#TRAVELOG ke Padang Indonesia Part 3 : Tempat Menarik!

10:00 AM

Assalamualaikum dan hi semua!

Sekian lama aku menyimpan posting ni. Hampir saja aku membatalkan hasrat aku untuk tidak mempublishnya tapi bila difikirkan balik, tidak salah berkongsi walaupun mungkin perkongsian itu sudah lapuk. Iyalah, berbulan-bulan terperap. Pada bulan 6 tahun lepas, 2017, aku dan teman-teman terbang ke Padang, Sumatera Barat Indonesia. Kami pergi selama 5 hari 4 malam bermula 16 May hingga 20 May 2017. Menaiki pesawat AK403 (pergi) dan AK402 (balik) daripada syarikat penerbangan Air Asia. "Now, everyone can fly!"


Aku dah kongsikan 2 bahagian untuk trip dimana kalian boleh lihatnya di bawah ni

Part 1: Permulaan
Part 2: Makanan

Jadi di bahagian ke3 ni akan aku kongsikan pula tentang perjalanan kami di sana melawati tempat-tempat yang menarik. Yuk, kita mulakan.



Hari Pertama

Sampai di Padang pagi disebabkan kami ambil penerbangan pagi. Kami disambut dengan supir (pemandu) yang telah kami tempah awal-awal sebelum bertolak ke sana. Oh ya, aku tak ambil agen atau travel agensi. Main terjah ja. Dari airport, kami terus pergi ke Bukittinggi memandangkan iti bermula di sana. Hotel pertama pun kat sana. Perjalanan dari airport ke Bukittinggi agak jauh dalam beberapa jam gitu tapi sepanjang perjalanan tu, kalian bakal melalui beberapa tempat menarik. Salah satunya seperti Lembah Anai, Rumah Gadang dan lain-lain.

Lembah Anai

Ni boleh dikatakan lokasi yang terkenal juga. Malah Laudya Cynthia Bella dan Kumbre juga shoot pre-wed mereka kat sini. Lembah Anai ni air terjun yang terletak di tepi jalan. Ada gerai jualan di sekitarnya dan juga tandas. Pak supir aku kata kononnya kalau minum air ni bakal jadi awet muda.

'Lalu yang mandinya bakalan jadi bayi gitu?'

Itu mitos saja. Hahaha. Airnya sejuk dan nyaman. Kalian boleh berehat dan basuh muka dulu. Ambil gambar puas-puas sebab cantik untuk bergambar. Masa aku pergi tu ada ja yang mandi. Bayaran masuk IDR3.000. 



Rumah Gadang

Sebenarnya kami patut Istana Pagaruyung nanti, tapi pak supir ajak singgah sebab alang-alang lalu tempat ni. Dia kata lebih kurang ja dengan istana tu tapi terserah kamilah nak pergi dua-dua ke salah satu. Sini macam muzium minangkabau. Kita dapat menyaksikan bangunan yang berbudayakan minangkabau. Ukiran, bentuk, warna semuanya bersenikan minangkabau. Boleh juga nak pakai baju tradisi minangkabau tapi kena bayar. Nak masuk dalam rumah pun kena bayar. Bayaran masuk rumah IDR5.000. 



Kalau sekadar pusing di sekitar tu percuma saja. Boleh nak bergambar di sekitar tanpa masuk dalam rumah.

Bika Talago

Kat sini singgah untuk makan kuih bika. Sambil-sambil makan tu, dapat lihat permandangan yang cantik di belakang kedai. Tak banyak boleh bergambar tapi cukup untuk menikmati saja. Permandangan yang berlatarkan sawah dan gunung. Kuih bika dia sedap!


Pandai Sikek

Luruihlah jalan Payo Kumbuh
Babelok jalan kayu jati
Dima hati indakkan rusuah
Ayam den lapeh
Oo ooi ayam den lapeh

Mandaki jalan Pandai Sikek
Manurun jalan Kabiyaro
Dima hati indak maupek
Ayam den lapeh
Oo ooi ayam den lapeh

Pernah dengar lagu ni? Hah! Tentu pernah dengarkan. Kalau Malaysia, nyanyian Anita Sarawak. Lagu Ayam Den Lapeh ni pasal Bukittinggi Padanglah. (Ayam den lapeh = Ayam saya lepas) Lagu ni lagu popular orang minangkabau tau. Jadi sebab tulah kita akan mendengarnya juga di Indonesia mahupun Malaysia, asalkan ada orang minangkabau di situ maka adalah lagu ni.


Pandai Sikek ni terkenal dengan kain songkek dan juga buatan kraftangan kayu ukir. Masa aku pergi tu dah hampir maghrib jadi tak banyak kedai yang dapat aku masuk. Aku juga tak sempat bergambar di tugu tulisan "Satu Karya...Pandai Sikek". Sempat singgah dalam 2/3 buah kedai saja sebelum malam. Lepas tu, nasib baik sempat bergambar. Permandangan di Pandai Sikek juga cantik lagi-lagi ketika matahari terbenam. Langit berwarnakan pink menghiasi lagi sawah dan gunung yang ada kat situ.


Oh ya, kain batik, telekung, kain pasang juga turut terjual disini. Aku beli telekung sini. Pilihan corak dan warna juga cantik. Boleh tawar menawar supaya kalian bakal dapatkan harga yang puas hati. Kalau nak beli kat tempat lain pun boleh. Terserah masing-masing

Malam tu kami hanya berjalan di sekitar bandar. Makan pun sekitar situ.

Hari Kedua

Puncak Lawang

Pagi-pagi kami berangkat ke Puncak Lawang. Puncak Lawang ni makan masa juga nak sampai, dalam sejam kot. Dah lupa. Di atas sana, kita dapat menyaksikan pemandangan yang cantik dan lawa. Pemandangan Danau Maninjau dari atas. Malah kita juga boleh melakukan aktiviti seperti skytrail, paragliding dan lain-lain lagi. Ni memang cantik pemandangannya. Ambillah gambar sepuas-puasnya sebab kalian akan teruja. Aku pun, banyak juga bergambar kat atas ni. Lepas bergambar, berehat sejenak menikmati dan menghayati apayang terbentang di depan mata. Rasa tenang, nyaman dan segar gitu. Sejuk juga kat atas tu



Sebelum sampai ke puncak tu, kami ada singgah beberapa tempat. Satunya tempat buat gula tebu dan satu lagi macam pitstop. View dari sini pun cantik juga. Pitstop tu macam kedai jualan cenderahati dan runcit serta ada juga restoran.


Tak pergi Danau Maninjau sebab tak makan lagi. Perut lapar, tak sanggup rasanya nak hadapi 44 liku jalan. Untuk ke sana perlu melalui 44 kelok (liku). Memang bersimpang siur weh jalan dia, baru 9 liku kami dah give up. Di Danau Maninjau inilah lahirnya Buya Hamka. Kampung dia. Jadi terasa lah juga menyesal tak pergi. Patut bawa makanan ringan pagi tu.

Tempat Buatan Gula Tebu

Menarik tentang tempat ni adalah ia menghasilkan gula tebu dengan cara tradisional. Menggunakan kerbau untuk menggiling keluar air tebu. Kerbau itu ditutup matanya dengan kain. Aku rasa tebunya. Sedap tak begitu manis, tapi sayangnya aku tak beli. Kenapalah aku tak beli. Hayyyaaa..


Pasar Atas

Kat sini kita boleh beli cenderahati seperti baju, selipar, keychain dan macam-macam lagi. Perlu tawar-menawar jika kalian rasa perlu. Ada juga kedai makan yang sedap kat sini. 2kali kami datang sini gara-gara shopping. Ya, sebab pelbagai aneka dan pilihan yang menarik. Rambang mata dibuatnya.

Suasana di Pasar Atas

Bergambar di Jam Gadang


Berdekatan dengan pasar, ada Jam Gadang yang menjadi lambang ikonic kepada Bukitting Indonesia. Boleh bergambar dan santai seperti rakyat marhaen di sana. Pengamen pun ramai kat situ. Kalau pergi waktu hujung minggu, lagi ramai orang bersiar-siar di sekitar tu. Pelancong pun ramai, dari warga Indonesia sendiri, dan warga Malaysia. Orang situ dapat kenal orang Malaysia, jadi bila kita pergi, mereka macam saling beritahu sesama penjual gerai yang orang Malaysia datang. Hahahaha..

Pasar Aur Kuning

Kalau yang tak sempat beli kain di Pandai Sikek, kalian boleh membelinya di Pasar Aur Kuning. Di sini banyak gila kedai sampai tak terlarat kaki nak jalan dan jaja harga setiap kedai. Yup, sangat banyak kedai. Lorong-lorong pun banyak. Dahlah setiap lorong tu, kiri kanan kedai. Macam tak berpenghujung saja setiap langkah yang kita ambil. Kat sini, kena pandai tawar menawar juga. Andai bernasib baik, boleh dapatkan dengan harga yang kita inginkan. Pelbagai aneka corak dan kain boleh kita dapatkan disini. Seperti mereka, aura Malaysia tu akan menyerlah. Jadi, pandai-pandailah kalian menawar harga. Aku borong kain batik kat sini. Teman aku borong kain pasang. Kain sulam pun cantik kat sini. Telekung ada, baju kemeja batik ada, macam-macamlah. Harap kalian tak rambang mata sebab kami rambang mata dan buntu nak beli yang mana. Nasib saja duit tak banyak kalau tak, penuh tangan dibuatnya.

Malas nak susun gambar.

Malam tu, kami sekadar berjalan di sekitar hotel. Beli makanan di gerai-gerai berdekatan dan juga singgah kedai runcit mereka.

Hari Ketiga

Sebabkan ada yang tak cukup nak beli cenderahati, jadi kami pun kembali lagi ke pasar atas pagi tu. Terpaksa batalkan 1/2 tempat sebab dah drag masa. Hari ketiga ni kami akan berangkat ke Padang. Tapi disebabkan ada masalah dengan hotel kami, jadi terpaksa pilih hotel lain. Sebelum berangkat tu, kami singgah membeli kerepek di Sanjai. Banyak jenis kerepek yang dijual. Sedap-sedap pula tu. Peramah tau jurujual di Sanjai tu. Rindu pula kat mereka.

Tabek Patah

Di Tabek Patah, kami ke Kiniko. Kiniko ini merupakan kedai kopi yang agak popular sekiranya ke Padang. Kopinya ada beberapa jenis dengan rasa yang berlainan. Aku paling suka datang sini. Kebetulan pula, masa singgah sini, hujan. Fuuhhh.. Memang feeling habis. Selain kopi, ada juga pisang salai. Kiniko juga ada gerai kopi di belakang kedainya dimana kita boleh menikmati kopi dan pisang salai percuma sambil ditemani keindahan alam. Wajib tau cuba kopi dan pisang salainya sebab sedap dan berbaloi.


Kopi dan pisang salai itu ada dijual di sana. Kebanyakan pelancong Malaysia, akan memborong kaw-kaw kopi dan pisang salainya sebab sedap. Sudahlah sedap, murah pula tu. Buktinya aku tak dapat beli banyak sebab kopi sudah tinggal sikit gara-gara diborong orang yang hadir sebelum aku. Kita juga dapat menyaksi pembuatan kopi dan pembungkusannya di situ. Ada gudang di sebelahnya.

Malamnya, kami berehat di Padang Panjang. Singgah beli makanan di pasar malamnya dan makan bakso di gerai yang terletak di bangunan bekas sinema. Cerita menarik yang pak supir aku bilang, dulunya ada sinema tapi dibakar orang gara-gara mengundang maksiat. Situ kawasannya agak konservatif dan alim. Macam ala-ala Kelantan gitu. Bukittinggi juga dikenali dengan Serambi Mekah. Sama macam Kelantan. Aku mungkin tu salah satu lahirnya Buya Hamka sebab pendirian setempat yang alim dan patuh pada adat.

Hari Keempat

Dalam perjalanan ke Padang, kami singgah di kawasan padi huma atau padi berbukit. Sebenarnya banyaknya kawasan sawah padi kat sana. Cumanya yang berbeza kat sini, di sepanjang jalan tu, kiri kanan, memang sawah padi berbukit. Sawah padi tu terlihat kemas tersusun dan cantik. Lagi-lagi bila ia menguning. Sangat cantik. Pak supir macam tahu-tahu ja kami nak bergambar lalu dia berhentikan van untuk kami singgah bergambar. Kebetulan masa kami singgah, penduduk setempat tengah bersawah padi. Jadi sempat tegur sapa mereka. Malangnya, aku tak faham bahasa minang mereka. Agak mengecewakan apabila ada masalah komunikasi macam tu.


Oh ya, mereka masih percaya yang tidak boleh gambar bertiga kalau tidak salah sorang akan mati. Aku tak perasan ni cuma perasan yang tindakan makcik tu. Bila ambil gambar mereka, pasti sorang akan pandang ke lain. Lepas bicara dengan abang tu baru tahu. Tu pun sebab nak suruh mereka duduk bertiga tapi tak boleh, jadi terpaksa ambil gambar dua-dua.

Nagari Tuo Pariangan

Desa kuno yang menjadi desa terindah di dunia, Nagari Tuo Pariangan. Ia merupakan perkampungan yang berada di lereng gunung Merapi. Aku ada terbaca artikel menarik tentang Nagari Tuo Pariangan ni. Boleh tekan SINI untuk bacanya juga. Kawasannya sunyi jadi kami tak berani jalan menelusuri setiap ruang kat situ. Cukuplah sekadar singgah dan bergambar. Mujur ada gerai jual ais blend, dapatlah beli buat hilang dahaga.


Pantai Padang

Sampai Kota Padang, kami cari hotel dulu untuk ganti hotel sebelum ni. Selepas itu, kami keluar untuk jalan di sekitar Pantai. Malang tak berbau bila sampai sana, hujan. Tak dapat nak tengok matahari terbenam. Gambar pun tak banyak sebab permandangan tampak biasa ja. Cuma sementara tunggu hujan reda, kami beli jagung bakar dan makan di situ. Seronok juga.


Jambatan Siti Nurbaya

Bagi aku, jambatan ni biasa-biasa ja. Baik pergi tempat lain. Susah untuk berhentikan kenderaan malah view dia juga hanya jeti kecil. Nampak meriah sebab ramai yang bersiar dan menjual di situ.


Lepas tu, kami pun memutuskan untuk habiskan masa di Mall mereka. Lucu kan tapi apa salahnya. Pusing-pusing mall, beli makanan dan santai. Hahaha. Banyak tempat yang tak terlawati oleh aku dan kawan-kawan. Ada yang ditolak sebab rasa tak memikat hati, ada juga tak sempat, dan ada juga sebab jauh, takut membazir masa di jalanan saja. Jadi kalau kalian nak ke sana, rancang baik-baik perjalanan kalian atau nak mudha, pergi je dengan travel agensi.

Sekiranya nak iterinari aku, boleh pm aku di instagram atau facebook, ataupun minta melalui email. Walaupun tak berapa menarik, aku akan kongsikan juga iterinari tu. Jika nak lagi feel, boleh tonton video travelog aku yang aku letak kat atas atau di youtube channel aku Najah Mustapa.

Rujukan lain jika nak ke sana
https://www.youtube.com/watch?v=RVZbEL4uDlg&t=297s

You Might Also Like

3 comments

  1. went there last year. it was fun

    ReplyDelete
  2. bestnya oiii. boleh buat rujukan bila mek dah bersedia nk ke sana nanti

    ReplyDelete
  3. one of my wishlist! semoga ada rezeki ke sana satu hari nanti

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News