Happy International Coffee Day!
5:52 PMAssalamualaikum semua!
Hari ni aku nak borak-borak santai je. Post ni aku tulis bersempena, 1 Oktober merupakan tarikh rasmi untuk Hari Kopi Sedunia. Hari Kopi Sedunia baharu saja diraikan pada 2015 dan tahun ini merupakan tahun ketiga. Persatuan Kopi Antarabangsa (Internasional Coffee Organization) telah bersepakat memutuskan untuk memeringati Hari Kopi Sedunia yang pertama pada tarikh 1 Oktober 2015 di Milan. Bermula daripada itu, semua para penggemar kopi mulai meraikannya, malah ada beberapa negara yang mengadakan ekspo kopi yang meriah dengan pelbagai acara berkaitan kopi. Salah satu negara yang aku suka bila datang topik kopi adalah negara Indonesia. Negaranya begitu meriah dengan ekspo-ekspo kopi malah kedai kopi tempatan turut berlambak di sana.
Nampak tak gambar kat atas tu? Gambar di atas merupakan koleksi cup kopi yang aku kumpul dari pelbagai kedai kopi. Aku mula mengumpul cup di pada tahun 2015 sampai sekarang. Iya, aku suka gila kopi sampaikan sekarang aku sedang belajar secara sendiri tentang jenis-jenis kopi, bagaimana nak brewkan kopi, cara buat coffee art dan lain-lain lagi tentang kopi. Gambar tu aku ambik pada tahun lepas, dan masa tu koleksi aku sebanyak 22 cups, sekarang, tahun 2017 aku rasa dah sampai 30 buah cups aku berjaya kumpul. Ada juga kedai kopi yang tidak menyediakan cups.
Gigih tak? Tapi itu tak gigih lagi kerana banyak lagi kedai kopi di Malaysia yang belum aku jelajah seperti Pulp by Papa Palheta. Salah satu faktornya, jauh, kekangan masa dan tak lupa yang kopi itu harganya mahal. Harga average untuk satu kopi adalah rm10. Jadi aku akan pergi saat aku ada duit lebih. Tapi ada juga aku pergi ketika aku tengah stress. Aku rasa, kebanyakkan kawan-kawan aku dah tahu yang aku minat kopi, dan yang lucunya ada yang menggelar aku hipster sebab aku selalu berkunjung ke kedai kopi hipster. Wahahahaha.
Aku pun tak tahu bagaimana aku boleh minat kopi. Walaupun aku nampak seperti hardcore fan of kopi, aku tidaklah sampai sehari wajib kena minum kopi atau tak boleh kalau tak minum kopi. Aku tahu yang berlebihan mengambil kaffeine itu tidak bagus untuk kesihatan. Minat aku pada kopi juga membuatkan aku turut minat teh dan juga dark chocolate. Aku rasa ini kerana kandungan yang hampir sama seperti caffeine. Pernah sekali aku bawa kawan aku ke kedai kopi, tapi ternyata mereka tidak mampu minum kopi yang pahit dan pekat. Aku tak salahkan mereka kerana setiap orang lidah lain-lain, cuma aku nak katakan kat sini yang bila aku dah selalu minum kopi, aku jadi mula merasa nikmat dan sedap minum kopi pahit. Ada yang mengatakan yang
"semakin pahit kopi itu, semakin sempurna rasanya"
Aku takkan menerangkan pada post ini mengenai jenis-jenis kopi, tapi mungkin lain kali. Kat bawah ni aku ingin berkongsi beberapa gambar yang aku ambil dengan kopi. Oh, maaf andai ada kopi yang sekali dengan makanan.
Sekian saja daripada aku! Bye!
8 comments
ni dah bukan kisah kopi jek ni.. hahahaha~ siap makanan pae bagai buat kite terliur terok..
ReplyDeleteheheh. maaf, sbb kadang2 lapar so terorder makanan skali sambil minum kopi
Deletesis paling suka cuppocino, latte ngan mocha.. 3 tu mmg favourite sepanjang masa
ReplyDeletesaya setakat ni suka black coffee atau espresso(piccolo, macchiato). lebih suka yang pahit, tpi tengok atas keadaan juga. Kalau rasa nak yang light sikit saya akan pilih antara 3 tu
DeleteWeh banyoknyo koleksi mggggg
ReplyDeleteaku pun tak sangka banyak gini. hahahhahaha
DeleteI'm a coffee lover too and like you I like to collect the coffee cup. Sometimes my dad was like 'you don't wanna throw that away?' when I bring back empty coffee cup from the coffee shop hahaha but too bad I forgot to bring back a few coffee cups from cafes in Seoul that I went last year. Maybe next time.
ReplyDeleteWahh!! great to meet someone that share the same passion.
DeleteHahahah, the same question been asked by my parents and siblings when i started collect it.
bestnya korea. Korea dahlaa banyak juga cafe kat sana. Takpe, mungkin tiada rezeki kali ini, next time boleh collect banyak2 cups kat sana.
Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen