#REVIEW Movie : Air Mata Fatimah 2015

2:00 PM


Assalamualaikum dan hi korang!

Filem yang akan aku ulas di post kali ini merupakan sebuah filem daripada Indonesia yang mana berlatarkan masa zaman dahulu. Penceritaan dalam filem ini sebenarnya hasil imbas kembali watak di masa depan kepada cerita zaman silam. Ia sebuah filem yang menginspirasikan kita dengan jalan ceritanya. Kenapa aku kata menginspirasi, cuba tengok ayat ini
"Ketika sebuah perjuangan cinta dengan sang pencipta, hanya ketabahan dan keikhlasan yang bisa memperjuangkannya"
Mendalam bukan? Oleh itu, tanpa membuang masa, aku akan ceritakan sedikit sinopsisnya dan juga berikan ulasan aku setelah menonton filem ini.

[Disclaimer : Review ini hanyalah pandangan aku saja. Jadi mungkin berbeza dengan pendapat korang semua.]

Tajuk Filem : Air Mata Fatimah 2015
Tarikh Keluar : 1 Oktober 2015
Genre : Drama, Religion
Pengarah : Oka Mahadi, Bayu Pamungkas

Sinopsis :

Filem ini berkisarkan tentang Hamda, seorang janda yang ditinggalkan suaminya, menjalani kehidupan seharian bersama seorang anak perempuan tunggalnya bernama Fatimah. Ketika kecil lagi Fatimah menyaksikan kehidupan dia dan ibunya yang tersisih daripada penduduk kampung yang lain. Malah ketika Fatimah cuba bergaul dengan kanak-kanak yang lain (ketika berumur 9 tahun), Fatimah dibuli dan dihina. Hal ini berpunca daripada Hamda yang merupakan seorang pelacur. Penduduk kampung kononnya tidak ingin bergaul dengan orang yang hina seperti pelacur. Disebabkan itu, Hamda dan Fatimah menderita zahir dan batin serta sering dicemuh dan mendapat tekanan daripada penduduk tersebut. Fatimah dan Hamda tinggal di sebuah rumah yang jauh dari penduduk kampung iaitu di atas bukit.


Masa kian berlalu dan Fatimah mula meningkat remaja. Di sepanjang itu Fatimah mengidamkan dapat belajar seperti yang lain dan dapat menjalani kehidupan seperti anak gadis kampungnya yang lain. Fatimah mula mengajukan permintaannya kepada ibunya. Dia teringin sekali untuk memiliki Al-quran dan seperangkat alat solat. Hamda jadi serba salah atas permintaan itu. Iyalah, siapa yang ingin menjual barangan itu kepada pelacur sepertinya. Tiada yang menginginkan wang haram daripadanya.
Namun, dia menguatkan juga hatinya untuk anaknya itu. Hamda dan Fatimah masuk ke pasar untuk membeli barangan itu. Ketika perjalanannya di pasar menuju ke kedai yang memjual peralatan itu, mereka dicemuh dan dibaling makanan oleh penduduk kampung itu. Bagi penduduk, mereka terlalu hina dan penuh dengan najis. Tidak cukup dengan itu, mereka tidak berjaya membeli barangan yang diinginkan kerana penjual tidak ingin menjualnya malah dicaci dan dihalau pergi.


Di kampung itu juga, ada seorang ustaz yang disegani dan dipandang tinggi oleh penduduk kampung, bernama ustaz Ali Daud. Ustaz Ali ada seorang anak lelaki, Ichsanudin yang sering membela Fatimah dan menolongnya saat Fatimah dibuli. Dia juga sempat menyaksikan kejadian Fatimah yang dihalau bersama ibunya lantas membantu membeli barangan itu. Ichsanudin lalu membawa barangan itu ke rumah Fatimah disamping turut membantu mengajarkan Fatimah tentang agama. Malang tidak berbau apabila Harunsyah, bekas suami Hamda, memanfaatkan usaha murni itu dengan menyebarkan berita yang bukan-bukan. Dia juga berusaha menghasut penduduk kampung untuk percaya bahawa Ustaz Ali dan anaknya ada hubungan intim terhadap Hamda dan Fatimah. Lalu apa terjadi selepas itu? Kalau nak tahu, tonton sendiri lah filem ini.


Rating aku sendiri : 7/10 

Filem ini pada awalnya bosan (lagi-lagi dengan pelakon yang aku tak kenal langsung) tapi mula menarik pada saat ia mula imbas kembali untuk menceritakan cerita Fatimah. Jalan ceritanya bagi aku menarik dan berjaya juga memancing minat aku untuk menonton sampai habis. Malah, adik-adik aku dan mak juga ralit tengok filem ini. Plotnya yang menyayat hati ditambah dengan pemikiran kolot zaman dahulu membuatkan kita turut terkesan dan merasa sedih dengan penderitaan watak utama dalam filem ini. Pelakonnya, walaupun aku tak kenal dan tak pernah tengok mereka berlakon, berjaya membawakan watak tersebut dengan baik hinggakan kita terbawa bersama untuk menghayati watak-watak itu. Sinematografinya baik dan tona warna diedit dengan baik untuk menampakkan masa itu di zaman dahulu.

Begitu menginspirasikan dan membuka mata kita di zaman sekarang. Betapa pentingnya ilmu pengetahuan dan betapa dahsyatnya fitnah hingga boleh membunuh. Semoga kita dapat mengambil pengajaran dan nilai murni daripada filem ini bukan sekadar menontonnya untuk menghiburkan hati.
Bagi aku, ia sebuah filem yang bajetnya tidak sebesar filem-filem lain malah tidak terkenal seperti filem yang lain tapi ia berjaya membawakan sebuah cerita yang bagus dan bermutu. Jadi, kalian digalakkan oleh aku untuk menontonnya. Sejam setengah je durasi filem ni.

Sekian saja daripada aku, bye!

You Might Also Like

3 comments

  1. Fitnah.. menghancurkan segala-galanya.

    Review yang bagus. semoga ada kesempatan nak tengok :)

    ReplyDelete
  2. menarik juga cerita ni....tq infonya

    ReplyDelete
  3. Selalunya movie2 macam ni dari negara jiran hebat-hebat belaka.

    http://hanysapek.blogspot.my/

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2018 Reading Challenge

2018 Reading Challenge
Najah has read 0 books toward their goal of 24 books.
hide

Broaden News




#BPT