#REVIEW MOVIE : HIJABSTA BALLET 2017

6:06 PM



Assalamulaikum semua! Untuk hari ini, aku akan review pula sebuah movie daripada tanah air sendiri yang aku baru sahaja selesai menontonnya semalam. Sebelum ni aku ada review movie Annabella Creation, untuk membacanya boleh klik di sini.

[Disclaimer : Review ini hanyalah pandangan aku saja. Jadi mungkin berbeza dengan pendapat korang semua.]

Tajuk Filem : Hijabsta Ballet 2017
Tarikh Keluar : 3 Ogos 2017
Genre : Drama
Pengarah : Syed Zul Tojo

Sinopsis :
Mengisahkan seorang penari ballet bernama Adele Shakiri. Adele dilatih untuk menari ballet ini oleh ibunya sejak usia kecil lagi. (Adele merupakan anak tunggal kepada kedua ibubapanya) Kemudiannya ibunya menghantar dia ke sebuah akademi ballet untuk meningkatkan lagi skill tarian balletnya hingga lah dia besar. Sepanjang berada di situ, Adele merupakan seorang pelajar terbaik akademi. Pencapaian demi pencapaian semakin banyak diraih Adele hingga dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian balletnya di Rusia. Berita gembira itu dirai kan oleh ibubapa Adele dan turut disampaikan juga kepada neneknya. Nenek Adele ini seorang yang alim dalam agama, jadi setiap kali Adele pulang ke kampung, neneknya akan mengajari bacaan Al-quran dan pengajian asas agama yang lain. Pada suatu hari, satu kejadian berlaku yang menyebabkan Adele berubah dan melakukan hal yang tidak sepatutnya dalam dunia ballet. Kemalangan yang meragut nyawa kawannya menyebabkan dia berubah dan mula mengenakan hijab. Setelah itu, usaha keras yang dilakukannya untuk menyatukan ballet dan hijab meskipun begitu banyak tentangan daripada akademi, orang awam malah keluarganya sendiri. Bagi mereka, tidak masuk akal orang berhijab melakukan ballet. (keadaan jadi lebih keruh apabila ceritanya disiarkan di majalah) Hingga, dia tiada tali sokongan langsung. Apa yang akan terjadi seterusnya, berjayakah Adele menyatukan ballet dan hijab?

Rating aku sendiri : 7.5/10

Aku suka pada idea cerita ini. Lain dari kebiasaan cerita Malaysia. Sebuah movie yang memberi inspirasi kepada mereka di luar sana. Banyak yang kita boleh belajar daripada movie ini, sepertinya semangat tidak putus asa dan kental Adele yang tetap meneruskan usahanya menyatukan dua hal yang amat berbeza, Ballet (sesuatu yang terbuka) dan hijab (sesuatu yang tertutup). Walaupun masa itu tiada seorang pun, iya! seorang pun yang menyokongnya tapi dia tak pernah putus asa dan teruskan juga. Susah tau nak teruskan usaha kita lebih-lebih lagi kalau ibu bapa kita sendiri menentang kita. Satu hal yang sangat aku kagum. Yang lain tentang penerimaan orang kita, kat situ kita boleh tahu yang masyarakat kita sukar untuk menerima hal yang baru. Bukan membantu malah mengutuk dan mengeji lagi. Sepatutnya kita kena membantu dan mencari bersama alternatif tentang bagaimana mahu menyatukan ballet dan hijab. Sifat negatif sebegini boleh mematahkan semangat sesiapapun yang ingin maju ke hadapan. Dalam cerita ini, turut dikaitkan dengan kelompok islam yang extreme seperti ISIS, yang mana beberapa orang dalam golongan ini cuba mencederakan Adele dan lebih menyedihkan tiada siapapun yang ingin membantu. Sedih. Cerita ini sangat menunjukkan realiti.

Cumanya yang aku rasa perlu ditambah baik ialah, jalan cerita filem ini seperti ada sesuatu yang 'lacking'. Sayang sebab ianya sebuah karya yang bagus. Macam perkaitan lebih tentang ISIS, (buatlah mereka tertangkap ke?) dan nenek dia. Nenek dia beriya suruh dia pakai tudung tapi bila dia pakai, tak membantu pula malah suruh dia berhenti terus ballet sedangkan dia hanya tahu ballet je. Sebab dia dari kecil duk dengan ballet je hingga diibaratkan dia tak tahu nak jadi apa, buat apa tanpa ballet. Sepatutnya nenek dialah yang menjadi sokongan dia. Bagi nasihat kat dia, ajar dia lebih tentang agama. Ini tidak, dia sampaikan terasa ingin buka balik hijab dek rasa patah hati dan hilang sokongan sepenuhnya. Hahahah. itu hanyalah pandangan aku. Aku percaya cerita ini boleh dijadikan lebih baik dan akan mampu setaraf dengna filem-filem antarabangsa. Seronok bila adanya filem-filem Malaysia yang seperti ini. Bermutu dan sangat menginspirasikan.

(aku paling lucu part wartawan didepan hospital tu, sepatutnya scene tu x perlu nampak kaku sangat. Wartawan lain perlu terus bergaya berbicara ketika pengalihan suara kepada satu wartawan ke wartawan yang lain tapi tidak. Selepas selesai part diorang, diorang terus diam. Nampak mulut tak bergerak.)

Saya sarankan anda semua untuk menontonnya, boleh tonton di Astro First. Siapa lagi yang akan sokong filem tempatan kalau bukan kita sendiri. Jangan asyik duk tonton filem luar sampai dilupakan filem tempatan. Kena seimbang.

Sekian daripada saya, seorang marhaen yang sedang mengaji filem(cinematografi).

You Might Also Like

1 comments

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News