JARANG POST?!!!??

10:30 AM

Kredit

Assalamualaikum!

2 minggu lepas, aku ada menghantar resume aku kepada beberapa buah syarikat yang mengiklankan jawatan kosong.  Jawatan yang aku minta tidak lain tidak bukan tentulah grafik designer kerana ia bersesuaian dengan kemahiran aku dan juga ijazah aku. Tapi semasa aku mohon, aku tidaklah mengharap sangat memandang persaingan sengit di bidang ini tambah sebelum ini aku pernah gagal.

Tiba-tiba minggu lepas aku mendapat panggilan telefon daripada salah satu syarikat yang aku minta. Esokkannya aku kena pergi ke syarikat itu untuk temuduga. Berdebar dan cemas juga aku dibuatnya. Paling aku bimbang kalau-kalau diberi tugas dan perlu disiapkan mengikut masa yang ditetapkan.

Syarikat itu merupakan sebuah syarikat pencetakan dan terletak di Bangi. Bagi aku okaylah tu sebab dekat dengan rumah aku. Kalau yang sebelum ni di Puchong Kinrara, nak pergi sana memang lalu tol. Mak aku pun macam tak berapa nak izinkan kalau aku kerja jauh-jauh. Jadi aku fikir kalau Bangi ini tiadalah mak aku nak risau dan minyak pun tak adalah banyak sangat guna.

Masa temuduga tu, Alhamdulillah, dia tak bagi apa-apa task cuma dia bertanya soalan-soalan penting dan juga menerangkan serba sikit apa yang perlu. Tup tup, terus dia suruh masuk kerja pada 23 Oktober ni. Terkejut bukan kepalang aku. Iyalah sebab tidak disangka yang aku akan dapat.

Walaupun begitu, aku kena berikan yang terbaik supaya aku dapat mencapai tahap yang dikehendaki oleh syarikat itu. Ada tempoh percubaannya selama 3 hingga 6 bulan. Waktu bekerja pula Isnin sampai Sabtu, pukul 9 hingga 5.30 petang. Manakala sabtu separuh hari iaitu 9 hingga 2 petang. Cuak juga sebab sabtu kena kerja tapi tak apa lah. Selagi Tuhan beriku rezeki, akan diusahakan sebaik mungkin.

Oleh disebabkan itu, aku mungkin akan jarang kemas kini blog dengan post-post baru. Kalau sempat aku akan publish post baru tapi kalau tidak, mungkin lain kali. Blogwalking pun mungkin juga sukar memandangkan syarikat itu akan sibuk pada akhir tahun.

Doakan aku ya teman-teman semoga dipermudahkan urusan kerja aku.

Harap aku dapat sesuaikan diri dengan suasana kerja ini

You Might Also Like

11 comments

  1. singgah sini, alhamdulillah tahniah dik.. kerja elok2.. dah dekat dengan rumah tu kira syukur

    ReplyDelete
  2. Tahniah dpt kerja.. do the best.. bukan senang nk dpt keje skrg ni..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..tahniah najah!gee rindu gila zaman bekerjaya..now bekerja kat rumah aje...huhu

    ReplyDelete
  4. tahniah kak dapat kerja tu..kerja elok2 ya

    ReplyDelete
  5. semoga dipermudahkan urusan najah ya

    ReplyDelete
  6. ya allah, alhamdulillah tahniah najah. ye betul, rezeki Allah sentiasa ada untuk hamba yang bersyukur :) moga dipermudahkan ye!

    ReplyDelete
  7. wow... tahniah, bukan mudah nak dapat kerja macam tu.. tentu ada kelebihan dalam diri tuan blog nih...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah . Tahniah najah! All the best

    ReplyDelete
  9. tahniah najah. moga terus sukses ye kat ofis.
    yes. bila bekerja payah nak update blog. blogging nak kena tumpu dan perlukan masa.

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..rezeki najah.Selamat memasuki alam pekerjaan ye dik

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News