Di sebalik SENYUMAN itu
10:48 PMBismillah,
Assalamualaikum.
Berlalu ramadhan hampir satu fasa.
Keghairahan para solihin terhadap ramadhan masih belum puas lalu ditingkatkannya.
Keasyikan ramadhan bersalut dunia juga tidak kurang hebatnya. Malah disertai dengan ketidaksabaran menanti syawal. Masing masing dengan keseronokan sendiri di bulan ramadhan kareem ini.
Aku terfikir, ramadhan kian berlalu sehari demi sehari tapi apakah berlalunya sehari ramadhan itu dapat aku mangaut keuntungan darinya? atau aku tergolong dalam golongan yang rugi dan bakal menyesal kelak?
Sedangkan aku meletakkan ramadhan kali ini sebagai medan tarbiyyah aku untuk menyingkirkan segala kebatilan yang bersarang.
Entah, aku takut untuk tergolong dengan mereka yang rugi.
Aku ingin berkorban untuk Nya. Ya, meskipun sukar tapi takkan aku tak mampu untuk berkorban untuk pencipta ku. Takkan aku hendak menjadi mereka yang angkuh dan berlagak.
Hmm.. Mungkin tak jelas penyampaian ku dalam entry kali ini.
Tapi entry ini sekadar meluah rasa. Dah lama aku fikir. Takkan aku nak masuk neraka? Memang tak sanggup weh. Sesaat pun tak mampu. Tapi untuk ke syurgaNya sangatlah tak layak.
Semakin lama beruzlah semakin membuatkan aku terfikir.
Aku akan mati kelak. Dan yang aku hanya ada hanyalah Dia, Allah. Hanya Dia yang mampu membantuku. Malah Dia memberi aku segala kenikmatan dunia. Buatkan aku mampu merasa manis tarbiyyah, ukhuwwah, nikmat islam. Jadi, apakah alasan untuk aku tidak sanggup berkorban untukNya. Dunya ini akan berakhir. Dalam quran sering kali mengingatkan agar kita berfikir, bijak membuat keputusan agar tidak memberi penyesalan sedalam dalamnya kelak.
Rasanya tak mampu aku luahkan semuanya kat sini.
Aku sangat mencemburui mereka yang mendambakan cintaNya dan berkorban segalanya untuk Dia.
Aku tersangat iri hati kepada mereka yang mati syahid dan mendapat tempat di sisi.
Semoga Allah merahmati kamu yang membaca.
1 comments
tu la dokkk.kita kena banyak berkorban.setakat mano lah sgt loni nii.hmmm
ReplyDeleteThanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen