#REVIEW Movie : The Library 2013

8:00 AM


Assalamualaikum dan hi korang!

Tiba-tiba aku teringatkan sebuah filem pendek yang pernah aku tonton beberapa tahun yang lalu. Bagaimana ini boleh terlintas? Semuanya gara-gara twithandle BookendsMY yang menimbulkan nostalgia filem ini. Bagi anda yang menggemari filem bergenre romantis dan seorang pembaca buku, pasti akan menyukai filem yang berdurasi selama 30 minit ini. Yang penting, filem ini boleh ditonton secara percuma di youtube. [LINK DISINI]

[Disclaimer : Review ini hanyalah pandangan aku saja. Jadi mungkin berbeza dengan pendapat korang semua.]

Tajuk Filem : The Library 2013
Tarikh Keluar : 29 Ogos 2013
Genre : Romance, Comedy
Pengarah : Nattawut Poonpiriya

Sinopsis :
Filem ini berkisarkan tentang Jim dan Ann. Jim merupakan seorang ahli bagi sebuah perpustakaan manakala Ann pula pustakawan yang bertugas di perpustakaan tersebut. Jim telah jatuh cinta kepada Ann tetapi tidak dapat meluahkan rasa itu. Semua itu kerana peraturan perpustakaan yang menyuruh untuk Diam yang mana Jim tidak dapat berbicara sepatahpun dengan Ann. Disebabkan itu, Jim menulis perasaannya untuk Ann dan diselitkan di setiap buku yang dia pinjam. Malangnya, Ann tidak pernah mengetahui akan hal itu sehinggalah suatu hari, dia secara tidak sengaja terjumpa mesej-mesej cinta daripada Jim. Namun semuanya telah terlambat apabila Jim tidak memunculkan diri di perpustakaan itu untuk sekian lama.


Rating aku sendiri : 8/10

Filem pendek ini bagi aku sangat menarik dan berbaloi untuk ditonton. Endingnya bittersweet dan luar jangkaan sikit yang mana itu merupakan salah satu sebab kenapa anda perlu tonton. Penyusunan cerita dan plotnya baik juga untuk sebuah filem pendek. Kita dapat menghayati dengan baik dan menikmati setiap alur ceritanya tanpa bantuan orang sebelah (orang sebelah ini selalunya jadi tempat pertanyaan kita setiap kali kita menonton cerita. Tapi itu hanya ada jika menonton berdua atau lebih)
Dari segi teknikal pula, aku rasa ia berjaya dihasilkan dengan baik dan cemerlang. Meskipun ia cuma filem pendek tapi nampak seperti sebuah filem yang ditayangkan di pawagam. Sinematografinya cantik dengan tona warna yang diedit baik menyerlahkan feels cerita ini. Pelakon juga berjaya membawa watak dengan baik dan membuatkan kita merasai setiap emosi yang ditonjolkan dalam cerita.

Akhir kata, ia sebuah filem yang menarik dan menghiburkan untuk ditonton. Cinta yang tidak cringe, tapi sebaliknya comel dan matang. Cuma aku kecewa banyak dengan endingnya. Kenapa harus begitu?!

You Might Also Like

1 comments

  1. Bila mana ada ayat tanda soal pasal ending. Mula la rasa berbelah bahgi nak tgk haha. Sebab selalunya memang kurang gemar kalau ending tu menyedihkan dan fail. HAHA.

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News