#REVIEW Anime : Sailor Moon Series

12:00 PM


Assalamualaikum dan hi semua!

Sejak akhir-akhir ni, tak tahu apa yang merasuk aku, aku lagi asyik [baca:seronok] menonton anime-anime samada yang lama mahupun yang baru. Susah juga bila melekat ni sebab asyik nak tahu je kisah selanjutnya sampai sanggup tonton berpuluh-puluh episod. Aku selalunya jarang dan malas nak tengok apa-apa filem, anime, movie atau apalah yang bersambung-sambung dan berepisod ni kerana menurut aku benda ni membuang masa dan akan mengambil masa aku dengan banyak. Tapi sekali terjebak, ya ampun susah benar nak berhenti. Memang akan tengok sampai habis dan akan berhenti bila dah tiada lagi benda berepisod yang menarik untuk ditonton. Contoh macam sekarang selepas terjebak dengan sailor moon, aku sambung tengok black (k-drama), lepas tu attack on titans. Harap aku dapat berhenti. Bimbang terlalu ralit. Huhu.

Okay, alang-alang dah banyak aku tengok, aku nak review satu siri anime yang sedang aku tengok sekarang. Anime ni dah lama, terkenal dan popular zaman aku kanak-kanak. Bila aku tonton balik ni, terkejut juga aku sebab banyak gila episod dia dan siri dia. Tajuk anime ni Sailor Moon. Bermula pada tahun 1992 dan tamat pada 1997, dua tahun selepas aku lahir, Sailor Moon berjaya menghasilkan sejumlah 200 episod dan 5 siri. Banyak tu 200 episod, memang jenuh nak tonton semua. Aku berjaya menonton sampai 127 episod dulu sebelum bakal menyambung bakinya di kemudian hari.


Sailor Moon ini secara keseluruhannya berkisarkan tentang Tsukino Usagi yang terpilih menjadi Sailor Moon dan juga tanpa dia sedar dia merupakan kelahiran semula Princess Serenity iaitu Puteri Bulan. Ada beberapa orang rakannya yang lain seperti Rei, Mako, Minako, dan Ami yang juga merupakan Sailor Soldiers (Sailor Mars, Sailor Jupiter, Sailor Venus, Sailor Mercury). Mereka berlima ini ditugaskan menjaga kesejahteraan Bumi daripada kuasa-kuasa jahat. Disamping itu, Sailor Soldiers ini turut dibantu dengan dua ekor kucing (berwarna putih dan hitam; ada tanda bulan sabit di dahi), Luna dan Artemis serta Mamoru, Tuxedo Mask dalam menjayakan misi ini. Tapi tidak cukup dengan itu, di kemudian harinya, muncul beberapa soldiers yang lain seperti Sailor Pluto, Sailor Neptune, Sailor Uranus, Sailor Saturn dan Sailor Chibi Moon yang sama-sama membantu menjaga keselamatan Bumi daripada penjahat lagi besar.


Itu secara keseluruhan ceritanya tapi jika ingin tahu lebih lanjut boleh klik DISINI. Letih juga untuk cerita lebih lanjut. Jadi klik saja link tu kerana disitu ada diceritakan secara lengkap setiap musim. Jalan ceritanya bagi aku menarik meski ada beberapa yang akan membuatkan kita tertekan menontonnya. Well, inikan anime 90-an, apalah yang nak diharapkan sangat. Cukup saja dengan elemen yang menghiburkan kita dan zaman kanak-kanak kita.

Sailor Moon (1992–1993), 46 Episod

Sailor Moon R (1993–1994), 43 Episod

Sailor Moon S (1994–1995), 38 Episod

Sailor Moon SuperS (1995–1996), 39 Episod

Sailor Moon Sailor Stars (1996–1997), 34 Episod

Sailor Moon Crystal (Remake, 2014)

Izinkan aku untuk juga menceritakan serba sedikit tentang karakter untuk watak-watak utama dalam Sailor Moon. Untuk makluman kalian, Sailor Moon dan 4 yang lain berumur 14 tahun pada musim pertama, manakala Mamaru pula berada di Kolej. Yang lain tu pula berada di high school.

Usagi Tsukino - Sailor Moon & Princess Serenity
Seorang remaja yang ceria dan menghiburkan. Tetapi dia juga seorang yang cuai serta tidak berapa berkebolehan dalam pembelajaran. Sebab itu, dia sering lambat ke sekolah dan juga selalu mendapat tempat terbawah dalam keputusan peperiksaannya. Usagi boleh dikatakan nadi dalam persahabatan mereka. Ini kerana dia terlihat berhati mulia dan sering memulakan persahabatan antara dia dan yang lain. Usagi juga seorang yang positif dan kadang-kadang tidak berfikir jauh. Dia sering terburu-buru membuat keputusan dan tindakan. Walaupun begitu ada baiknya juga cuma harus dibimbing je.

Ami Mizuno - Sailor Mercury
Seorang yang pendiam tapi bijak yang teramat. Dia antara pelajar terbijak di Jepun. Hobinya hanya membaca dan belajar. Namun, sejak berkawan dengan Usagi, dia mula pandai bergaul. Seorang yang bijak juga dalam teknologi, dan sering menjadi otak dalam persahabatan mereka. Ami bercita-cita menjadi doktor untuk ikut jejak langkah ibunya. Baik dan selalu rasional bagi jawapan dalam setiap tindakan mereka.

Rei Hino - Sailor Mars
Seorang yang tegas dan fokus dalam apa yang dilakukan. Mempunyai sixth sense untuk mengesan kuasa-kuasa jahat. Rei ni boleh dikatakan panas baran dan seorang yang serius. Selalu bergaduh dengan Usagi walaupun sebenarnya dia lebih kurang je perangai dengan Usagi. Memiliki suara yang lunak.

Makoto Kino - Sailor Jupiter
Seorang yang tinggi dan pandai bertarung. Kuat. Dia juga pandai memasak. Perangai dia ada persamaan sikit dengan Usagi. Lagi-lagi soal percintaan.

Minako Aino - Sailor Venus
Seorang yang elegan dan bergaya. Dia juga pandai bertarung. Minako ini boleh dikatakan seorang yang berbakat dan retis dalam kumpulan mereka.

Mamoru Chiba - Tuxedo Mask
Seorang yang matang dan juga bijak. Sering menolong Sailor Moon ketika bertarung. Selalu kelihatan cool dan macho. Boleh dikatakan pujaan gadis.

Setsuna Meioh - Sailor Pluto
Seorang yang misteri. Patuh pada perintah. Dia juga sering menolong Sailor Moon. Rapat dengan chibi-usa. Setsuna ni hidup dalam kesunyian dan sendiri. Lebih matang dari Sailor Moon dan kawan-kawannya

Haruka Tenoh - Sailor Uranus
Seorang yang cantik, bergaya dan elegen. Nampak matang dan berfikiran rasional dan jauh. Pandai bertarung. Tangkas dan kuat. Suka menunggang motor. Haruka ni berpakaian seperti lelaki. Tegas dalam membuat keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan hal-hal remeh

Michiru Kaioh - Sailor Neptune
Seorang yang cantik, bergaya dan juga elegen. Pandai bermain piano dan nampak matang. Sama seperti Haruka tapi dia berpakaian keperempuanan dan menjadi kegilaan ramai. Rapat dengan Haruka. Pandai juga bertarung.

Hotaru Tomoe - Sailor Saturn
Seorang yang manis tapi hidup sendirian. Berkawan baik dengan chibi-usa.

Chibiusa - Sailor Chibi Moon
Anak Usagi dari masa hadapan. Lebih matang sikit daripada Usagi dan perangainya selalu menjengkelkan Usagi. Dia sering bergaduh dengan Usagi walaupun untuk hal-hal remeh. Mudah menangis. Perangai lebih kurang je dengan Usagi.

Kadang-kadang kesian juga kat Usagi sebab ramai yang sering memperlekehkannya dan memandang rendah pada dia. Tapi dia tetap juga meneruskan hidup dan menghiburkan orang lain. Semangat positifnya begitu mengagumkan. Kadang aku rasa sebab semangat dia itulah yang merapatkan persahabatan dia dengan orang lain. Walaupun kawan-kawannya sering mengusik dia, tapi mereka sebenarnya sayang pada Usagi. Malah persahabatan mereka sangat kuat dan indah. Sebabkan itu juga, aku tertarik dan sanggup menonton anime ni sampai habis. Iya, walaupun ada juga aku geram dan sakit hati tengok mereka yang meremehkan Usagi. (Aku pada asalnya tak suka Usagi sebab dia crybaby, tapi lama-lama tu suka pula dengan dia sebab ketabahan dia. Cuma aku lebih suka Haruka dan Ami. Yang ni memang sejak kecil lagi suka). Maaf kalau posting ni panjang. Ini kiranya sebagai perhargaan dan luahan rasa minat aku kepada anime Sailor Moon. Mungkin siapa yang minat anime tu akan rasa perasaan sebegini.


Untuk sarankan kalian tonton anime ni, memanglah tidak sebab banyak kot episodnya, jadi salah satu caranya, aku kongsikan cerita tu kat sini. Supaya kalian sedikit sebanyak tahu tentang Sailor Moon tanpa perlu menonton 200 episodnya. Kalau ada yang nak tonton tu, aku tak larang tapi harap tanggung sendiri berapa banyak masa yang akan habis demi menonton 200 episod. hehe

[notakaki : Sailor Moon Crystal lebih kurang je jalan ceritanya cuma kononnya dipercantikan sikit wataknya. Tapi menurut aku, aku lebih suka yang asal kerana lebih cantik dan asli. Rei lagi cantik dalam yang original berbanding crystal.]

You Might Also Like

6 comments

  1. Wah, akak ada geng la.. Akak memang suka pada anime nie, nama jurnal akak pun diinspirasi dari anime nie.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronoknyaa ada geng! ingatkan dah tak der yang minat anime ni:)

      Delete
  2. Salam singgah lagi

    Jom join GA saya,

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/11/give-away-hadiah-misteri-dari-astraveler.html

    ReplyDelete
  3. nilah anime masa zaman kecik2 dulu-dulu.legend cartoon ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann!!! tapi masa2 kecik2 dulu saya tak berapa faham pun cerita dia

      Delete
  4. omg!!! this is my forever favorite anime no kidding. been watching this since i was a kid.

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2020 Reading Challenge

2020 Reading Challenge
Najah has read 5 books toward her goal of 50 books.
hide

Broaden News