Sekeluarga ke Kota Kinabalu, Sabah!

11:57 PM

Assalamualaikum dan Hi semua!

Pada penghujung bulan 6 baru ni, memang kalut aku dan keluarga dibuatnya. Pertama, gara-gara persiapan pernikahan kakak aku. Kedua pula persediaan menghantar kakak aku (blarok) dan yang paling tak diundang ketiga adalah keputusan rayuan ipg keluar. Apa kaitannya keputusan ipg keluar ni? Kaitanya adalah, Alhamdulillah adik aku berjaya dapat ipg tapi yang mengasyikkan bila adik aku mendapat tempat di IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah. Dah tu, pendaftaran pula dekat-dekat dengan tarikh blarok kakak aku. Nasib baiklah ada juga ruang bernafas 2/3 hari.

Sampai di Lapangan Terbang Kota Kinabalu

Jadi bila kami tahu keputusan tu, adik aku tu dah memutuskan untuk sambung pengajian di ipg, ibu dan ayah aku tentunya kalut memikirkan perjalanan untuk ke sana. Awalnya aku tak terfikirpun untuk dapat turut serta memandangkan tiket ke sana mahal. Tapi sebaliknya berlaku, ibu aku mengajak aku dan 2 lagi adik aku yang lain untuk turut sama menghantar. Ini bermaksud jumlah yang akan menghantar adik aku adalah 7 orang (ibubapa aku, nenek aku, abang aku, adik aku 2 orang dan aku).

Malindo Air - Smarter Way to Travel

Permandangan di atas pesawat

Kami memillih Malindo Air sebagai pilihan penerbangan kami untuk pergi dan balik. Kebetulan ketika itu tengah murah, memang terus grab. Harga untuk seorang dalam RM130 lebih pergi dan itu tidak termasuk luggage. Itu merupakan pakej lite yang mana luggage tidak termasuk serta tiada makanan. Memang betul-betul bajet. Kami juga ada mengambil 2 pakej luggage 15kg untuk pergi dan 1 pakej luggage 15kg untuk balik. Kot-kot membeli belah banyak di sana. Hehe

Ikutkan sejarah keluarga aku, tak pernah lagi ramai-ramai naik satu pesawat yang sama. Ini kerana aku dilahirkan dalam keluarga yang besar. Adik-beradik ramai, jadi selalunya kami akan sedaya upaya untuk jimat perbelanjaan. Kalaupun ingin bercuti ke luar negara, kami takkan pergi bersama. Ianya samada, ibu ayah aku pergi bawa salah seorang daripada kami adik beradik atau kami sendiri pergi bersama kawan-kawan. Bila berlaku macam ni, aku sedikit teruja sebab dapat bercuti (bukan bercuti sangat pun) bersama-sama keluarga aku walaupun bukan semua yang pergi.

Sehari sebelum tu, kami bergerak ke Bangi dengan 2 buah kereta. Kemudian bergerak ke airport 2 buah kereta juga tapi yang ke airport ni dihantar oleh abang aku dan kakak ipar aku. Memang agak terkejar juga bilamana tarikh penerbangan kami merupakan tarikh daftar adik aku (ada beberapa sebab yang buat kami terpaksa pergi pada tarikh tersebut). Tapi tak apa, berdoa sajalah pada Yang Esa.

Hari Pertama

Sampai sahaja di lapangan terbang, kami terus menuju ke pintu utama untuk menunggu kereta sewa. Agak kalut dan berdebar juga kerana kami telah lewat dalam mendaftar adik aku dan tentunya tidak mahu terlewat lebih banyak lagi. Kami menempah kereta sewa Proton Izora sepanjang berada di sana. Urusan penempahan kereta itu dilakukan oleh abang aku. Agak murah jugalah harga dia tapi aku dah lupa berapa. Sampai je kereta, kami langsung pergi ke IPG Kampus Kent yang terletak di Tuaran. Mengambil masa lebih kurang 1 jam daripada Kota Kinabalu. Awalnya, kami ke IPG kampus Tuaran tapi rupanya dah berpindah. Disitu hanya penginapan pelajar lelaki manakala pelajar perempuan dan kelas pengajian diadakan di Kampus Kent. Nasib baik kami dah maklumkan awal kepada orang berkenaan yang kami bakal sampai lambat. Masa tu, hanya 2 pelajar sahaja yang belum melaporkan diri dan itu termasuk adik aku.

Sedang mengeluarkan barang adik aku

suasana di sekitar penginapan adik aku

Sampai je, taklimat dah dipenghujung. Jadi ibubapa aku tak sempat nak dengar isi taklimat. Lepas taklimat, kami terus ke penginapan dan memunggah segala barang adik aku ke bilik yang diberikan. Yang lucu semasa sesi pemunggahan itu bilamana adik aku kena tingkat tujuh dan lift pula lampu rosak. Bergelaplah kami semasa naik. Bagi aku seram juga dan mencemaskan aku sebab aku tidak suka berada di dalam gelap secara 'total'.

Selesai memunggah barang adik aku, kami bergerak ke penginapan kami dan meninggalkan adik kami yang bakal menyertai orientasinya nanti. Penginapan kami ni, ditempah di aplikasi AirBnB yang mana bagi aku murah berbaloi dan sumpah cantik. Terletak berdekatan dengan Airport KK (sangatlah dekat dalam 5 minit je) dan di sekitarnya ada kedai-kedai makan dan kedai lain. Bagi aku sangat nice dan worth it. Nak ke bandar KK pun dekat. Cuma jarak dari disitu ke tempat adik aku tu memakan masa sejam juga lah.

Master Bedroom

Meja Makan (bersepah sebab penat)

Ruang keluarga

Bilik kedua

Laluan dari ruang keluarga ke bilik dan dapur

Dapur

Bilik Pertama

Kami berehat, solat, mandi dan makan mana yang ada sekadar alas perut sebelum kami keluar pula malam nanti untuk makan malam. Kami makan malam di bandar KK. Aku dah lupa nama kedai tu apa tapi tempat tu bila kita jejak kaki, ramai peniaga akan memanggil kita untuk pilih kedai mereka. Agak cuak juga perasaan aku ketika itu kerana aku sangatlah tak suka situasi sebegini. Buat aku rasa buntu dan serba salah dan mulalah melakukan kesilapan. Tapi nasib baiklah ketika itu pergi dengan ibubapa aku, jadi bukan aku yang buat keputusan. Kami ambil pakej yang berharga RM150 untuk 7 orang makan. Ada beberapa menu makanan yang tersedia dalam pakej itu ditukar kerana ayah aku kena berpantang makan. Mujur juga pelayan itu ramah dan bermurah hati untuk beri kami pertukaran menu.



Hari Kedua

Hari yang menggembirakan aku kerana hari ini kami akan berangkat ke Kundasang! Yeay! Sudah lama aku memasang hajat untuk kesini dan melawat ladang lembu tenusu yag menjadi tular sejak dua menjak ini.

Mana taknya, setiap kali ke Sabah, pasti orang akan bertanya, pergi Kundasang tak? Seolah-olah ia tempat yang tersangat WAJIB singgah bila ke Sabah. 

Jarak Kundasang dari tempat kami menginap memakan masa dalam 4/6 jam (aku dah lupa berapa jam tapi lama juga seperti jarak Kota Bharu ke Gua Musang). Walaupun begitu, di sinilah yang seronok, bilamana di sepanjang perjalanan tersebut kita dihidangkan dengan permandangan yang memukau dan menakjubkan. Cuma ketika awal perjalanan, aku terlelap gara-gara mengantuk dan tak ingin terasa pening. (Aku memang jenis, asal perjalanan jauh je akan tidur, sejak kecil lagi begitu).

Dalam ke Kundasang tu, kita akan melepasi Pekan Nabalu yang mana di situ ada terjual pelbagai jenis kerepek, barangan kraf dan barang-barang yang lain. Awalnya aku fikir nak singgah semasa balik sebab tak sempat nak singgah masa pergi tu. Abang aku dah terlajak tapi malang tak berbau bila masa balik tu hujan lebat. Jadi melepaslah aku peluang untuk beli kat situ.




Sampai ke Desa Fairy Farm, kami memuaskan kehendak hati dengan bergambar. Buat ibubapaku dan nenek ku, mereka bergambar sekejap saja kemudiannya terus masuk ke dalam kafe untuk berehat dan makan. Bila bab bergambar ni, seperti biasalah, gambar aku sentiasa tidak memuaskan hati aku tapi apakan daya, aku kena pasrah. Sekurangnya adik atau abang aku masih sudi menolong aku mengambil fotoku.


Selesai ketik-ketik kamera, kami langsung ke kafe. Di situ, ayah, umi dan nenek aku dah sedia menanti dengan aiskrim yang pelbagai perisa. Setiap perisa itu ayah aku beli dalam kuantiti 2. Sedap juga rasanya cuma kalau makan benda ni saja, memang terasa muak sikit. Agak mahal tapi berbaloilah untuk mencuba. Dah alan-alang sampaikan?

Lepas tu, aku beratur untuk beli susu dan kejunya pula. Patut beratur awal-awal time tak ramai, bila dah ramai, memang jenuh nak menunggu. Aku tak kisah tapi kesiankan nenek aku dan ibubapa aku. Nasib baiklah ada kerusi kosong untuk mereka menunggu kat luar. (ohya, kami dah beranjak keluar memandangkan ramai yang ingin duduk makan di meja)


Keluar dari Desa Fairy Farm, kami mencari makan di sekitar Kundasang tu. Tak banyak gerai makan yang halal tapi ada beberapa. Aku mencari restoran yang pergi disinggah oleh blogger beberapa tahun yang lalu. Masa dia singgah, restoran itu masih okay tapi sekarang dah kurang sikit. Bahkan aku tak galakkan kalian singgah. Sayanglah, patut restoran tu perlu jaga kualiti dia supaya dapat tarik lagi ramai pelanggan. Jadi, saran aku, nak cari makan di situ, pusing-pusing dan cari restoran bersih dan ramai orang.

Kami terus pulang tanpa singgah mana-mana. Ini kerana kejar masa petang tu untuk bawa adik aku keluar beli barang yang masih tak cukup. Yang semalam beli masih banyak yang tak lengkap. Kami tak pergi jauh pun, cari Gaint yang besar sikit dan dekat dengan tempat adik aku. Ada lah terjumpa satu mall ini tapi aku dah lupa nama aku. Selesai semua, hantar adik aku lepas tu sesi perpisahan dan kami balik sambil-sambil cari makan juga. Makan malam kami di sebuah restoran yang berhampiran dengan penginapan kami. Ramai orang, dan sangat berbaloi. Sebabnya portion dia besar dan makanan dia sedap. Tapi sekali lagi aku lupa nama restoran tu.

Hari Ketiga

Petang ni dah akan naik flight balik KL. Namun begitu, bukanlah bermaksud kami akan terus terpacak di airport seawal pagi. Pagi tu, aku dan keluarga aku ke Pasar Filipina dan pasar berdekatan. Aku sebenarnya tak pasti kami singgah di pasar mana tapi pasar itu banyak jual mutiara, beg, baju seluar dan cenderahati yang lain. Di situ mak dan nenek aku memborong mutiara dan melakukan tawar menawar dengan penjual. Aku pun turut membeli oleh-oleh buat mereka terdekat aku. Kat situ kena pusing-pusing dan kena pandai tawar menawar dan cari yang lebih murah, sebabnya banyak sangat kedai. Kebanyakkan jual barang lebih kurang sama.


Akhirnya tamat sudah perjalanan aku ke Sabah bersama keluarga. Seronok dan tidak puas. Aku rasa aku akan sering datang ke sini dan akan ke tempat-tempat yang tak berkesempatan pergi.

Minta maaf kalau ada salah dan silap aku ya. Dan jutaan maaf jika bahasa yang digunakan aku bahasa ala formal.

Semoga kalian terhibur!

You Might Also Like

1 comments

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News