Waduh!!! Kok jadi minat Gen Halilintar??

9:30 AM



Assalamualaikum!
Kita rehat sebentar daripada review filem dan akan sambungnya nanti pada bulan Oktober. Posting kali ini aku akan bercerita tentang sebuah keluarga. Iya, sebuah keluarga. Keluarga ini berasal dari Indonesia. Aku mengetahui tentang keluarga melalui laman pengicau [twitter], dimana ada orang men'viral'kan video mereka. Video itu berada di bawah ini


Masa tonton ni, memang rasa teruja habis. Satu keluarga yang 'sporting' sekali dengan mak dia. Nama keluarga ini adalah keluarga Halilintar atau lebih dikenali dengan Gen Halilintar. Asalnya, selepas menonton video ini, aku tidak tertarik sangat untuk mencari pasal mereka. Tapi tiba-tiba di suatu masa aku terasa bosan dan buntu untuk buat apa, lalu aku buka youtube dan 'searching' hinggalah terjumpa video mereka ini. Rupanya satu keluarga ada channel youtube. Fuuhhh!! Semuanya 'influencer' dalam youtube. Yang paling memikat aku ialah kebanyakkan video yang diuploadnya begitu cantik. Terpegun aku melihatnya. Malah mereka juga sangat kreatif dan lawak.

Keluarga Halilintar ini mula dikenali apabila ibunya menerbitkan sebuah buku mengenai keluarga mereka. Ditambah lagi mereka ini memiliki ahli keluarga yang ramai iaitu sebelas adik beradik dan juga mereka sering terlihat jelajah ke seluruh dunia. Mana tak kecohnya keluarga kalau dah 11 beradik, lagi-lagi yang sulung masih muda.


Ayahnya bernama Halilintar Anofial Asmid berkahwin dengan ibu mereka Lenggogeni Faruk ketika masih belajar. Mereka memang sering jelajah merata tempat. Kebanyakkan untuk urusan kerja kerana pak Halilintar merupakan seorang usahawan. Seperti di Perancis mereka membuka butik serta kafe, di Australia pula mereka ada membuka usaha penternakan kambing yang luas. Disebabkan perniagaan yang diusahakan mereka berdua ini, mereka boleh dikatakan sukar untuk menetap di suatu tempat dalam tempoh yang lama. Oleh kerana itu juga, kesebelas anak mereka, dilahirkan di tempat yang berbeza. Ada yang lahir saat 'transit' di Jordan, ada yang lahir di Kuala Lumpur, ada yang di Jakarta dan lain-lain lagi. Untuk pendidikan, mereka berdua menggunakan kaedah 'home schooling' untuk kesemua anak-anak mereka. Jadi pantas aja kalau kita lihat di youtube, anak mereka seperti tak bersekolah. Setiap orang dari mereka ada tugasan masing-masing, jadi mereka tiada mengupah orang gaji untuk membantu mereka sekeluarga.


GenH 1 : Atta sebagai Ketua
GenH 2 : Sohwa sebagai Designer
GenH 3 : Sajidah sebagai Ketua Lobi (Laundry)
GenH 4 : Thariq sebagai HouseKeeping
GenH 5 : Abqariyyah sebagai Nursing
GenH 6 : Saaih sebagai It Maintenance
GenH 7 : Fatimah sebagai Nursing
GenH 8 : Fateh sebagai Assistant – HouseKeeping
GenH 9 : Muntaz sebagai Presenter and Assistant – HouseKeeping
GenH 10 : Saleha sebagai Model GenH and Assistant – HouseKeeping
GenH 11 : Qahtan sebagai Assistant – HouseKeeping


Baru-baru ini, channel youtube mereka telah mencecah 1 juta subscribers. (Wahh!! Tahniah!) Tidak beberapa lama selepas itu, channel Atta juga telah mencapai 1 juta subscribers juga. Mereka semua terlihat menghadiri majlis daripada youtube bersempena penyampaian 'Golden Play Button' (yang emas untuk channel yang mencecah 1 juta subs), disamping itu, mereka juga bergambar dengan 11 silver play button yang dimiliki oleh setiap orang memandangkan semua channel mereka dah cecah lebih 100 ribu subs. Kalian boleh pergi tengok channel mereka. Selain video tentang seharian mereka, mereka juga ada membuat video 'cover' untuk lagu serta ada juga video untuk lagu mereka sendiri. Minggu lepas, baru sahaja keluar lagu baru mereka bertajuk Mengapa?. Music video memang begitu cantik sinematografi, malah memang aku tabiklah. Mereka sendiri yang edit dan rakam. Begitu berbakat semua anak Pak Halilintar ya.



Untuk itu, aku kongsikan sikit biodata sebelas ahli Halilintar. Ini berdasarkan apa yang aku tahu. Mungkin ada informasi yang aku terlepas pandang, tapi aku bukanlah nak cerita secara terperinci pasal mereka jadi aku kongsi setakat yang aku tahu dan mahu saja. Tidak diceritakan tempat kelahiran mereka yang berbeza itu kerana aku malas nak 'search' lebih lanjut.


Halilintar Anofial Asmid (13 Oktober 1986) & Lenggogeni Faruk kelahiran (29 Oktober 1972). Mereka suami isteri membuat bisnes bersama keserata dunia. Kalau tak silap aku, mereka juga menjadi penasihat untuk beberapa syarikat terkemuka. Selain itu, mereka yang menulis empat buah buku keluarga Halilintar. Mereka juga ada membuat bisnes pelancongan di Indonesia yang mana mereka sendiri akan turun padang sekali bersama pelanggan di tempat yang akan dilawati.


Muhammad Attamimi Halilintar (20 November 1994). Dikenal dengan panggilan Atta. Dia juga turut mengikuti jejak langkah ayahnya apabila memiliki beberapa buah bisnes. Salah satunya bisnes pakaian yang direka sendiri olehnya (ini akaun ig baju dia https://www.instagram.com/AttaHalilintarHabit/), bisnes 'squishy' (https://www.instagram.com/squishyatta/) dan juga menguruskan bisnes pelancongan keluarga (https://www.instagram.com/SahabaTour/). Kalau channel youtubenya selalu mengenai kehidupan sehariannya ditambah dengan 'prank'. Kalian boleh tengok di sini >>TEKAN SINI<< Atta dengarnya sedang berpacaran dengan Ria Ricis (adik Oki Setiana Dewi).

Sohwa Mutamima Halilintar  (25 April 1996). Dikenal dengan panggilan Sohwa. Juga ada bisnes sendiri di (https://www.instagram.com/sohwahalilintarofficial/). Channel youtubenya berisi video tentang hariannya dan juga tutorial hijab. >>TEKAN SINI<< Sohwa juga akan menguruskan gaya keluarganya.

Sajidah Mutammimah Halilintar (17 Julai 1997). Dipanggil dengan Sajidah. Sajidah ni selalu menguruskan urusan dapur seperti mengemas dapur, memasak dan menyiapkan makanan. Disebabkan itu channel youtube juga banyak berkisarkan makanan. >>TEKAN SINI<< 


Muhammad Thariq Halilintar (29 Januari 1999). Dipanggil Thoriq. Thoriq ditugaskan untuk menjaga kebersihan rumah dan juga menjadi house keeping. Ada channel youtube tapi sepertinya tidak berapa aktif. Dia lebih menghabiskan masa dengan channel keluarganya. >>TEKAN SINI<<
Thoriq ni perasan dia kacak. Hahaha. (Dalam keluarga kita pasti ada yang begitu kan? tipulah kalau tak ada)

Abqariyyah Mutammimah Halilintar (13 Julai 2000). Dipanggil dengan nama Abqariyyah. Abqariyyah diberi tugas untuk menjaga adiknya yang paling kecil dan juga sebagai fotografer ketika melancong. Abqariyyah juga ada channel youtube, yang isi dalam itu tentang kehidupan hariannya dan tutorial makeup. >>TEKAN SINI<<

Muhammad Saaih Halilintar (16 Mac 2002). Dikenal dengan panggilan Saaih. Saaih ni bertugas sebagai IT maintenance, dan membaiki peralatan elektronik rumah. Dia dan Thoriq selalu bergilir menjadi pengarah dan sinematografer untuk video-video keluarga mereka. Saaih ini menyerlah sikit bakat dia dalam dunia teknologi. Tambah dia juga sepertinya seorang videografer yang kreatif. Ada channel youtube yang didalamnya ada video-video sehariannya, video unbox, prank dan lain-lain lagi. >>TEKAN SINI<< Kata ibunya, dia paling nakal sikit.

Siti Fatimah Halilintar (26 September 2003) atau lebih dikenali dengan Fatim. Fatim rasanya belum memikul tugas rumah tertentu. Dia hanya sekadar akan membantu kakak-kakaknya di atas. Ada channel youtube yang dalamnya ada pelbagai jenis video. >>TEKAN SINI<< Dia suka menghias gambar di instagramnya dengan pelbagai stiker.

Muhammad Al Fateh Halilintar (25 Februari 2006). Dipanggil Fateh. Suka berfesyen dan bergaya. Channel youtubenya juga penuh dengan video sehariannya. >>TEKAN SINI<< Fateh akan membantu abang-abangnya bagi kerja rumah. Dia juga selalu menemani ibubapanya ke majlis-majlis.

Muhammad Muntazar Halilintar (20 Mei 2008). Dipanggil Muntaz. Muntaz ni suka menyanyi. Jadi kebanyakkan video di channelnya, video cover nyanyian dia. Selain itu ada juga video unboxing. >>TEKAN SINI<< kalau Fateh dilihat suka bergaya, Muntaz pula dilihat bersahaja.

Siti Saleha Halilintar ( 1 Oktober 2010). Dipanggil Saleha. Dia mempunyai channel youtube yang diisi dengan video harian, makeup tutorial dan unbox hadiah.>>TEKAN SINI<< Saleha juga suka Pink. Tampak jelas apabila gambarnya banyak warna pink dan gambar video di youtubenya juga warna pink.

Muhammad Shalaheddien El-Qahtan Halilintar (9 Agus 2012). Dipanggil Qahtan. Qahtan ini merupakan anak bongsu keluarga Halilintar. Dia juga seorang yang aktif. Kalau lihat dari channel youtubenya, dia banyak video mainan kanak-kanak serta video kehidupan sehariannya. >>TEKAN SINI<< Qahtan ni comel je kalau tengok video-video dia.

Akhirnya habis juga biodata keluarga ni. Letih juga menaip untuk 13 orang ni. Aku sekarang jadi tertarik untuk tengok video-video mereka semua ni. Malah ada beberapa yang aku subscribe. Terasa persamaan dengan mereka dari segi keluarga besar sebab aku pun ada 10-1 adik beradik. (kakak aku meninggal ketika dia masih kecil). Lepas tu pula, aku suka mereka kerana kreatif. Suka tengok video mereka yang sangat cantik.(banyak kali pula aku puji video mereka cantik). Aku ni jenis memang mudah terpikat pada video yang sinematografi cantik. Mereka banyak kali juga datang Malaysia tapi sebab aku baru je meminati mereka dalam ogos baru ni, jadi aku terlepas peluang untuk berjumpa mereka. Kalian pun, jemputlah tengok video mereka ketika tiada kerja nak buat. HAHAHA.

Kalau mereka baca ni, aku harap aku dapat berjumpa, bergambar dan shoot video dengan mereka. Okaylah, sekian sahaja daripada aku.

You Might Also Like

2 comments

  1. Suka juga gen halilintar ni. Paling suka Attar dan Qahtan.😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sangka ada gen jugak!! saya suka tengok attar, saaih dan sohwa. hehe

      Delete

Thanks kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sebarang kata-kata boleh lontarkan di ruangan ini.
Moga-moga kita bisa berbalas komen

GoodReads

2018 Reading Challenge

2018 Reading Challenge
Najah has read 0 books toward their goal of 24 books.
hide

Broaden News




#BPT