#REVIEW Movie : Adiwiraku 2017

8:54 PM


Assalamualaikum!
Bersempena dengan Anugerah Filem Festival Malaysia yang berlangsung pada 23 September 2017, aku tiba-tiba terfikir untuk review filem-filem yang telah memenangi anugerah. Filem kali ini bertajuk Adiwiraku, filem yang menang Anugerah Filem Terbaik FFM29.

[Disclaimer : Review ini hanyalah pandangan aku saja. Jadi mungkin berbeza dengan pendapat korang semua.]

Tajuk Filem : Adiwiraku 2017
Tarikh Keluar : 9 Mac 2017
Genre : Drama
Pengarah : Eric Ong

Sinopsis:
Filem ini merupakan sebuah filem yang dipetik dari kisah benar. Mengisahkan tentang 35 orang murid sebuah sekolah kampung dalam menyertai pertandingan choral speaking peringkat negeri dan usaha dua orang guru bahasa Inggeris dalam mendidik mereka tanpa lelah. Bermula apabila cikgu Cheryl Ann, seorang guru bahasa Enggeris masuk mengajar di sebuah sekolah di luar bandar iaitu  SMK Pinang Tunggal, Sungai Petani, Kedah. Ketika dia mula mengajar di situ, dia mengalami sedikit kesukaran kerana kepelbagaian ragam murid kelasnya. Sampai dia buntu tentang bagaimana mahu atasi masalah pelajarnya. Ada yang pemarah, pendiam, ponteng kelas dan macam-macam lagi. Kemudian, cikgu Cheryl dan cikgu Constant bersepakat untuk pelajarnya menyertai pertandingan choral speaking peringat negeri. Konflik bermula apabila mereka ingin mencari 35 pelajar yang ingin menyertai choral speaking. Pencarian itu susah malah banyak cara yang dilakukan oleh cikgu untuk mendapatkan 35 orang. Sudahlah nak dapat itu susah, untuk mengekalkannya lagi payah. Banyak masalah yang dihadapi ditambah pula dengan masalah-masalah peribadi pelajar kelas cikgu Cheryl yang menghibakan. Cikgu Cheryl dan Cikgu Constant begitu bersungguh mengajar dan mendidik pelajar mereka bahasa Inggeris disamping membantu mereka untuk choral speaking itu. Akibat daripada kesungguhan mereka, akhirnya tanpa diduga mereka menang tempat kelima dalam pertandingan choral speaking itu.

Rating Imdb : 8.7/10
Rating aku sendiri : 9/10

Filem Adiwiraku yang penuh inspirasi dan penghayatan. Lakonan daripada setiap pelakon begitu mantap ibarat diorang benar-benar menjiwai watak itu. Meskipun kebanyakkan pelakon dalam filem ini merupakan watak sebenar di kisah sebenar tapi mereka tetap berjaya membantu satu sama lain untuk menghidupkan lagi emosi filem ini. (Cikgu Cheryl, Cikgu Constant dan 2/3 orang pelajar bukan watak sebenar). Filem yang tidak mengenakan bajet terlalu besar tapi masih mampu menandingi filem-filem berbajet besar. Selain itu, cinematografi, tone, color gradient dan mood filem ini sangat cantik dan bersih. Ala-ala filem hollywood and indie. Pemisahan antar subjek dan latar belakang diadun dengan angle yang cantik, menambahkan lagi sebab filem tempatan ini dikatakan antara filem terbaik yang pernah dihasilkan. Semestinya filem ini harus menjadi filem wajib tonton oleh rakyat Malaysia. Emosi sedih yang dibawa juga turut terkesan apabila aku turut menangis yang part Kemboja dan yang meninggal (lupa nama).

Suka bila adanya filem-filem Malaysia yang seperti ini. Ini menunjukkan yang Malaysia mampu menghasilkan filem bermutu dan bertaraf tinggi. Malah kehadiran-kehadiran filem seperti ini mampu melojakkan lagi industri perfileman Malaysia ke depan. Bukan Indonesia je mampu menghasilkan filem begini ya.

Sekian sahaja review aku, sehingga ketemu di lain review.

You Might Also Like

0 comments

Assalamualaikum,
sila tinggalkan komen anda
Insya-Allah, komen anda amat dihargai dan berharga

Thanks kerana sudi meluangkan masa

Broaden News




#BPT