Short Visit to Latiff Mohidin : Pago-Pago (1960-1969), Galeri Ilham

4:32 PM

Assalamualaikum dan Hi semua!

Pada 1 September 2018 baru ni, aku ada melawat satu galeri di Malaysia ni. Buat mereka yang baru nak mengenal aku, aku sangat suka pergi tempat-tempat seni lagi-lagi galeri seni ni. Terasa seperti aku bertemu 'soul' aku yang hilang. Ceewaaahh.. Tapi itulah yang aku rasa. Jadi apabila aku dapat tahu ada pameran yang sedang berlangsung di galeri, memang teruja habis aku. Bulan September tahun ni pula banyak pameran yang diadakan beberapa galeri. Ada yang dah habis dan ada yang masih berjalan. Aku tak sempat pergi semua, cuma sempat satu je tapi itu pun dah bahagia. Harap dapat ziarah lagi beberapa galeri dan pameran lain.


Melawat Galeri Ilham

Galeri yang aku pergi itu adalah Galeri Ilham. Galeri Ilhan ini merupakan sebuah galeri seni yang terbuka kepada umum. Ia sangat mendukung perkembangan, pemahaman dan keindahan seni moden dan kontemporari Malaysia dalam konteks serantau dan global.


Galeri Ilham sekarang ni sedang mengadakan satu pameran yang bertajuk Latiff Mohidin: Pago Pago (1960-1969). Pameran ini diadakan dengan kerjasama antara pihak Ilham dengan National Gallery Singapore and Musée National d'Art Moderne – Centre Pompidou.

Latiff Mohidin: Pago Pago (1960-1969)

Pameran ni membawakan perjalanan pak Latiff sebagai seniman sepanjang tahun 1960 hingga 1969. Pada tahun 60'an itu pak Latiff dalam satu pengembaraan menjelajah Asia Tenggara dan juga Eropah. Oleh itu, lukisan-lukisan yang dipamer di sana dilukis sendiri oleh pak Latiff dalam tempoh masa tersebut. Boleh aku katakan koleksi di sana sangat unik dan sukar untuk dikumpulkan. Kerana lukisan-lukisan pak Latiff sepanjang 1960 hingga 1969, berada di merata tempat. Ada yang dimiliki oleh Muzium Negara Singapura, Muzium Seni Malaysia, Muzium lain serta juga menjadi milik persendirian individu yang samada minat seni atau sekadar suka-suka. Bila adanya pameran sebegini, memang patut untuk kita melihatnya kerana belum tentu akan ada lagi masa hadapan.

Pago pago ini berasal dari kata 'pagoden' atau pagoda yang membawa maksud kuil. Jadi kita akan dapat melihat konsep lukisan itu bertemakan pagoda tapi ada juga beberapa lukisan yang lain. Semua itu punyai nilai estetika dan seni yang tersendiri. Ada satu masa, lukisan pak Latiff terlihat garang kerana warna-warna yang digunanya warna hangat seperti merah, jingga dan kuning. Bila ditanya kenapa, jawab pak Latiff, warna tenang seperti biru, hijau sudah habis. Hahaha. Lucu juga pak Latiff ni.


Latiff Mohidin: Pago Pago (1960–1969) persembahkan lebih 70 buah lukisan, lakaran, cetakan, serta ada juga dokumen lain dan juga video audio berkenaan pak Latiff. Sangat menarik dan buat kita lagi teruja dan mengenal pak Latiff di zaman itu.



Selain daripada pameran di tingkat 5, kalian juga boleh membeli cenderahati dan barangan lain seperti buku-buku pak Latiff di kedai cenderamata Ilham. Tingkat yang sama cuma di luar sikit. Disitu ada pelbagai barangan menarik yang berseni seperti poskad, pin, buku dan lain-lain lagi. Aku juga ada beli beberapa keping poskad untuk diri sendiri dan teman rapat. Kalian juga boleh mengopi di sana kerana terselit juga cafe mini didalam nya.


Kalau kalian nak tahu lebih lanjut tentang Latiff Mohidin: Pago Pago (1960–1969) bolehlah ke website ni http://www.ilhamgallery.com/exhibitions/latiff-mohidin/

Latiff Mohidin: Pago Pago (1960–1969)
12 Ogos - 30 Disember 2018

Pameran berada di tingkat 5

Alamat Galeri Ilham:
Galeri Ilham,
Ilham Tower,
No 8, Jalan Binjai,
50450 Kuala Lumpur

Waktu Operasi
Selasa - Sabtu (11pagi - 7malam)
Ahad (11pagi - 5petang)
Galeri TUTUP ISNIN dan CUTI UMUM

Masuk adalah PERCUMA

Sebarang pertanyaan, boleh emelkan ke
info@ilhamgallery.com

Jangan lepaskan peluang tau melawat galeri Ilham ni. Pameran ini sampai hujung disember ni je jadi cepat-cepat singgah! Kalau tak, menyesal!

(kecuali buat mereka yang tak minat seni atau tak boleh nak serasi dengan seni atau tak boleh nak hadam kata seni)

You Might Also Like

1 comments

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News