Happy Birthday, NAJAH !

10:24 AM


Bismillah,
Assalamualaikum.

24 April 1995 Jam 0045 

Alkisahnya dahulu kala, telah lahir seorang bayi perempuan yang kononnya masa scan dikatakan sebagai bayi lelaki. Maka, si ibu dan bapa mula berfikir nama untuk bayi perempuan yang "teramatlah comel nie". Satu cadangan diusulkan iaitu Najat Nabilah. Kemudiannya disepakati untuk bayi perempuan itu diletakkan nama dengan nama WAN NUR NAJAH NABILAH BINTI WAN MUSTAPA..

*****
Bayi yang comel itu membesar dengan sihat dan aktif sekali. *sebenarnya nakal*
Mendapat didikan agama langsung dari ayah dan nenek sejak kecil. Diajar untuk menyebut dengan fasih makhraj huruf alquran. Malangnya sampai di huruf 'Ra' atau 'R' dia lari. Bagi budak kecil itu, susah untuk berlatih huruf itu. Dia tidak suka. Akibat tindakan pengecutnya, budak kecil itu telah pelat huruf itu sampai ke besar.

*****
Kini budak kecil pelat itu sudah besar. Sudah menjangkau usia 19 tahun. Sudah tahu matlamat hidupnya. Sudah faham serba sedikit perjuangan hidupnya. Sudah mulai berjalan laju laju menuju Rabb-nya. Dirinya juga sudah merasa sedikit demi sedikit masam manis pahit masin kehidupan ini. Berjumpa dengan suku dari keseluruh manusia di dunyaa ini.

*****
Dan hari nie budak pelat itu telah berada di menari gading. Universiti Tenaga Nasional, Kajang. Berada di medan da'wah yang sebenarnya. *skop yang masih terhad*
Budak itu masih lagi di tahap mentah meski banyak yang dilaluinya. Mentah dalam perjuangan. Masih mencari cari ilmu untuk diperkasakan. Dari satu sumber ke satu sumber yang lain.

*****
Jazakallahu khairan kathira.
Syukran ya sahabati.
Jutaan Terima Kasih.
Thanks A Lot.
Gomawo.
Danke.
धन्यवाद
תודה
谢谢
teşekkür ederim
σας ευχαριστώ

Kepada sahabiah yang sanggup memberi kejutan kepada saya. Berkongsi rezeki dengan saya. Memberi hadiah kasih sayang kepada saya. Menyalurkan cinta pada hadiah yang saya idamkan. T..T 
Sungguh, saya rasa nak nanges dan terharu. Moga Allah membalas semua itu sorga untuk kalian.
Dan tak lupa jugak pada yang nyanyi dan wish birthday untuk saya. Sebak dan terharu bila kalian mengingatinya. Sejujurnya, ulang tahun kelahiran ini memberi beribu makna.
Sayang kalian kerna-Nya.
Bertemu bahagia, berpisah x gelisah



*****
Kak Hidayah

Kak tie

Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada kembarku yang berjaya mencipta pertemuan dengan ku. Selamat menjalani sisa baki kehidupan ini. Hari ini tidak lain tidak bukan memberi amaran tentang kematian kita yang makin hampir. Menyedarkan kita akan kehidupan yang berlalu apakah bermanfaat atau sia sia saja? Apa yang dilakukan selama ini. Semoga kita terus berhati hati dan alert.

*****
Sekian.
Semoga Allah merahmatimu

Encik Google pun wish gak.. kehkeh 

You Might Also Like

0 comments

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News