#REVIEW Movie : Kartini 2017
1:30 PMAssalamualaikum dan hi korang!
Aku kembali lagi dalam mengulas filem setelah beberapa minggu tak ulas (eh, yeke?). Bulan ni rasanya banyak juga filem yang aku tonton, daripada filem bersejarah hingga ke filem romantik, dari Indonesia hinggalah ke US. Hahahaha. Okay, untuk kali ini aku mula dengan filem yang berlatarkan masa zaman-zaman dahulu (1900's). Filem ini merupakan sebuah kisah benar yang terjadi pada zaman sebelum merdeka di Indonesia. Malah setiap kali tibanya 21 April, rakyat Indonesia akan meraikan hari tersebut demi memperingati perjuangan dan pengorbanan yang dilakukan oleh Raden Ajeng Kartini. Hari tersebut dinamakan Hari Kartini dan ia juga bersempena tarikh lahir Kartini. Kartini ini dikenali sebagai pelopor kebangkitan wanita pribumi di Indonesia. Iyalah, ketika itu, zaman dimana wanita ditindas dan tidak diperlakukan dengan adil. Wanita diumpamakan lembu yang dicucuk hidungnya yang harus mengikut segala telunjuk adat, yang berkuasa dan lelaki. Tak mahu bercerita lebih, jadi marilah kita mulakan review filem ini.
[Disclaimer : Review ini hanyalah pandangan aku saja. Jadi mungkin berbeza dengan pendapat korang semua.]
Tajuk Filem : Kartini 2017
Tarikh Keluar : 19 April 2017
Genre : Biography, Drama, Family
Pengarah : Hanung Bramantyo
Sinopsis :
Menceritakan tentang kisah perjuangan Kartini atau Raden Ajeng Kartini yang melawan takdir dan tradisi keluarga. Kartini membesar dan menyaksikan sendiri bagaimana ibu kandungnya, Ngasira menjadi orang buangan di rumahnya sendiri malah turut dianggap sebagai pembantu rumah kerana ibunya tidak memiliki darah ningrat (Ningrat itu bermaksud golongan orang-orang mulia/bangsawan/borjuis atau dalam erti kata lain merupakan suatu gelaran yang diberikan kepada seseorang atau golongan tertentu yang merupakan pewaris takhta kerajaan di Jawa).
Ayahnya, Raden Mas Aryo Sosroningrat sangat menyayangi dan mencintai Kartini tapi apakan daya, keluarganya juga tidak mampu melawan adat tradisi yang bertapak kuat pada zaman itu. Kartini harus mematuhi segala adat tanpa sebarang bantahan meskipun adat itu menurutnya tidak adil. Pada suatu hari, ketika Kartini dalam tempoh pingitan (tempoh sebelum disunting dan bakal menjadi Raden Ayu), abangnya Raden Mas Panji Sosrokartono memberikan inspirasi kepada Kartini dengan mengatakan selama masih ada buku, maka tidak ada yang bisa memenjarakan fikiran dan imaginasi Kartini. Hasil daripada itu, Kartini tidak putus asa dan menyerah begitu saja. Sepanjang hidupnya, Kartini memperjuangkan kesamarataan hak bagi semua orang, tanpa mempedulikan golongan bangsawan mahupun bawahan terutama dalam hak pendidikan untuk semua kaum perempuan.
Kartini bersama kedua adik perempuannya, Roekmini dan Kardinah juga turut sama berjuang menjadi wanita yang sanggup menentukan masa depan mereka sendiri, sesuai dengan kehendak hati mereka. Mereka bercita-cita untuk mendirikan sekolah buat kaum miskin dan mencipta lapangan kerja untuk rakyat Jepara dan sekitarnya. Kartini juga sering berutusan surat dengan rakan Eropahnya malah menulis beberapa artikel yang bagus.
Namun, untuk melawan tradisi dan adat keluarga bukanlah suatu hal yang mudah untuk dilakukan kerana dia harus menghadapi pelbagai rintangan bermula dari tradisi pingitan dari kaum ningrat serta pemikiran kolot ahli keluarganya yang lain.
Rating Imdb : 7.8/10
Rating aku sendiri : 8/10
Bagi aku pengarah berjaya membawakan cerita ini dengan baik dan menjadikan ia sebuah filem sejarah yang seronok ditonton. Tidak bosan dan mengantuk kala menontonnya. Ditambah pula dengan lakonan para pelakon yang mantap turut menghidupkan lagi penceritaan filem ini untuk jadi lebih menarik. Ia sepertinya sesuai ditonton buat jiwa anak sekarang. Sinematografinya, tona warna serta sudut tangkap boleh dikatakan baik dan bagus kerana berjaya menghadirkan suasana zaman 1900 dan zaman dulu-dulu saat menonton filem ini. Secara keseluruhan, bahagian teknikal dan editing yang baik dan pas untuk filem-filem bersejarah gini.
Dari segi penceritaan atau jalan cerita, aku rasa macam tak puas ditambah dengan pengakhirannya seperti tergantung. Benar ini filem sejarah jadi tidak boleh diubah-ubah tapi sepertinya filem ini sesuai untuk mereka yang ingin mengenali Kartini dan apa perjuangannya. Ini kerana filem ini tidak memaparkan secara mendalam surat-surat Kartini dan tindakan-tindakannya. Filem ini banyak langkau dan hanya berceritakan yang penting sahaja. Mungkin, seperti yang aku katakan tadi, ia cocok dan sesuai untuk mereka yang tak kenal siapa Kartini itu lalu ingin mengenalinya. Kalau inginkan lebih lanjut tentang perjuangan Kartini mungkin boleh menonton filem yang lain atau baca biografinya. Kartini ni boleh dikatakan feminist ketika itu tapi perjuangan dia juga tidak melebihi hukum agama kerana dia ada merujuk dengan ulama pada zamannya.
Buat mereka yang sukakan sejarah, bolehlah menonton filem Kartini ini. Untuk yang tak tahu siapa tu Kartini pun boleh juga menontonnya. Seronok malah kita juga kadang-kadang turut geram dengan adat zaman itu. Rasa macam bersatu dengan Kartini dan marah je semua orang yang kolot. Hahaha. Gurau ja.
Sekian saja ulasan aku, sehingga ketemu lagi dilain post. Selamat menonton!
2 comments
menarik cerita ni najah nanti email akak untuk tengok filem2 indo ya...
ReplyDeletemenarik juga tengok cerita macam ni sesekali kan
ReplyDeleteThanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen