#REVIEW Movie : Interchange 2016
9:00 AMAssalamualaikum!
Masih lagi dalam mengulaskan filem-filem yang memenangi anugerah di Festival Filem Malaysia 29. Filem kali ini bertajuk Interchange dan merupakan filem gabungan pelakon Malaysia dan Indonesia. Interchange telah memenangi 4 anugerah pada malam FFM 29. Aku akan senaraikan anugerah itu dibawah
1. Pengarah Terbaik (Dain Iskandar Said)
2. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Shaheizy Sam)
3. Sinematografi Terbaik (Jordan Chiam)
4. Penataan Seni Terbaik (Zaharah Nakibullah)
Aku menonton filem ini sejurus selepas dikeluarkan di wayang. Kebetulan ketika itu baru lepas kehangatan filem Ada Apa Dengan Cinta 2 yang mana pelakon utamanya turut berlakon dalam filem Interchange, Nicholas Saputra. Yang lagi menarik aku untuk menontonnya adalah sinematografi yang begitu cantik setelah aku menonton 'trailer'nya.
[Disclaimer : Review ini hanyalah pandangan aku saja. Jadi mungkin berbeza dengan pendapat korang semua.]
Tajuk Filem : Interchange 2016
Tarikh Keluar : 1 Disember 2016
Genre : Fantasy, Thriller
Pengarah : Dain Iskandar Said
Sinopsis :
Trauma setelah menyaksikan sebuah pembunuhan aneh yang menakutkan, seorang fotografer forensik bernama Adam (Iedil Putra) menjadi seorang pendiam dan menyendiri. Tetapi, pembunuhan dengan ciri-ciri yang mirip dengan kejadian sebelumnya berlaku kembali, dan Detektif Man (Shaheizy Sam) berpikir bahwa Adam mungkin tanpa disadarinya punya jalan untuk mencari jawabannya. Ada foto-foto yang ditemukan di tempat kejadian perkara, dalam foto-foto tersebut ada Iva (Prisia Nasution), tetangga Adam tetapi foto-foto tersebut nampaknya diambil jauh bertahun-tahun sebelum Iva lahir. Meski enggan, Adam menemani Man dalam penyelidikannya yang membawa keduanya masuk ke dalam dunia bawah tanah Kuala Lumpur yang dipenuhi sihir kuno dan ritual jahat.
Rating Imdb : 5.3/10
Rating aku sendiri : 7/10
Sinopsis :
Pertama kali, aku boleh katakan yang tidak semua akan memahami dan menggemari filem sebegini. Filem ini mempunyai jalan cerita yang misteri dan tersirat. Ketika aku menontonnya di pawagam, hanya beberapa orang sahaja yang ada dalam wayang, tidak ramai. Ditambah lagi dengan permulaan video yang unik, buatkan aku rasa betul ke aku ni? Tak tersalah masuk bilik ke? Tapi ternyata memang begitu permulaannya. Sangat pelik tapi menarik. Kalau tidak diberi sepenuh perhatian atau tidak mencuba untuk berfikir secara kreatif, anda mungkin tidak akan memahami jalan ceritanya. Ini kerana klimaksnya bagi aku terletak di penghujung. Ia hanya tentang sebuah puak yang jiwanya terperangkap dalam gambar dimana gambar itu diambil oleh seseorang. Puak tersebut harus mengorbankan nyawanya untuk bebas. Puak ini berasal daripada Borneo kalau tak silap aku. Filem ini bagai bercerita tentang konsep spiritual dan juga kepercayaan kuno. Iyalah, orang dulu-dulu ada percaya tentang roh yang terperangkap disebalik gambar. Tidak cukup dengan itu, filem ini juga ada unsur yang tak logik, tak difikir akal, bilamana Belian itu merupakan seekor burung yang terperangkap. Sepertinya burung itu simbolik kepada puak.
Untuk sinematografinya memang cantik dan sangat teliti. Aspek-aspek videografi yang lain juga turut diberi perhatian seperti tona, color gradient, yang mana menaikkan lagi seri filem ini. Walaupun bagi aku pembinaan karakter kurang dinaikkan tapi ia filem yang unik dan imaginasi. Aku tahu pengarah pasti tahu apa yang dia lakukan. Ada juga bahagian filem yang aku tidak faham dan kurang dijelaskan tapi mungkin aku juga kena menontonnya lagi sekali untuk lebih memahami. Sekali lagi aku tegaskan, filem ini memerlukan kita untuk berfikir di luar kotak. Luar biasa!
Apapun, syabas kepada semua kru produksi kerana berpenat lelah berusaha menghasilkan karya ini. Ibarat nafas baru dalam industri filem kita dengan genre-genre sebegini.
Sekian saja daripada aku.
8 comments
wowwww! mcm international punya film nii.. btw thnks bgtau ni.Bolehlah sa duk tengok petang petang ni
ReplyDeletebetul tu. tgk trailer dia dah rasa wow!
Deletesinematografi dia memg cantikk
ReplyDeletekann!!!
Deletebagus citer ni... memang mereka layak menang....
ReplyDeleteyup! cuma sayangnya, tidak mendapat sambutan yang hangat.
Deletekak ekin tengok cerita ni tak faham apa benda pun
ReplyDeletesaya pun, mula-mula tak faham. tapi lepas fikir balik, cantumkan dari awal baru mula faham. hahaha
DeleteThanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen