#MYCYBERSALE 2017 | Malaysia’s Biggest Online Shopping Sale!

11:39 AM


#MYCYBERSALE dah kembali!!!

Syok gile sebab aku selalu menanti-nantikan ini. Bukan apa sebab diskaun yang dikasi memang kaw dan memuaskan. #MYCYBERSALE 2017 untuk tahun ini akan bermula pada bulan depan iaitu dari 9 hingga 13 Oktober 2017. Tapi sebelum aku lanjutkan, aku akan terangkan apa itu #MYCYBERSALE.

Apa itu #MYCYBERSALE?



Diluar negara, anda tentu pernah dengar tentang Cyber Monday, Black Friday atau Singles Day di China. Jadi untuk di Malaysia, kita ada #MYCYBERSALE. Ia merupakan inisiatif MDEC yang bertujuan ingin meningkatkan industri e-commerce di Malaysia. Tahun ini, MDEC berkolaborasi dengan Persatuan Industri Komputer & Multimedia Malaysia (PIKOM) untuk menganjurkan #MYCYBERSALE 2017  yang bertujuan untuk mencapai jualan sebanyak RM300 juta melalui kempen pemasaran yang kaw-kaw. Ini untuk meningkatkan pendapatan para usahawan atas talian.

Satu inisiatif terbaik memandangkan sekarang zaman teknologi yang pesat dan orang mula ingin membelah-belah hanya didalam rumah. Semuanya atas talian [baca:online]. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang #MYCYBERSALE, bolehlah baca disini. [KLIK SINI]

Apa yang menarik dengan #MYCYBERSALE?



Menarik tentang #MYCYBERSALE ini, ia disertai oleh beribu-ribu syarikat yang menjual barang secara online samada menggunakan marketplace seperti Lazada, 11Street, Lelong etc atau mempunyai laman web e-commerce sendiri menyertainya tahun ini. Tak cukup dengan itu, pelbagai tawaran diskaun menarik bakal ditawarkan sepanjang #MYCyberSALE kali ini bagi menarik lebih ramai pembeli untuk membeli produk atau servis yang ditawarkan. Diskaun yang dikasikan boleh mencecah sehingga 90%. *aaaaaaaaaaarrrrrrrr!!! jeritan teruja*

Ingin berbelanja di #MYCYBERSALE 2017?

Mudah saja. Anda cuma perlu memiliki komputer, laptop, tablet, dan telefon pintar. Tapi pastikan semua itu mempunyai akses kepada internet.

Seperti yang dinyatakan di atas, #MYCYBERSALE 2017 akan bermula pada 9 Oktober 2017 dan berlanjutan sehingga ke 13 Oktober 2017. Anda bolehlah berbelanja sepanjang tarikh tersebut dengan melayari #MYCYBERSALE, atau ke website-website syarikat yang menyertainya atau boleh melayari https://mycybersale.mdec.com.my/

Apa lagi, tanda kalendar anda untuk #MYCYBERSALE 2017 !! Jangan lepaskan peluang ini.


untuk sebarang maklumat lanjut, boleh melayari website rasmi #MYCYBERSALE 2017
https://mycybersale.mdec.com.my/

You Might Also Like

5 comments

  1. ada jugak terbaca pasal cybersale ni.. memang menarik sale yang ditawarkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik sebab banyak diskaun yang ditawarkan. diskaun yang kemungkinan susah nak dapat

      Delete
  2. Replies
    1. dok pun zue. nie aku salah buat. tpi malas nak deleted post

      Delete
  3. Dominate this week to the world of Cyber Shopping with this great #MYCyberSale running at Lazada Malaysia.

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2018 Reading Challenge

2018 Reading Challenge
Najah has read 0 books toward their goal of 24 books.
hide

Broaden News




#BPT