kedua, aku terharu dan teruja orang mengingati aku malah mengingati nama penuh aku.Walaupun agak lawak, tapi memang lawak.
Sekian.
Selamat beribadah. Selamat berpuasa sempena hari wuquf.
Selamat menambahbaik amalan pahala kita.
Bismillah,
AssalamualaikumTadi semasa aku stalk kekawan aku, aku terbaca sesuatu yang sangat menarik perhatian aku.
SNSD WILL CONTINUE WITH 8 MEMBERS.
it means without jessica jung. Omaigod.
i cant believe it at all. I still look Girls' Generation as 9 members not 8. They will never be apart.
Aaaarrrggghhh.. Sones understand me well. How i disappointed with this news. Ignoring this news will be better for me.
Kemudian, aku buka muka buku aku. Scrolling melihat hapdet kawan, tetibe mata tertatap pada satu post.
"TEGURAN BUAT PARA KPOPERS, BELIEBER, DIRECTIONER, DAN KAKI MOVIE DAN DRAMA"
***
Apa salahnya dengar lagu katy perry, Miley Cyrus, Justin Bieber, lady gaga, kpop dan lain-lain? Aku still solat!"
"Apa salahnya aku tengok drama korea jepun bagai. Aku still jaga solat dan quran aku!!"
Kalau macam tu, saya jawab:
"Apa salahnya aku berzina. Aku still solat!!"
"Apa salahnya aku tak pakai tudung? Aku still solat!"
Korang mesti balas:
"Mana boleh! Zina haram. Tutup aurat pun wajib! Allah ada sebut suruh jauhi zina dan tutup aurat!!!"
Saya balas:
"Kalau macam tu, Allah ada suruh kita JAGA PANDANGAN. Allah suruh kita guna telinga untuk benda kebaikan. Habis kau tengok drama korea jepun bagai cintan cintun pegang-pegang tangan peluk cium tak tutup aurat tu, tak dosa ke? Dengar lagu-lagu pasla cinta, sex, kiss me, love, fuck semua tak dosa ke?"
****
Islam bukan sahaja solat. Islam tu the way of life. Di sebabkan ramai orang ingat islam ni just ibadah solat puasa je, sebab tu wujud ramai orang yang solat puasa, tapi akhlak teruk, tak tutup aurat, zina, couple, ikhtilat, obsess artis, kurang ajar dengan mak ayah, dan lain-lain.
Kalau betul kita menunaikan tanggungjawab sebagai muslim, nescaya kita takkan berhibur dengan lagu-lagu barat, kpop, dan yang sama waktu dengannya.
Kbai.
Bismillah,
Assalamualaikum.
Yeay, alhamdulillah semester satu sudah berakhir dan yang paling best ialah dapat semester break selama sebulan. Haahaa.. Mungkin terselah kebudakan aku tapi uniten jarang kot nak bagi cuti sebanyak itu. Alih alih banyak pun 2 minggu.
*****
Dia termenung nun jauh ke sana. Hatinya parah. Sakit.Sakit yang teramat.
Jiwa nya ketakutan. Bagai takut untuk dicabut nyawa bahkan lebih dari itu.
Apa yang harus dia lakukan? Bagaimana nanti dia survive? Kenapa dia tetap melakukan hal itu?
Uaaarrrrggghhh..
Bukankah dia sudah berjanji tidak akan membuatnya lagi? Apakah dia sudah lupa?Kenapa dia memungkiri?
Sungguh otak dia begitu ligat berfikir. Berfikir akan kehidupannya yang bakal menjelang. Berfikir pada balasan yang dahsyat mungkin dia terima kelak.
Akhirnya, mata itu menitiskan air mata jua. Dia kalah. Jatuh tersungkur. Siapa lagi yang mampu membantunya selain dirinya sendiri. Itu semua dek kekhilafan dan keterlanjuran dirinya.
Dia nekad.
Ya, dia sudah nekad.
Nekad, untuk bertaubat kembali.
Taubat yang sungguh sungguh.
Taubat yang akan menghalang dirinya dari melakukan dosa itu kembali
Taubat itu taubatan nasuha.
Dan alquran ditangan dibuka semula. Dia merenung ayat. Umpama Allah sedang memberi dia solusi diatas kebuntuan dia. Allah itu Maha Mengetahui. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Cuma dia yang melupakan hal itu.
"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)"
Ali Imran : 135
Mungkin hasutan untuk mengulangi dosa itu akan kembali tapi dia harus lawan. Bermujahadah demi Allah. Kembali kepada Allah sebaik sahaja iman nya lemah.
Iman seorang hamba sepertinya yazid wa yankus (naik dan turun)
*****
Semoga cuti atau masa lapang yang dikurniakan kepada kita dapat dimanfaatkan sebaiknya agar tidak menyesal di kemudian hari.
Cerita di atas hanyalah rekaan semata
Bismillah,
Assalamualaikum.
Selamat hari malaysia untuk semua. Dalam masa kita bersyukur akan keharmonian negara dan keamanan negara, janganlah kita melakukan sesuatu yang boleh mengundang penyesalan kelak. Berfikir sebelum bertindak. Ketahui hak hak kita sebagai rakyat dan kisahlah mengenai negara kita. Redha jangan dibiarkan bodoh, pasrah bukan bererti mengikut telunjuk.










