#SuratBuatMu : Rutinitas Sepanjang PKP 2020 #1

11:53 AM

Assalamualaikum dan Hi semua!

Apa kabar semuanya? Aku harap kalian semua baik-baik saja. Waktu-waktu sebegini, usahlah kita berkeliaran ke sana ke sini tanpa arah tujuan yang tidak konkrit. Lebih baik di rumah saja. Janganlah kita menjadi punca pembawa tanpa sedar ke orang lain. Lagipula, lebih baik kita patuh kepada pemerintah. Usah derhaka lohh!. Aku disini juga baik-baik. Nanti aku ceritakan rutinitas aku kepada kalian yang aku sayang.

Siapa sangka yang permulaan tahun 2020 bakal jadi begini. Begitu kalut dan ribut dengan situasi virus. Bukan melibatkan negara Malaysia sahaja malahan turut melibatkan dunia. Hampir seluruh negara terkena dan menerima kesan daripada ini. Sungguh bukan biasa-biasa. Ramai yang meninggal dengan angka kematian mencecah ribuan orang. Saat ini, buat mereka yang beragama, mula mengakui kebesaran Tuhan mereka. Mula membibitkan rasa keinsafan dalam diri. Tapi tidak lupa juga pada kesombongan. Kesombongan manusia tidak akan hilang tanpa manusia yang menanggalkannnya. Aku katakan ini kerana di waktu-waktu sebegini, manusia mula menunjukkan sisi lain dalam diri mereka. Sisi pentingkan diri sendiri dan sombong. Janganlag kita begitu, semoga kita dijauhi daripada perangai-perangai mazmumah [baca:tidak elok]. Sekali lagi, aku doakan semoga kalian semua baik-baik saja dari segi mental mahupun fizikal walau di mana jua kalian berada.

Aku masih bekerja dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Tempat kerjaku menyuruh pekerjanya bekerja kerana majikan tidak mau gaji bawahannya dipotong atau paling teruk dibuang kerja. Usahlah kalian berlebih-lebih tanya ku tentang peruntukkan yang Kerajaan berikan kepada SME kerana aku tetap tidak mampu menjawabnya. Disebabkan aku cuma pekerja bawahan jadi aku ikutkan saja arahan Bos selagi aku boleh buat. Bekerja dari rumah ini ternyata tidak mudah. Meskipun dahulunya aku juga bekerja dari rumah untuk kerja freelanceku tapi ia berbeza. Tidak sama bekerja di rumah secara bebas dengan bekerja di rumah atas sebuah syarikat. Aku tidak mau mengulas tentang perbezaannya lebih terperinci tapi yang kalian boleh tahu, bekerja secara bebas di rumah bermaksud aku bebas bekerja mengikut aturan masa aku, tapi bila bawah syarikat, akan ada rasa keterikatan antara kita dan majikan. Lebih memenatkan. Lagi-lagi majikan merasakan sepenuh masa kita hanya untuk bekerja kepada dia. Sedangkan kita juga manusia.


Pagi ku dimulaikan dengan aku kisar bijih kopi dan mem'brew'nya sendiri kemudian aku mula buat kerja aku sampai siap. Lepas tu, aku akan mengisi masa lapangku dengan hobi aku iaitu melukis atau membaca ataupun aku akan menghadap telefon. Membereskan juga beberapa hal rumah ketika terasa bertenaga dan bersemangat. Dah alang-alang banyak masa kan.Tiba-tiba aku buntu apakah perlu untuk aku menceritakan semua ini? Sedangkan pada asalnya aku ingin menjadikan blog ku sebagai salah satu journal hidupku tapi setelah aku berceritakan perihal terasa lucu pula.

'Perlu ke aku bagitahu semua ini?'

Itu soalan yang sering bermain di minda aku setiap kali aku ingin berkongsi hal-hal kehidupan ku. Tapi lantaklah, aku kongsikan juga. Sekurangnya untuk tatapan aku di masa hadapan. hehehe.

Sekian saja daripada aku. Nanti aku akan kongsikan lagi di masa lain

You Might Also Like

0 comments

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News