#REVIEW Movie : Terjebak Nostalgia 2016

8:05 AM


Assalamualaikum!
Semoga hari ni diteruskan dengan semangat yang positif! Kali ini, aku secara tiba-tiba ingin mereview sebuah filem romantik yang aku tonton semalam. Kenapa cerita romantik? Kerana sudah masanya aku rehat daripada tengok cerita hantu, seram, thriller, kejam dan sewaktu dengannya. Konon pembersihan pemikiran sekejap. Wahaha. Filem kali ini bertajuk terjebak nostalgia dan berasal dari negara seberang. Pelakon utamanya adalah seorang penyanyi baru yang melonjak naik namanya, iaitu Raisa.

[Disclaimer : Review ini hanyalah pandangan aku saja. Jadi mungkin berbeza dengan pendapat korang semua.]

Tajuk Filem : Terjebak Nostalgia 2016
Tarikh Keluar : 11 Februari 2016
Genre : Drama, Romance
Pengarah : Rako Prijanto

Sinopsis :
Mengisahkan tentang gadis bernama Raisa. Di awal cerita, Raisa bertemu dengan Sora dengan suatu kejadian. Sora ini merupakan seorang pemain piano. Raisa sepertinya meminati bakat Sora dan pergi berkunjung di kedai Sora. Tapi Sora salah sangka, dengan menyangka Raisa ini pelajarnya lalu marah-marah kat Raisa sebab lambat. Pelajar sebenarnya datang kemudian, membuatkan Sora terkejut dan mengejar Raisa yang meninggalkan kedai itu. Selepas kejadian itu, Raisa dan Sora berbaik dan perhubungan mereka menjadi semakin serius.


Sora ingin melanjutkan cita-citanya ke New York. Dia berangkat ke New York sendirian dan akan berada di sana selama 3 tahun. Sepanjang Sora berada di sana, dia sentiasa berkomunikasi dengan Raisa tapi melalui cara yang klasik. Mereka berutusan surat. Disebabkan Sora ini seorang yang romantik, dia dengan gigihnya mencari mesin typewriter, kononnya untuk lebih feeling sikit time menulis dan siap sembur pewangi lagi. Perhubungan itu berjalan dengan lancar dan sungguh bahagia sekali buat dua orang itu sampailah sudah 3 tahun mereka berutusan surat. Tamat 3 tahun Sora di New York, dia akhirnya akan berangkat pulang. Sora menaiki sebuah kapal pelayaran untuk pulang. Yiba-tiba, dipertengahan jalan, kapal yang dinaiki Sora dilanda taufan ganas. Kapal itu musnah tenggelam. Ramai yang mati dan tak kurang juga ramai yang hilang. Jasad mereka yang hilang tidak ditemui dan tidak diketahui samada masih hidup atau tidak.

Raisa, dia masih berharap. Sentiasa terkenangkan kenangan dia bersama Sora. Sentiasa berdoa menantikan Sora pulang. Selama Sora hilang, Reza setia menjadi sahabat baik Raisa. Reza tahu tentang perasaan Raisa pada Sora tapi dia tidak berputus asa dalam perasaannya. Malah si Raisa juga tahu. Konfliknya terjadi apabila Raisa mendapat surat daripada Sora. Raisa ditemani Reza berangkat ke New York untuk menbongkar hal sebenarnya apakah Sora masih hidup atau itu sekadar orang yang bermain-main dengan Raisa?

Rating Imdb : 7.7/10
Rating aku sendiri : 5/10


First, jalan cerita ni bukan seperti filem 'Kau Takdirku' kerana endingnya tak diduga. (tapi aku dah dapat agak dah). Sebuah filem romantik tapi tidak mencapai expectation aku. Sedih sebab poster dia cantik malangnya jalan ceritanya biasa dan boleh diteka sikit-sikit. Iyalah, sebab dah banyak cerita macam ni. Untuk lakonan, aku rasa yang si Chicco tu je yang pandai berlakon, yang lain macam kurang sikit. Dimaafkan untuk Raisa yang baru pertama kali berlakon. Scene yang awal tu pun macam dirushkan hingga rasa missing something bila tengok. Satu yang aku suka part ayat Reza pada Raisa. Seolah mengajar kita yang, kita bisa untuk terjebak nostalgia, malah tidak harus membuangnya atau melupakannya. Nostalgia itu harus disimpan di salah satu ruang hati kita, tapi di ruang kegelapan. Dan kita jangan sesekali menyala lampu untuk ruangan itu. Biarkan saja ia dalam kegelapan.


Filem ni tiadalah teruk sangat cuma tak capai apa yang aku harapkan je. Buat mereka yang suka filem romantik bolehlah tengok cerita ni. Ostnya best sebab Raisa sendiri yang nyanyi.

Sekian saja daripada aku.

You Might Also Like

0 comments

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News