#REVIEW Movie : What Happened to Monday 2017

12:10 PM


Assalamualaikum dan Hi korang!

Dua hari lepas aku ada nonton sebuah filem yang tertangguh untuk aku nonton. Filem ni memang bagi aku menarik dan boleh untuk dilayan ketika lapang. Ayuh kita baca sinopsisnya

[Disclaimer : Review ini hanyalah pandangan aku saja. Jadi mungkin berbeza dengan pendapat korang semua.]

Tajuk Filem : What Happened to Monday 2017
Tarikh Keluar : 18 Ogos 2017
Genre : Action, Adventure, Crime
Pengarah : Tommy Wirkola

Sinopsis :
Populasi penduduk manusia kian meningkat saban hari. Ini mencemaskan kerajaan sedunia apabila peningkatan penduduk itu membawa kepada masalah kekurangan sumber makanan. Jika hal ini tidak dicegahkan, sumber makanan bakal berkurang dan habis.


Nicolette Cayman muncul dengan sebuah penyelesaian kepada masalah ini. Dia menubuhkan sebuah polisi yang mana satu keluarga hanya dibenarkan memiliki seorang anak. Seandainya mereka melahirkan lebih daripada seorang anak, anak yang lain itu akan diambil dan dihantar ke Child Allocation Bureau. Kanak-kanak tersebut akan ditidurkan dan dibangunkan setelah tiba masanya iaitu bila masalah ini dapat diatasi.


Di sebuah hospital, lahir bayi yang merupakan kembar 7. Ibunya (Karen Settman) meninggal ketika melahirkan dan bayi-bayi tersebut dijaga oleh datuknya, Terrance. Terrance berusaha sedaya upaya untuk melindungi cucu-cucunya daripada ditangkap. Dia menamakan cucunya dengan nama Sunday, Monday, Tuesday dan selanjutkan. Cukup seminggu. Bila cucunya meninggal dewasa (boleh bersekolah) datuknya mencipta satu identiti untuk cucunya di dunia luar. Identiti itu diambil bersempena nama ibunya Karen Settman. Cucunya tersebut perlu menggunakan identiti tersebut ketika keluar dan hanya boleh keluar pada hari namanya. Sunday boleh keluar hanya pada hari Ahad, Monday hanya pada hari Isnin dan selanjutkan. Selepas mereka pulang, mereka akan menceritakan maklumat secara terperinci kepada adik beradik yang lain supaya selari dan syncronice.


Hal ini berlanjutan sehingga 30 tahun kemudian. Dihari pembentangan penting mereka, yang mana pembentangan ini menentukan samada mereka bakal dinaikkan pangkat atau tak, berlaku kejadian yang merunsingkan. Monday yang keluar pada hari isnin tersebut tidak pulang-pulang. Apakah yang terjadi pada Monday? Adakah Monday mati? Jika Monday mati, identiti Karen Settman juga bakal mati dan mereka berenam yang lain tidak dapat keluar seumur hidup.


Rating Imdb : 6.9/10
Rating Rottentomatoes : 3.7/5
Rating aku sendiri : 7/10

Filem ini menarik kerana jalan ceritanya yang unik. Ditambah dengan pelakon yang melakonkan 7 watak itu berjaya membawa dengan baik setiap tujuh karakter tu. Cuma aku sedih sikit part yang mati itu. Aduh, gara-gara si dia, habis mati yang lain. 

Bagi aku, penyelesaian Cayman sebenarnya ada bagusnya juga sebab untuk mengurangkan populasi penduduk cuma sayangnya adik-beradik yang lebih itu bukan ditidurkan tapi dimatikan. Kira macam kejam jugalah sebab dia bunuh hampir beribu kanak-kanak. Tak ada solusi lain ke untuk mengatasi masalah ini? Aku pasti mesti ada yang lebih selamat dan aman.


Ohya, cerita ni ada part 18sx sikit jadi jangan menontonnya dengan kanak-kanak bawah umur. (Skip je part tu.) Ending dia bagi aku okaylah walaupun macam rasa tergantung sikit. Dari segi aksi, biasa je. Tak banyak sangat aksi bertarung. Situasi mencemaskan pun tak ada sangat. Menarik bila latar masa yang di masa depan, mereka menggunakan alat yang sangat canggih dan moden. Seperti, bila mereka nak keluar, mereka kena scan wajah dulu di cermin dan cermin tu akan memaparkan keadaan kulit dan apa yang perlu dicover dengan makeup supaya mereka bertujuh sentiasa nampak sama ketika keluar. Lepas tu yang part, bila seorang cedera semua kena cedera. Yang tu menarik juga sebab Thursday terpatah jari jadi datuknya terpaksa potong jari 6 yang lain supaya nampak sama. Fuuhhhh.. Sampai begitu penjagaan datuknya.



Keseluruhannya, nice dan boleh ditonton ketika bosan dan lapang!

You Might Also Like

5 comments

  1. aduihhh,,, bab potong jari seramnya... mmg menarik ceritanya

    ReplyDelete
  2. review yang best! tak tahu pun ada cerita ni. Nanti boleh la tengok jugak 😎😎😎

    ReplyDelete
  3. Macam menarik.. Dalam masa yang macam ngeri pula.. hehehe

    ReplyDelete
  4. hai. saja jengah blog domain baru. hahah

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2018 Reading Challenge

2018 Reading Challenge
Najah has read 0 books toward their goal of 24 books.
hide

Broaden News




#BPT