#INKTOBER2017

9:30 PM


Assalamualaikum, semua!
Alhamdulillah, sudah seminggu kita berada di dalam bulan Oktober ini. Cepat masa berlalu, seperti semalam masih september. Bercakap pasal bulan Oktober ni, ada sesuatu yang menarik yang berlaku dalam bulan ini. Aku tak pasti kalian pernah dengar ke tak tapi hal ini begitu menarik bagi aku. Apakah ia? Ia ialah INKTOBER!! Buat mereka yang pertama kali dengar, meh aku terangkan.

Apa itu INKTOBER?

Inktober ini dicetuskan oleh seorang artis seni bernama Jake Parker pada tahun 2009. Idea ini tercetus sebagai cabaran dirinya bagi meningkatkan lagi seni lukisannya. Inktober bermaksud seorang artis seni akan melakukan satu lukisan berdakwat pada setiap hari sepanjang bulan oktober. Tak kisah dakwat apa, atau seni apa yang dihasilkan.

Usaha ini makin meluas apabila ramai artis seni menyahut cabaran INKTOBER ini. Pelbagai jenis seni dihasilkan oleh artis dari pelbagai bidang dan latar belakang. Jake Parker juga berperanan memberikan 'prompt list' yang boleh digunakan sebagai tema seni. Contohnya untuk tahun 2017, ada di bawah


Syarat Menyertai Inktober

Senang saja syaratnya.

1. Hasilkan sebuah lukisan/seni tapi dalam berdakwat. (boleh juga gunakan pensil sekiranya anda inginkan)

2. Postkan ia di laman sosial atau online

3. Pakai hashtag #inktober dan #inktober2017 di setiap post anda

4. Ulang langkah di atas setiap hari

Itu saja! Sekarang, ambil pen, pensil, berus atau apa saja peralatan anda, dan mula hasilkan seni yang indah.


Note: you can do it daily, or go the half-marathon route and post every other day, or just do the 5K and post once a week. What ever you decide, just be consistent with it. INKtober is about growing and improving and forming positive habits, so the more you’re consistent the better.

Menarik bukan Inktober ini? Macam saya, baru tahun ini dapat menyertainya secara berkala. Cuma tidak post online sebab segan. Saya hasilkan seni tulisan kaligrafi kerana sejak setahun dua ini amat meminati seni tersebut. Ini juga gara-gara saya tidak pandai melukis. Dibawah merupakan hasil Inktober challenge saya. Tidaklah berapa cantik tapi ia kan suatu praktis untuk meningkatkan lagi diri kita?

Practice makes perfect!

Hari pertama sampai hari kelima







Mungkin kita boleh create Blogtober untuk para blogger?hahahahha
Sekian saja daripada aku!



Official website Inktober :
1. http://inktober.com/
2. http://mrjakeparker.com/inktober

You Might Also Like

7 comments

  1. Kalau saya INKTOBER ni nak pastikan blog ada ink je,ada update selama sebulan..hehe

    ReplyDelete
  2. wow boleh kumpul koleksi, kalau aku buat hmmm entah ape jadinyaaa, haha

    ReplyDelete
  3. post ni sebenarnya aku plan nak post pada 7 okt tapi terlupa nak setting, jadi trpost awal

    ReplyDelete
  4. satu idea yg menarik. tp abe kie x reti melukis.

    ReplyDelete
  5. wow menarinya inkoctober... baru tahu rupanya, mmg dah tua ni akak dah tak de dea nak berink ni... keke

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News