#REVIEW Movie : 99 Cahaya Di Langit Eropa 2 2014
8:30 AMAssalamualaikum!
Kita kembali lagi untuk menyambung filem 99 Cahaya Di Langit Eropa bahagian kedua. Untuk baca review bahagian pertama boleh klik DISINI. Filem ini masih mengekalkan pelakon-pelakonnya sebagaimana bahagian pertama, cuma di kedua ini lebih konfliknya.
[Disclaimer : Review ini hanyalah pandangan aku saja. Jadi mungkin berbeza dengan pendapat korang semua.]
Tajuk Filem : 99 Cahaya Di Langit Eropa 2014
Tarikh Keluar : 6 Mac 2014
Genre : Drama
Pengarah : Guntur Soeharjanto
Sinopsis :
Sudah hampir 3 tahun pasangan suami isteri Hanum Rais (Acha Septriasa) dan Rangga Almahendra (Abimana Aryasatya) tinggal di bumi Eropah. Tidak lama lagi Rangga akan menyelesaikan pengajiannya di sana. Hanum pula masih bekerja sebagai wartawan berita di sebuah syarikat penyiaran tempatan di Wina Austria. Fatma dan anaknya Aisya telah menghilang tanpa kabar. Hanum hanya bisa menghubungi Fatma melalui emel sahaja tanpa tahu keberadaan Fatma.
Konflik terjadi apabila Maarja, kawan sekuliah Rangga mulai mendekati Rangga dengan lebih mendekat. Itu membuatkan Hanum rasa cemburu lebih-lebih lagi Hanum secara tidak sengaja melihat Maarja dan Rangga saling berpelukan di perpustakaan kampus pada hari lahir Hanum. Hal ini menyebabkan terjadinya pergaduhan besar antara Hanum dan Rangga. Lagi malang apabila hari itu, Rangga sepertinya terlupa hari yang penting dalam hidup Hanum. Selain itu, konflik yang lain muncul daripada kedua sahabat Rangga iaitu Stephan dan Khan. Mereka diibaratkan anjing dan kucing. Selalu tidak bersefahaman dalam banyak lagi hal, lagi-lagi tentang agama. Jarang sekali melihatkan mereka berdua bercakap dengan aman tanpa bergaduh. Setiap kali mereka bergaduh, Ranggalah yang akan menenangkan keadaan. Memastikan pertengkaran itu tidak diperbesar. Hingga berlaku suatu kejadian, yang mana kejadian ini akhirnya merubah keadaan di dalam persahabatan mereka.
Kemudian, Hanum dan Rangga akhirnya memutuskan untuk pulang ke Indonesia. Tiba-tiba, Hanum mendapat balasan emel daripada Fatma, dimana Fatma mengajak Hanum untuk berkunjung ke Instanbul Turki. Saat pertemuan itu, rahsia disebalik kehilangan Fatma terbongkar. Satu rahsia yang menyayat hati. Apakah yang berlaku sebenarnya?
Rating aku sendiri : 8/10
Untuk episod kali ini, kita boleh nampak pembinaan karakter bagi setiap watak dalam filem ini dibanding dengan yang pertama seperti watak Khan, Stephan dan juga yang lain. Jika sebelum ini banyak menekankan tentang simbol-simbol keislaman dan sejarah di Eropah, kali ini lebih kepada perbezaan agama antara karakter, konflik dan penyelesaian. Malah turut menjawab beberapa persoalan yang tergantung di episod yang pertama. Yang paling aku suka bahagian Rangga menjelaskan sisi Islam dengan analogi yang sederhana tapi menarik. Ada juga scene yang lucu ketika Rangga kena mengambil wudhu 3 kali kerana disentuh oleh Maarja itu.
Bagi sinematografinya, masih cantik dan memuaskan hati. Nampak usaha produksi untuk menghasilkan sebuah filem yang bermutu dan sempurna. Melihatkan filem ini tentu akan membuatkan kita teringin untuk melawat negara-negara Eropah dan juga Turki.
Filem ini harus dimasukkan dalam daftar filem wajib tonton kalian. Ini kerana ia sesuatu yang berbeza malah berinformasi.
Sekian sahaja daripada aku.
4 comments
najah i think i nak copy all the movies from u. haha. maybe time aku gi kl?
ReplyDeletebisa aja! jumpa kat klntn pun boleh
Deletewow.... manarik tajuk citer ni, semenarik sinopsisnya
ReplyDeleteyup akk! kena tengok filem nie
DeleteThanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen