Fon Honor Aku kena Curi!

9:05 AM

Assalamualaikum dan Hi semua!

Sedih yang teramat weh bila hal begini menimpa aku. Sebelum selalu dengar hal-hal begini terjadi kepada kenalan-kenalan aku tapi ditakdirkan aku pula yang terkena. Entah apa yang merasuki aku sekarang ini. Perasaan bercampur baur. Kecewa, marah, sedih, hancur, semuanya bercampur dalam diri aku. Sampai aku terasa amat amat penat. Seperti mahu tidur sahaja dan bangun dengan harapan semua ini hanyalah mimpi.

Aku sayang kot telefon aku tu. Dia adalah objek pertama yang aku letak nama iaitu Uranus 7x. Banyak kenangan yang aku kutip bersama dia. 2 tahun bersama, video gambar semuanya aku tangkap dengan dia. Biarpun dia bukan harga mahal tapi aku tetap puas hati dengan prestasi yang dia berikan kepadaku. Aku beli dengan gaji pertama aku di sebuah syarikat. Dan sebenarnya aku lagi pening dan cemas memikirkan gambar-gambar berserta video di dalam memori kad tu. Aku bimbang hal itu jatuh di tangan orang jahat. Sudahlah banyak gambar keluarga aku, kawan-kawan aku dan gambar aku sendiri. Dengan dunia sekarang yang menakutkan ditambah dengan lelaki gatal yang jual gambar terutamanya ke telegram buatkan aku takut dan begitu cemas. Terasa level anxiety aku meningkat naik.

Ya Tuhan, semoga gambar-gambar dan video di dalam telefon aku dan memori kad aku terpadam dan tidak tersebar ke mana-mana. Semoga semuanya terhapus dan rosak tanpa sempat penjahat itu melakukan apa-apa.

Gambar terakhir aku bersama telefon aku.

Kejadian berlaku pada 17 Mac 2020 jam 2 petang. Aku kembali ke pejabat setelah keluar beli nasi bungkus di bandar Kota Bharu (yang ni dahlah ada kejadian buruk yang terjadi. Tetapi aku malas untuk bercerita). Sampai tu, aku dengan kawan aku singgah ke Restoran Kak Tie Pasar Lama MPKB memandangkan kami terlupa nak bungkus air. Jadi kami decide untuk beli kat restoran sebelah office je. Sementara menunggu air siap, kawan aku tu duduk aku berdiri. Disinilah bermulanya andaian. Ada beberapa kemungkinan bagaimana fon aku tu hilang, sepertinya ;


  1. Aku meletakkan telefon aku atas meja, kerana aku nak ambil duit dalam beg untuk bayar
  2. Aku tertinggalkannya di kaunter pembayaran
  3. Aku terjatuhkannya ketika keluar dari kereta
  4. Beg aku diseluk oleh penyeluk saku ketika aku nak masuk kedai


Siap je air, aku kembali ke pejabat dan waktu ni aku mula perasan yang fon aku tiada. Tapi sebab aku ingat aku tertinggal di kereta jadi aku tak begitu kalut. Aku minta kunci kereta kawan aku tu tapi sebab dia tengah makan, jadi aku makan dulu lepas makan baru ambil. Usai makan baru aku pergi check. Tapi malangnya tiada di dalam kereta. Lalu aku langsung ke kedai makan tapi tiada juga. Masa ni jiwa aku dah berkecamuk. Fikiran dah tak berapa nak berfungsi. Cuak cemas buntu ada belaka. Oh, sebelum tu, kawan aku ada telefon aku. Yang peliknya jam aku tak dapat detect, sepatutnya kalau orang call, dia akan bergetar tapi ini tak. Jadi kemungkinan dia dah lost connection.

Bila aku kembali semula ke pejabat, aku bagitau kawan aku. Kebetulan aku ada main satu apps ni dengan seorang kawan aku lalu dia pun check kedudukan telefon aku. Masa ni pukul 2.20 petang. Nama aplikasi tersebut ialah Zenly. Check check, telefon aku dah berada jauh dari lokasi aku sekarang. Uranus 7x berada berdekatan kampung aku wehh. Dan ini yang paling mendebarkan, dia berada di dalam sebuah rumah. Rumah tu pula rumah besar macam rumah agam. Aku terus ajak kawan aku ke sana. Sampai sana, dalam 30 minit aku tunggu sambil tekan loceng dia, bagi salam tapi tiada siapa yang buka pintu. Padahal walaupun nampak seperti tiada orang, aku yakin ada orang memandangkan selipar ada banyak dan kereta pun ada.

Asalnya aku nak selesaikan tanpa campur tangan polis tapi memandangkan tiada siapa yang keluar, terpaksalah aku ke balai polis berdekatan untuk buat laporan. Kebetulan pula balai polis Kubang Kerian berada berhampiran dengan rumah tu, dalam 1km dan lebih. Aku minta tolong kawan aku tu bawa aku ke situ. Namun, kejadian di balai polis tu lagi menyakitkan hati, atau lebih tepat aku merasa menyampah dan sakit hati dengan pegawai perempuan polis yang mengambil laporan aku. Dia membebel kepada ku dan sering menegaskan yang kawasan rumah tu merupakan jagaan balai Kota Bharu. Disebabkan aku malas nak bertekak, tambahan lagi jiwa aku tengah rapuh, aku kemudiannya pergi ke Balai Polis Kota Bharu pula. Disana, sangat berbeza dengan di Kubang Kerian. Malah kalau diberi rating aku akan memberikan 10 per 10 bintang. Pegawainya ramah malah sudi melayan kes aku yang picisan ini.

Lokasi terakhir Uranus 7x

Dipendekkan cerita, aku naik bersama dengan polis dan menuju ke rumah tersebut. Sampai sana, tuan rumah bukakan pintu, lantas aku dibenarkan untuk melihat-lihat kawasan dan mencari. Malang seribu kali malang, aku tetap tak jumpa juga telefon aku tu. Meskipun lokasinya sangat tepat dan aku berada di lokasi tersebut namun tetap tidak menjumpainya. Lokasi tu pun sudah 4 jam lepas sebelum telefon aku ditutup. Jadi lokasi terkini tiada. Puas mencari aku dah macam pasrah atau sebenarnya lebih tepat fikiran aku kosong, jadi aku telefon abang aku untuk ambil aku.

Begitulah, sampai ke hari ini, telefon aku masih berada di lokasi tersebut. Apakah mungkin penjahat itu sudah membuang sim dan memori kad aku lalu formatnya. Entahlah, aku malas nak fikir. Sebab aku terlampau berfikir, apatah lagi memikirkan status memori kad tu buatkan kepala aku berat dan pusing.

Sekarang ni aku pinjam telefon nenek aku. Ni gara-gara aku kena kerja dan kerja aku banyak pakai aplikasi terkini memungkinkan aku untuk pakai telefon nenek aku. Sejujurnya harapan yang asalnya tinggi jadi menurun mendadak menjadi kosong. Aku cuma bergantung biar gambar itu tidak tersebar ke tangan-tangan jahat. Hanya doa sahaja harapan aku. Aku memang sudah tidak berharap akan dapat kembali telefon aku. Aku pun dah set kat google untuk format dan delete semua benda dalam fon aku bila ia diaktifkan. Moga-moga tiada hal yang buruk berlaku akibat kehilangan telefon aku ini. Kalau tidak murung seribu tahun aku dibuatkan.

Cuma sekarang ni, bila terkenangkan telefon itu, aku akan merasa sedih. Ada hal yang membangkitkan kenangan aku dengan telefon itu juga buat aku merasa sedih dan kecewa. Macam mana ya nak cakap, dalam aku merelakan aku masih terasa sedih. Sekian sahaja cerita aku.

You Might Also Like

2 comments

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News