Kritik dengan Beradab!

9:30 AM


Assalamualaikum dan hi Korang!

Lama sungguh aku tak update blog. Ideanya banyak tapi aku je tak sempat nak menaip dan post. Tambahan pula sekarang aku bekerja mula dari 9 pagi hingga ke 6 petang, sabtu sampai khamis. Memang balik tu letih dan tak sempat nak buka blog untuk tulis. Harap lepas ni aku berjaya membahagikan masa dengan baik dan sentiasa update blog.

Bila bekerja ni, memang banyak dugaan dan cabarannya. Lagi-lagi kerja kita tu perlu hadap atau jumpa client. Kita kena sabar dan tabah melayani mereka yang pelbagai perangai. Bila aku bekerja sebagai grafik designer di sebuah syarikat pencetakan, aku secara tak langsung kena deals dengan customer, samada melalui whatsapp mahupun bersua muka. Kalau customer yang baik, memang senang hati kita berurusan dengan mereka, tapi kalau perangai yang macam celaka tu? Aduh, boleh rosakkan mood kita seharian tu.

Alkisahnya bermula apabila aku kena design logo untuk seorang customer. Aku dapat job tu dari boss. Bayaran untuk logo tu pula murah. Jadi aku design mengikut rate bayaran tu dan secara pantas sebab boss minta untuk rushkan. Apa yang aku design tu juga berdasarkan lakaran dia. Lepas siap design, aku sentlah gambar kat customer tu. Seminggu lepas tu, aku follow up balik dengan dia sebab dia tak balas langsung. Tetibe, boleh pula dengan tak jawab salamnya, teruk komen design aku. Ya, kalaupun design aku buruk, boleh bagitau dengan baik. Aku boleh baikinya atau kalau tak berkenan aku design, aku boleh minta designer lain yang design. (design logo memang aku tak pandai tapi terpaksa ambik juga sebab boss suruh) Awalnya aku malas layan sebab lagi layan lagi serabut otak aku tapi nasib baik ada senior yang support aku dan mereka berbalas mesej dengan customer tu sampai masing2 bermaafan.


Boleh nak kritik atau tegur design aku tapi beradablah. Aku pun masih belajar jadi menerima kritikan untuk memajukan lagi skill aku dalam dunia seni ni. Kalau tegur pun main hentam je, memang susah lah untuk menerima tapi jika tegur secara baik, masing-masing dapat manfaat. Kalian pernah ke kena dengan orang yang kurang beradab seperti ni? Cuba share sikit apa yang korang buat? Aku memang jenis tak suka cari gaduh plus tak reti nak main phycho dengan orang macam ni.

You Might Also Like

7 comments

  1. bertabahlah! caiyok2.sbr klo dua tiga kli ok lagi..kli ke4..siaplah! haha

    ReplyDelete
  2. Hahahaha, nak murah bagi design level dia la kan. Sabar jelah, mulut orang kengkadang takda insuran. Kita jaga hati orang, belum tentu orang sudi jaga hati kita.

    ReplyDelete
  3. payoh lah, rate murah tapi nak design classy (annoying face) haha

    ReplyDelete
  4. company kena letak rate harga klu cam tu br costumer tahu...

    ReplyDelete
  5. Cakap elok2 barulah org boleh terima

    ReplyDelete
  6. Mampu lagi Najah "HAHA" kalau ira sound je dalam sopan. Biar terasa deeep sampai lubang kubur. Err. Cannot brains this people.

    ReplyDelete
  7. adoi. dia tak bagi feedback, sekali komen terus merendahkan orang. patut suruh je dia cari designer lain hahaha 😈😈😈

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News