#REVIEW MOVIE : OKJA 2017

9:23 PM


Assalamualaikum! Di posting kali ini, saya ingin mengulas [baca:review] sebuah movie daripada Netflix.

[Disclaimer : Review ini hanyalah pandangan aku saja. Jadi mungkin berbeza dengan pendapat korang semua.]

Tajuk Filem : Okja 2017
Tarikh Keluar : 28 Jun 2017
Genre : Action, Adventure, Drama
Pengarah : Bong Joon Ho

Sinopsis :
Mengisahkan tentang Mija dan haiwan kesayangannya yang bernama Okja. Okja ini merupakan seekor babi besar daripada syarikat Miranda Corporation. Babi jenis ini pertama kali dijumpai di perkampungan Chili dan kemudiannya dibawa oleh Miranda untuk dikembangbiakkan. Kemudiannya 26 ekor babi dibahagi ke seluruh dunia kepada 26 penternak tempatan yang berbeza untuk diternakkan mengikut cara dan tempat masing-masing. Babi-babi tersebut sedang berada dalam pertandingan babi tersehat dunia dimana 10 tahun kemudian haiwan itu akan dinilai yang mana yang tersehat dan terbaik untuk dijadikan sebagai pemenang. Mija tinggal dengan datuk dia setelah kedua ibubapanya meninggal ketika dia masih kecil. Datuknya merupakan seorang penternak yang terpilih oleh syarikat Miranda untuk memelihara haiwan tersebut. Selama 10 tahun Mija hidup bersama dengan Okja hingga dia merasakan Okja salah satu daripada keluarganya. Konflik terjadi apabila Okja terpilih sebagai pemenang pertandingan itu dan akan diterbangkan ke USA. Mija bantah dan pergi mencari Okja untuk dibawa pulang. Adakah Mija berjaya?

Rating Imdb : 7.5/10
Rating Rottentomatoes : 4/5
Rating aku sendiri : 8/10

Movie ini aku tonton sebanyak dua kali dan tetap juga berjaya menghiburkan aku. Okja kalau dilihat bukanlah bentuk sama macam babi seperti yang dinyatakan tapi lebih mirip seperti badak air. Memang pelik dengan kemunculan haiwan baru seperti spesis ini tapi masih boleh diterima untuk dijadikan hiburan hujung minggu. Ia sedikit sebanyak menginspirasikan ketika mana Mija begitu tekad ingin selamatkan Okja walaupun kalau realitinya dia harus pasrah dan mustahil untuk melawan sebab Miranda Corporation syarikat besar dan berpengaruh. Cinematografi movie ini tidak begitu mengagumkan tapi tidaklah teruk. Jalan ceritanya tidak memberi impak yang 'Wow' atau begitu mengesankan di hati tapi seperti yang aku nyatakan sesuai untuk dijadikan hiburan di hujung minggu. Tidak banyak yang aku boleh ulaskan jadi kalian bolehlah menontonnya di Netflix dan hayati, ulasi sendiri bagaimana movie tersebut.

Sehingga berjumpa lagi!

You Might Also Like

0 comments

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News